Selasa, 31 Januari 2023

TAZKIRAH HADHRAT KHWAJAH BAQI BILLAH QUDDISA SIRRUHU

TAZKIRAH HADHARAT NAQSYABANDIYAH MUJADDIDIYYAH FAKHAR AL-ISLAM, NAQSYABANDI WAQT, GHAUTS JAHAN, QUTHUB ZAMANAH, SIRAJ AL-MILLAH, SIRAJ AL-‘ARIFIN, MUAYYID AL-DIN AL-RADHI, RADHI AL-MILLAT WAL-DIN, KHWAJAH BEYRANG, SAHIB TASHARRUF ANFUSI WA AAFAQI ABUL-WAQT HADHRAT SAYYIDINA MUHAMMAD BAQI BILLAH AL-NAQSYABANDI AL-UWAISI AL-KABULI AL-DEHLAWI QUDDISA SIRRUHU Nama beliau ialah Radhiuddin Muhammad Baqi atau ‘Abdul-Baqi Bin ‘Abdul-Salam, nama Kuniyahnya adalah Abu Al-Muayyad dan lebih dikenali sebagai Khwajah Baqi Billah adalah dari kalangan Para Masyaikh Akabirin Buzurgan Naqsyabandiyah. Takhallus atau nama pena beliau adalah Beyrang yang bererti tanpa warna atau lutcahaya, yang bermaksud pencapaiannya pada tahap yang tiada aras. Beliau merupakan pemula dan pelopor Silsilah Thariqat Naqsyabandiyah Ahrariyah di Tanah Hindi yang kemudiannya tersebar limpahan Faidhznya ke seluruh benua India dan serata pelosok alam sehingga ke Hari Qiyamat. TAARUF NISBAT Beliau telah menerima Nisbat Batiniyah daripada Hadhrat Maulana Khwajah Khwajagi Amkangi Quddisa Sirruhu, di samping itu beliau juga adalah seorang yang menghirup limpahan Ruhaniyah secara Uwaisiyah menerusi beberapa Para Masyaikh. Beliau telah menerima Tarbiyah Ruhaniyah daripada Ruh Hadhrat Khwajah Syah Bahauddin Naqsyaband Quddisa Sirruhu dan juga telah menerima Tarbiyah Ruhaniyah daripada Ruh Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu. KELAHIRAN DAN NASAB KETURUNAN Beliau telah dilahirkan di kota Kabul, Afghanistan yang merupakan tanah jajahan Kesultanan India pada 5 Zulhijjah 971H atau 972H bersamaan 14 Julai 1563M atau 1564M. Ayahandanya bernama Qadhi ‘Abdul-Salam Khilgi Quraisyi Samarqandi Quddisa Sirruhu berketurunan Turki Khilji, merupakan seorang tokoh Sufi yang terkenal di kalangan Para ‘Ulama dan Para Awliya, dan merupakan seorang Buzurg Sahib Hal dan Wajad. Ibunya adalah Sayyidah yang berketurunan Ahli Bait berasal dari Kashmir. Nasab keturunan beliau sampai ke Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu (w.896H) melalui datuk sebelah ibunya. Nenek beliau juga berketurunan Sayyidah. Datuknya pernah mendapat bimbingan keruhanian daripada Hadhrat Khwajah Muhammad Zakariya, salah seorang cucu Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu. Beliau dinamakan sebagai Muhammad Al-Baqi oleh kedua ibubapanya, kemudian beliau masyhur dengan nama Baqi Billah. AHWAL PERMULAAN JAZBAH Semenjak kecil lagi beliau sangat mengasihi Para Ahlullah. Sifat-sifat Tajrid dan Tafrid kewaliannya sudar terpapar dari wajahnya semenjak zaman kanak-kanak lagi. Beliau suka menyendiri dan hidup serba sederhana. Beliau gemar mengasingkan dirinya untuk berkhalwat dengan Allah Ta’ala. PENGHASILAN ILMU ZAHIR DAN BATIN Ketika berusia 5 tahun, beliau dimasukkan ke madrasah untuk mempelajari Al-Quran di bawah asuhan Hadhrat Khwajah Sa’ad Quddisa Sirruhu dan telah berjaya menghafaznya ketika berusia 8 tahun. Setelah menerima pendidikan asas ilmu agama, pada tahun 978H beliau telah melanjutkan menimba ilmu pengetahuan zahir daripada Hadhrat Maulana Shadiq Halwai Quddisa Sirruhu (w.982H) seorang ‘Alim yang masyhur, dan telah mengikutinya pergi ke negara Mawara Al-Nahr yang terkenal sebagai pusat tempat berhimpunnya Para Masyaikh dari kalangan Para ‘Ulama dan Para Awliya pada masa itu atas jemputan pemerintah Kabul, Muhammad Hakim Mirza dan telah menetap di Kabul. Di sana beliau telah berkesempatan bertemu dengan ramai Para Sufi dan Para Wali yang mana daripada mereka beliau telah menghimpunkan banyak ilmu pengetahuan berkenaan keruhanian. Pada zaman dirinya sebagai penuntut ilmu, beliau telah berkesempatan menghadiri majlis-majlis Para Awliya pada waktu itu. Beliau telah merantau ke serata pelosok Mawara Al-Nahr hingga ke Afghanistan, Multan, Kashmir, Lahore dan India. Sesudah beliau selesai mempelajari ilmu pengetahuan zahir, beliau pergi menghadiri majlis-majlis Para Masyaikh Besar untuk hadir mengkhidmati mereka dan pada kebanyakan tempat beliau akan memperbaharukan Bai’at Taubat. Beliau sentiasa setiap waktu mencari-cari Para Awliya Allah. Hal keadaan tahap keilmuannya adalah bahawa rakan-rakan penuntut ilmu yang sezaman dengannya akan membawa kepadanya kitab-kitab yang sukar difahami serta memerlukan penjelasan yang dalam, lalu beliau memberikan penjelasan dengan cara yang begitu mudah sehingga mereka dapat memahaminya. Beliau telah mempelajari ilmu Fiqah, Hadis, Tafsir dan berbagai bidang ilmu pengetahuan di Samarkand. PENCARIAN HAQIQAT Semasa zaman pembelajarannya memahami perjalanan Thariqat Ruhani, beliau telah membaca sebuah buku berkenaan Ilmu Tasawwuf. Tiba-tiba beliau merasakan tempat di sekelilingnya dilimpahi dengan cahaya, kemudian dia menyaksikan Ruhaniah Hadhrat Khwajah Syah Bahauddin Naqsyaband Quddisa Sirruhu sedang berdiri di hadapannya dan melimpahkan limpahan Faidhz kepadanya. Hal keadaan tersebut menyebabkan beliau bertaubat dan selama dua tahun beliau mengamalkan Muraqabah yang telah ditalqinkan dan tekun melakukan Zikir dengan Istiqamah. Beliau telah berkata, “Sekali peristiwa daku sedang mentelaah sebuah kitab Tasawwuf karangan seorang Buzurg, lalu telah berlaku suatu keadaan Tajalli ke atas diriku hingga daku menjadi hilang ikhtiar. Kemudian, pada hal keadaan tersebut daku telah bermimpi diziarahi Hadhrat Khwajah Syah Bahauddin Naqsyaband Quddisa Sirruhu, seterusnya mentalqinkan Zikir dan daku telah dikurniakan dengan campakan Jazbah. Setelah itu daku telah menggiatkan diriku mencari Para Ahlullah dan mula mencari Para Buzurgan Masyaikh Thariqat.” Setelah peristiwa itu, hatinya dipenuhi dengan perasaan cinta terhadap Allah dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau merantau dengan berjalan kaki dari Asia Tengah, Multan, Lahore, Pakistan sehinggalah sampai ke Delhi, India. Beliau telah berkata, bahawa pada mula-mulanya beliau telah pergi hadir berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah 'Ubaid Quddisa Sirruhu dengan maksud untuk bertaubat dari dosa keingkaran terhadap Tuhan, tetapi khayalan untuk rujuk kepada Tuhan dan maksud meninggalkan dosa hanya ada dalam perasaan batin dirinya, dan yang terzahir hanya hasrat untuk memohon berkat bacaan Surah Al-Fatihah daripadanya. Hadhrat Khwajah ‘Ubaid adalah Khalifah Hadhrat Maulana Lutfullah dan beliau adalah Khalifah kepada Hadhrat Maulana Khwajagi Dahbidi Rahmatullah ‘Alaih. Tetapi oleh kerana Taufiq Istiqamat belum terhasil, maka beliau telah pergi kali kedua untuk berkhidmat dan bertaubat kepada Hadhrat Syaikh Samarqandi Quddisa Sirruhu yang merupakan seorang Syaikh besar dalam Khanwadah Silsilah Thariqat Hadhrat Khwajah Ahmad Yasawi 'Alaihir-Rahmah. Beliau tidak membenarkan Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu melakukan safar perjalanan yang jauh, sedang usianya masih muda dan janganlah hanya memohon keberkatan Surah Al-Fatihah sahaja. Tetapi melihatkan Jazbah dan keazaman yang kuat dalam diri Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, maka Hadhrat Syaikh Samarqandi Quddisa Sirruhu pun membacakan Surah Al-Fatihah untuk keberkatan dirinya dan mendoakan kekurniaan Daulat Istiqamat ke atasnya. Pada kali ketiga beliau telah pergi berkhidmat kepada Hadhrat Amir 'Abdullah Balkhi Quddisa Sirruhu sebagai menzahirkan pembaharuan Taubat dan telah memperoleh nikmat yang besar dapat bermusafahah berjabat tangan dengannya. Setelah beberapa hari bersuhbat dengannya telah terhasil sifat Nigah Dasyat. Pada mulanya beliau telah menghadiri Majlis Suhbat bersama Hadhrat Khwajah ‘Ubaid Quddisa Sirruhu yang merupakan khalifah kepada Hadhrat Maulana Lutfullah Quddisa Sirruhu, tetapi beliau tidak begitu berpuas hati. Kemudian beliau telah menghadiri Majlis Suhbat bersama Hadhrat Syaikh Samarqandi Quddisa Sirruhu yang telah mendoakan untuknya, namun beliau masih belum mendapat kepuasan hati yang sepenuhnya dalam perdampingan dengannya. Kemudian beliau telah menghadiri Majlis Suhbat bersama Hadhrat Khwajah Amir ‘Abdullah Balkhi Quddisa Sirruhu, yang mana beliau telah memperolehi sedikit ketenteraman jiwa dan fikiran. Beliau pernah ke Delhi untuk mencari Syaikh Kamil dan pernah bersuhbah dengan Hadhrat Syaikh ‘Abdul-‘Aziz Quddisa Sirruhu dan puteranya Hadhrat Syaikh Quthub Al-'Alam Quddisa Sirruhu. DOA IBUNDANYA Beliau telah berkata, “Meskipun daku tidak melakukan banyak latihan Riyadhat sebagaimana kadar yang telah dilakukan oleh sebahagian besar Para Awliya Allah, tetapi daku telah bernasib baik menerima limpahan kurnia NikmatNya yang agung, bahawa segala penantian, hilang ikhtiar dan segala kesusahan yang telah daku hadapi adalah termasuk dalam Riyadhat dan Mujahadat.” “Pada masa itu ibuku sangat risau dan bimbang dengan melihatkan hal keadaanku yang tiada keruan dan banyak berjaga malam dan tidak terurus dan lemah tubuh badan kerana mengalami Ghalabah Hal, dengan sepenuh perhatian dan kebimbangan dan dengan penuh merendahkan diri di hadapan Tuhan Yang Maha Esa seraya meminta, “Wahai Tuhanku, Dikau penuhilah segala kehendak anak lelakiku, jika tidak janganlah dibiarkan daku hidup kerana daku tidak sanggup melihat kegagalan dan perasaan yang tidak senang pada dirinya.” Kebanyakan masa malam dan waktu sahur ibuku telah memohon dengan doa permohonan tersebut di hadapan Allah Ta’ala. Maka dengan segala doa dan munajat ibuku itu, Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengurniakan daku nasib yang baik pada mencapai segala martabat keruhanian ini. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kepadanya ganjaran yang lebih baik bagi pihak kami, Amin.” BERMIMPI SYAH NAQSYABAND Pada suatu ketika beliau telah bermimpi diziarahi Hadhrat Khwajah Syah Bahauddin Quddisa Sirruhu sehingga menyebabkan dirinya telah bertaubat, dan dengan sendirinya tabiat kecenderungannya adalah terhadap jalan Thariqat Para Ahlullah, dan menganggapkan bahawa dirinya adalah faqir yang sedang tenggelam dan cuba memegang apa sahaja yang dapat dipegang pada setiap arah. Pada akhirnya ada seorang dari kalangan Para Masyaikh telah berkata bahawa amalan Zikir yang paling berfaedah dan bermanfaat adalah yang diterima daripada guru ke guru yang bersambungan rantaian silsilah sehingga kepada Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Maka beliau telah mendampingi Syaikh itu untuk mempelajari jalan Thariqat Zikir dan Muraqabah. Selama dua ke tiga tahun beliau mengamalkan kaedah Zikir yang telah dipelajari daripada Syaikh tersebut. Semasa perdampingan dengannya, beliau telah mendengar suatu perkataan berikut, "Selagimana seseorang Salik belum menempuh hampir empat puluh tahun di medan "LA ILAHA", maka dia tidak akan sampai ke perhentian "ILLA ALLAH". Kemudian beliau telah mendapat suatu isyarat secara ghaib supaya mencari jalan Thariqat yang lain, hingga akhirnya beliau telah sampai di Kashmir dan hadir berkhidmat pada Hadhrat Syaikh Baba Mi Wali Quddisa Sirruhu dan telah memperolehi keberkatan limpahan Faidhz yang besar daripadanya, dan menerusi pandangan Tawajjuhnya telah membukakan pintu Qabuliyat kepada Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Hadhrat Syaikh Baba juga merupakan seorang Syaikh Thariqat Silsilah 'Aaliyah Naqsyabandiyah dan telah mengurniakan Ijazat kepada Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Setelah Hadhrat Syaikh Baba meninggal dunia, beliau telah mendapat isyarat secara ghaib daripada Rauhaniah Hadharat Khwajagan dan telah menerima perkhabaran baik dan Talqin Zikir daripada mereka. Dengan berkat pandangan Tawajjuhat mereka, kekuatan Nisbat mereka mulai terbentuk dalam diri Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Daerah Ghaibiyat mulai menjadi begitu luas dan lapang bagi dirinya dan mula merasakan limpahan Faidhz dari segenap arah hingga sedikit demi sedikit telah terhasil Jam'iyyat sehinggalah dengan tarikan Jazbah dari Allah Ta'ala telah membawa beliau hadir bersuhbat dan berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah Khwajagi Amkangi Quddisa Sirruhu. Dengan penuh kegembiraan beliau telah berbai'at dan berjabat tangan dengannya dan berhasil mengikuti jalan Thariqat Khwajagan, sehingga dengan bimbingan Hadhrat Khwajagi Amkangi Quddisa Sirruhu, beliau telah menjadi salah seorang Salik yang mengikuti perjalanan Arwah Hadhrat Khwajah Syah Naqsyaband dan Para Khulafanya Qaddasallahu Asrarahum, sehingga telah membawanya sampai ke gerbang para pengharap. "Ya Allah hidupkanlah kami sebagai miskin, dan matikanlah kami sebagai miskin, dan himpunkanlah kami dalam kalangan orang-orang miskin." HADIR KEPADA KHWAJAH AMKANGI Pada suatu ketika beliau telah bermimpi melihat Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu telah berkata kepadanya, “Hendaklah kamu pergi berdampingan dengan Khwajah Amkangi.” Pada suatu waktu beliau merantau ke Mawara Al-Nahr, dalam perjalanannya beliau telah bermimpi seolah-olah Hadhrat Khwajah Amkangi Quddisa Sirruhu zahir hadir di hadapannya, memanggilnya dan menantikannya seraya berkata kepadanya, "اﮮ فرزند، ﭼشم ما بر سر راه شما است" “Pandangan mata kami sedang menanti kehadiran kamu.” Berkenaan Ahwal ini, beliau menjadi begitu gembira dan telah tidak putus-putus mengungkapkan kata-kata syair ini dari mulutnya yang diberkati: من ﮔزشتم زغم ﺁسوده كه ناﮔاه زكمين عالم ﺁشوب ﻧﮕاﮨﮯسر راه هم ﺑﮕرفت “Daku telah menjadi tidak keruan, kekasih memandangku dengan mulia, Sambil menyorok dengan kemuliaan, ku duduk di jalan menantikannya.” Apabila beliau hadir untuk berkhidmat kepada Hadhrat Khwajah Amkangi Quddisa Sirruhu, maka beliau telah berbaiat kepadanya. Beliau dibawa bersuhbat dalam bilik khalwat selama tiga hari tiga malam bersama Hadhrat Khwajagi Amkangi Quddisa Sirruhu, beliau menyibukkan dirinya dalam Khalwat dan telah dikurniakan dengan ketinggian Maqamat Batiniah, kemudian beliau telah dikurniakan Nisbat, Ijazat dan Khilafat serta diberikan arahan supaya menuju ke India kerana Silsilah Thariqat Naqsyabandiyah akan terbina di sana menerusi beliau dengan berkata, “Di Hindustan, menerusi keberkatan bimbingan kamu akan terzahir seorang Buzurg yang juga akan mendapat pengurniaan yang besar.” Orang Buzurg yang dimaksudkan adalah Hadhrat Sayyidina Wa Maulana Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Al-Faruqi Al-Sirhindi Quddisa Sirruhu. Hadhrat Khwajagi Amkangi Quddisa Sirruhu menyatakan irsyadnya bahawa, “Pemuda ini telah sampai kepada penyempurnaan, kami hanya perlu mengislahkan Ahwalnya. Menerusi pemuda ini Silsilah Naqsyabandiah kami akan terpancar sepenuhnya, dan bagi para penuntut yang tinggi Himmah kesungguhan dengan menerusi keberkatan Tarbiah yang diberikan olehnya akan membawa mereka kepada martabat kesempurnaan dan penyempurnaan.”. Dengan penuh rendah diri beliau berkata bahawa tiada kesanggupannya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar itu, tetapi Hadhrat Khwajah Amkangi Quddisa Sirruhu tetap memberikan dorongan kepadanya dan mengarahkan beliau melakukan Solat Istikharah untuk mendapatkan petunjuk pilihan daripada Allah. Beliau pun melakukannya dan telah bermimpi melihat seekor burung Nuri sedang bertenggek di atas sebatang ranting sebuah pohon. Beliau berfikir dalam mimpinya, seandainya burung tersebut datang hinggap di tangannya, maka dia menganggap bahawa dirinya bernasib baik. Tiba-tiba setelah terlintas perkataan tersebut dalam fikirannya, burung tersebut terus datang ke arahnya dan hinggap ke tangannya. Beliau memasukkan air liurnya ke dalam paruh mulut burung Nuri itu sehingga burung itu dapat berkata-kata dan burung itu pun memasukkan gula manisan ke dalam mulut beliau. Pada keesokan paginya, beliau pun melaporkan hal keadaan mimpi yang telah dialaminya sesudah melakukan Solat Istikharah. Hadhrat Khwajah Amkangi Quddisa Sirruhu berkata bahawa, “Burung Nuri adalah burung dari India, jadi pergilah kamu ke sana segera. Dengan berkat kehadiranmu di sana, seorang Wali yang agung akan muncul yang akan menyatakan kebenaran dan keberkatan yang banyak akan sampai kepada kita melaluinya.” Beliau perlu bertindak menurut petunjuk Istikharah tersebut, dan Syaikhnya mengarahkan beliau supaya pergi ke India segera. Hadhrat Khwajah Amkangi berkata, “Berjanjilah dengan kami bahawa jika pada Hari Qiyamat nanti Allah Ta’ala mengurniakan darjat Qurb kedekatan denganNya, maka kurniakanlah juga Syafa’atmu untuk kami.” Dengan berbekalkan petunjuk dari Hadhrat Khwajah Amkangi Quddisa Sirruhu, beliau pun mengarahkan langkahan kakinya menuju ke India dan telah tiba di Lahore pada tahun 1008H dan singgah menetap di Lahore selama setahun. Semasa berada di Lahore, ramai Para ‘Ulama dan golongan bangsawan datang menemuinya dan mendapatkan keberkatan daripadanya. Dalam perjalanannya dari Lahore ke Delhi, apabila beliau melihat seorang miskin, dia akan turun dari tunggangannya dan meletakkan orang itu di atas tunggangannya dan dirinya sendiri akan berjalan kaki. Beliau akan menutup mukanya dengan kain serbannya supaya tidak ada orang nyang mengenalinya dan melihat wajah dan kemurahan hatinya, dan kerana tidak mahu mementingkan diri sendiri. Apabila beliau mendekati sesebuah kota, beliau akan kembali naik ke atas tunggangannya untuk menyembunyikan kelakuan perbuatannya. Kemudian setelah setahun menetap di Lahore, sebagai mematuhi arahan petunjuk Para Masyaikh Silsilah Naqsyabandiyah, beliau telah berpindah menuju ke Delhi dan menetap di sebuah masjid di Ferozabad, Delhi sebuah tempat yang indah berhampiran dengan tebing Sungai Jamna. Beliau kemudian mendirikan sebuah Khanqah pondok Sufi dan memulakan tugas Masyaikhat sebagai pembimbing jalan keruhanian di sana. Kebanyakan masanya sesudah Isyak beliau akan duduk bermuraqabah sehinggalah ke waktu Subuh. Atas perintah arahan Syaikhnya Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu beliau telah datang ke India untuk membimbing dan menyebarkan kaedah pengamalan Thariqat Naqsyabandiyah. Semasa berada di Delhi, Para Burukh Uwaisiyah dari kalangan pembesar kerajaan Babari juga telah datang berhimpun sebagai murid-murid Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, termasuklah Hadhrat Syaikh Farid Bukhari Quddisa Sirruhu yang telah banyak memberikan bantuan sumbangan untuk keperluan Khanqah. Dalam tempoh jangkamasa lima ke enam tahun kehadiran beliau di Delhi, telah berlaku suatu perubahan besar dalam lingkungan keruhanian bimbingannya. Di samping Para Imam, Para Masyaikh dan orang awam, para pembesar dan para penguasa juga turut hadir menyertai Halqah Iradatnya. NISBAT UWAISIYAH Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu adalah seorang yang memiliki Nisbat Uwaisi. Sekalian Para Khulafa Hadhrat Khwajah Syah Naqsyaband Quddisa Sirruhu bahkan dirinya sendiri juga telah menerima Tarbiah Ruhani daripada Rauhaniah Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. شنيدم كاشف راز نهاني ابو القاسم ﭼراﻍ ﮔرﮔاني كه بودﮮ ورد جان نام اويسش كه باشد شرﺑﮯ از جام اويسش AQIDAH AHLI SUNNAH Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu adalah berpegang teguh dengan ‘Aqidah Ahli Sunnah dan selalu menekankan perkara tersebut dalam pengajarannya. Semasa menjelaskan makna Surah Al-Fatihah, beliau menjelaskan bahawa tafsiran pengertian Shirat Al-Mustaqim adalah seperti berikut, “Adalah menjadi Ijma’ sekalian Ahlul-Haqq dan Para ‘Ulama bahawa Shirat Al-Mustaqim adalah jalan yang ditempuh oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah.” MASYAIKH THURUQ ARBA’AH Menurut Hadhrat Ghulam Mustafa Khan Rahmatullah 'Alaih, dengan Fadhzal kekurniaan Allah Ta’ala beliau berkesempatan pergi ke sebuah perpustakaan di Kabul, Afghanistan bernama Kutub Khanah Hadhrat Nur Al-Masyaikh ‘Alahirrahmah dan telah mentelaah sebuah Makhtutah Nadir kitab bertulisan tangan yang sangat sukar ditemui, bahawa di dalamnya terkandung beberapa risalah tulisan tangan Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu. Di bahagian akhir penulisan tersebut terdapat sebuah risalah yang terkandung di dalamnya Thuruq Arba’ah iaitu empat salasilah perjalanan Thariqat yang dibawa oleh Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Beliau telah menyalin nukilan risalah tersebut pada tarikh 26 Ogos 1969 yang mana ianya telah dituliskan dalam bahasa Farsi. Perkhabaran berkenaan Para Masyaikh Thuruq Arba’ah adalah sangat masyhur di negara Mawaraun-Nahr dan Khurasan. Risalah tersebut telah ditulis dengan tulisan tangan yang khas daripada Imam Al-Muttaqin, Qiblat Al-‘Arifin, Mursyid dan Pir Hadhrat Mahbub Rabbil-‘Alamin, Quthub Rabbani, Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Al-Faruqi Al-sirhindi Radhiyallahu ‘Anhu, yakni menyatakan Intisab Nisbat Para Masyaikhnya dengan tafsilan terperinci seperti berikut: NISBAT THARIQAT KHAFIYAH KHWAJAGAN NAQSYABANDIYAH “Intisab nisbat penyeru ini yang serba kekurangan, Muhammad Al-Baqi adalah dengan beberapa Khanwadah Silsilah Thariqat. Daku yang serba kekurangan ini telah menerima Khirqah Khufyah zikir tersembunyi dan Musafahah berjabat tangan dan Ijazah Tammah dan ‘Ammah yakni keizinan yang lengkap dan umum, dan menerima bimbingan petunjuk Irsyad daripada Hadhrat Mursyid ‘Ala Al-Ithlaq, Ghauts Al-Aafaq Fil-Masyariq Wal-Magharib Bil-Istihqaq, Makhdumi Wa Sayyidi Khwajah Ishaq Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazah dan Nisbat serta bimbingan Irsyad dari dua jalan:- Pertama, daripada ayahandanya iaitu Hadhrat Quthub Al-Aqthab Maulana Khwajagi Kasafi Al-Dahbidi Quddisa Sirruhu. Kedua, daripada Khalifah Para Khulafa Hadhrat Maulana Lutfullah Quddisa Sirruhu, bahawa Hadhrat Maulana Khwajagi Quddisa Sirruhu dan Hadhrat Maulana Lutfullah Quddisa Sirruhu adalah saudara seikhwan di bawah bimbingan Hadhrat Maulana Syah Hussain Marghilani Quddisa Sirruhu bahawa belaiu adalah seorang daripada Para Khulafa Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu. Nisbat yang pertama adalah benar dan telah diizinkan. Kemudian, sesudah mereka, beliau juga telah diberikan izin oleh Hadhrat Maulana Muhammad Qadhi Quddisa Sirruhu. Dan sesudah mereka, beliau telah berbai’at dengan Hadhrat Makhdumi Maulana Khwajagi serta berkhidmat dan berkebajikan yang tidak terhingga dengan harta dan diri mendahulukan segala kepentingannya. Maka dari arah tersebut, Hadhrat Maulana Khwajagi Quddisa Sirruhu telah melantiknya sebagai Shiddiq Khulafa yakni Khalifah yang terpecayai dari sekalian Para Khalifahnya dan sebagai Qaim Maqam Muthlaq yakni pengganti mutlak bagi dirinya. Maka dapatlah diketahui bahawa Hadhrat Maulana Khwajagi dan Hadhrat Maulana Lutfullah telah menerima Intisab Nisbat dan Ijazat daripada Hadhrat Maulana Qadhi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerimanya daripada Hadhrat Khwajah Ahrar Quddisa Sirruhu yakni Nashir Al-Millat Wal-Din Khwajah ‘Ubaidullah Al-Ahrari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Maulana Ya’qub Carkhi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Baha Al-Haqq Wal-Din Al-Naqsyabandiyyah Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Amir Kulal Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Baba Sammasi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah ‘Ali ‘Azizan Ramitani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah ‘Arif Riwakari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Quthub Al-Aqthabi Khwajah Jahan Khwajah ‘Abdul-Khaliq Ghijduwani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Yusuf Hamdani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Abu ‘Ali Fasi Thusi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Khwajah Abul-Qasim Gurgani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Syaikh Abul-Hassan Kharqani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Syaikh Abu Yazid Bisthami Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Imam Ja’far Shadiq Quddisa Sirruhu dan beliau memiliki dua Nisbat. Pertama, dengan menerusi ayahandanya yang Buzurguar iaitu Hadhrat Imam Muhammad Baqir Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Imam Zainal-‘Abidin Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Imam Hussain Radhiyallahu ‘Anhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi ayahandanya Hadhrat Sayyidina Asadullah Al-Ghalib ‘Ali Ibni Abi Thalib Karramallahu Wajhahu, dan beliau juga menghimpunkan dua Nisbat. Pertama, daripada Hadhrat Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tanpa Wasithah perantara. Kedua, dengan Wasithah perantaraan tiga orang Khalifah (Hadhrat Sayyidina Abu Bakar Shiddiq, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhum Wa Radhu ‘Anhu). Dan Nisbat-nisbat ini daripada Hadhrat Imam Ja’far Shadiq Quddisa Sirruhu menerusi ayahanda, datuk dan sekalian moyangnya Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhum dinamakan sebagai Silsilah Al-Zahab yakni rantaian emas kerana kemuliaan, kesucian dan kehalusannya, dan bagi yang selain dari Nisbat ini dinamakan sebagai Silsilah Al-Fiddhah yakni rantaian perak. Dan Nisbat kedua Hadhrat Imam Ja’far Shadiq Radhiyallahu 'Anhu adalah dengan menerusi datuknya iaitu ayahanda kepada ibundanya iaitu Hadhrat Qasim Bin Muhammad Bin Abu Bakar Al-Shiddiq Radhiyallahu ‘Anhum, bahawa beliau adalah dari kalangan Fuqaha Sab’ah yakni tujuh orang pakar Ilmu Fiqah di Kota Madinah dan beliau juga adalah dari kalangan Para Imam Besar. Beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Sayyidina Salman Farsi Radhiyallahu ‘Anhu, dan beliau juga memiliki dua Nisbat. Pertama, daripada Hadhrat Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tanpa Wasithah perantara, dan Nisbat kedua adalah menerusi Wasithah Empat Para Khulafa Al-Rasyidin, tetapi disamping itu beliau juga telah menerima suatu Nisbat yang khas daripada setiap seorang Para Khulafa tersebut. Pada jalan Thariqat Zikir Khafiyah Qalbi dan Tawajjuh dan Muraqabah Batin adalah dinisbatkan kepada Hadhrat Shiddiq Akbar Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa ianya adalah jalan Thariqat yang khas baginya dan Hadharat Para Khwajagan Qaddasallahu Ta’ala Asrarahum adalah mewarisi Nisbat tersebut yang dinisbatkan kepada Hadhrat Shiddiq Akbar Radhiyallahu ‘Anhu. Tiadalah tersembunyi bahawa Hadhrat Khwajah Abul-Qasim Gurgani Quddisa Sirruhu adalah Pir Mursyid kepada Hadhrat Khwajah Abu ‘Ali Faramadi Quddisa Sirruhu, dan beliau juga memiliki dua Nisbat. Pertama, menerusi Hadhrat Syaikh Abul-Hassan Kharqani Quddisa Sirruhu sebagaimana yang telah dinyatakan, dan Nisbat kedua beliau adalah menerusi Hadhrat Syaikh Abu ‘Ali Katib Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Syaikh Abu ‘Ali Rudbari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Syaikh Abu ‘Utsman Maghribi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Ijazat dan Intisab Nisbat dengan menerusi Hadhrat Sayyid Al-Thaifah Syaikh Junaid Quddisa Sirruhu. Dan Hadhrat Syaikh Abul-Hassan Kharqani Quddisa Sirruhu telah memperolehi Nisbat dengan menerusi tiga jalan Thariqat. Pertama, dengan menerusi Hadhrat Syaikh Bayazid Bisthami Quddisa Sirruhu sebagaimana yang telah dinyatakan, dan perhubungan Nisbat ini adalah menurut perhitungan Ruhaniyat. Kedua, menerusi Hadhrat Syaikh Abu ‘Ali Rudbari Quddisa Sirruhu. Ketiga, menerusi Hadhrat Syaikh Abu Sa’id Abul-Khair Quddisa Sirruhu, dan Nisbat daripada dua orang Masyaikh ini juga adalah terhasil secara Ruhaniyat. Dan Hadhrat Syaikh Bayazid Bisthami Quddisa Sirruhu telah memperolehi Nisbat dan Bai’at dengan menerusi Hadhrat Imam Haqq Nathiq Ja’far Shadiq Radhiyallahu ‘Anhu, sebagaimana Hadhrat Imam Ghazali Rahmatullah ‘Alaih ada menukilkan di dalam kitab Thayyib Al-Qulub, bahawa Hadhrat Syaikh Bayazid Bisthami Quddisa Sirruhu telah berbai’at dengan Hadhrat Imam Ja’far Shadiq Radhiyallahu 'Anhu dan telah mengajarkan Dawam Zikir iaitu ingatan berterusan pada Ismu Zat iaitu “Allah Allah” dan menyatakan kesyukuran sehinggalah beliau meninggal dunia. Demikian juga dinukilkan di dalam kitab Kasyaf Al-Mahjub oleh Hadhrat ‘Ali ‘Utsman Jullabi Quddisa Sirruhu yang hidup sezaman dengan Hadhrat Syaikh Abu ‘Ali Faramadi Quddisa Sirruhu, dan juga ada dinukilkan oleh Hadhrat Syaikh Fariduddin Atthar Quddisa Sirruhu di dalam kitab Tazkiratul-Awliya.” NISBAT THARIQAT JAHRIYAH YASAWIYAH Tiada tersembunyi bahawa Intisab Nisbat dan Ijazat Hadhrat Khwajah Baqi Billah juga diperolehi dari Thariqat Jahriyah Yasawiyah itu zikir dengan mengeraskan suara. Pertama sekali daripada Hadhrat Quthub Al-Aqthab, Ghauts Al-Khalaiq Wal-Tharaiq Hadhrat Syaikh Al-Mian ‘Aali Al-Kabirbanki, kemudiannya daripada Syaikh Al-Masyaikh Fil-‘Aalam Al-A’lam Al-Afkham Sayyid Thayyib Balkhi Quddisa Sirruhu. Kemudiannya, daripada saudaranya yakni Al-Sayyid Al-Sanad Al-‘Arif Billah Wal-Ghauts Al-A’zham Al-A’lam Sanadina Wa Makhdumina Wa Ustadzina Sayyid ‘Abdullah Al-Balkhi beberapa kali dengan Ijazat Tammah ‘Ammah dan dikurniakan dengan pakaian Khirqah. Dapatlah diketahui bahawa Hadhrat Qasim Syaikh adalah Mujaz yakni diberikan izin memberikan Ijazat Thariqat daripada empat salasilah Thuruq yang masyhur tetapi kecenderungannya adalah kepada Thariqat Jahar dan dikurniakan Nisbat Thariqat ini sebagai Mujaz. Pertama, secara Maknawi daripada Hadhrat Syaikh Khudaey Dad Quddisa Sirruhu, dan secara zahirnya daripada dua orang Khalifah Hadhrat Syaikh Khudaey Dad Quddisa Sirruhu, pertamanya daripada Hadhrat Khwajah Maulana Tsauri Quddisa Sirruhu yang telah berdampingan menempuh Suluk Ruhaniah dengan Syaikhnya selama lapan belas tahun dan dikurniakan sebagai Mujaz, keduanya daripada beberapa Masyaikh Thariqat yang telah melazimkan perdampingan dengan Hadhrat Syaikh selama lebih kurang lapan belas tahun. Hadhrat Syaikh Khudaey Dad Quddisa Sirruhu telah memperolehi Nisbat dengan menerusi Hadhrat Syaikh Jamaluddin Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat dengan menerusi Hadhrat Syaikh Khadim Makhdumi Sayyid ‘Abdullah Quddisa Sirruhu. Beliau telah memperolehi Nisbat dengan menerusi seorang yang merupakan A’lam ‘Ulama terbesar pada zamannya yang masyhur sebagai Hadhrat Qadhi Salih Al-Balkhi Quddisa Sirruhu. Hadhrat Makhdumi Sayyid ‘Abdullah Quddisa Sirruhu memiliki Nisbat dengan ramai Para Masyaikh Thariqat dengan Ijazat yang banyak dan tidak mampu untuk dinukilkan kerana terlalu panjang. Hadhrat Syaikh Muhammad Salih yang masyhur sebagai Qadhi dan Al-Sayyid telah menerima Nisbat daripada Hadhrat Syaikh ‘Ali Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat daripada Hadhrat Syaikh ‘Ali Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat daripada Hadhrat Ba Alman Baba Quddisa Sirruhu, dan sebahagian menamakannya sebagai Hadhrat Aiman Ata Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat ini daripada Hadhrat Al-Shadr Ata Quddisa Sirruhu. Ada yang mengatakan bahawa Hadhrat Aiman Ata Quddisa Sirruhu memperolehi Nisbat ini dengan menerusi Haddhrat Syaikh Jamal Syasyi Quddisa Sirruhu. Hadhrat Al-Shadr Ata Quddisa Sirruhu memperolehi Nisbat ini daripada Hadhrat Zanggi Ata Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat ini daripada Hadhrat Hakim Ata Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat ini daripada Hadhrat Burhan Al-Muhaqqiqin Khwajah Ahmad Yasawi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat ini daripada Hadhrat Syaikh Abu Yusuf Hamdani Quddisa Sirruhu dan Nisbat beliau hingga ke akhirnya dalah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Silsilah Thariqat Naqsyabandiyah. Hadhrat Khwajah Ahmad Yasawi Quddisa Sirruhu juga memiliki dua Nisbat yang lain, pertamanya dengan menerusi Hadhrat Syaikh Syihabuddin Suhrawardi Quddisa Sirruhu, dan keduanya adalah menerusi Hadhrat Khwajah Arsalan Baba Quddisa Sirruhu, dan beliau telah memperolehi Nisbat dengan menerusi Hadhrat Salman Farisi Radhiyallahu ‘Anhu, dan beliau telah menerima Nisbat dari dua jalan, pertamanya dengan menerusi Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tanpa Wasithah perantara, dan yang kedua menerusi Empat Para Khulafa Al-Rasyidin Radhiyallahu ‘Anhum sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Silsilah Naqsyabandiyah. NISBAT THARIQAT KUBRAWIYAH HAMDANIYAH FATHIYAH Adapun Nisbat beliau dalam Thariqat 'Aliyah Kubrawiyah Hamdaniyah Fathiyah adalah daripada Para Masyaikh Kibar silsilah tersebut, khususnya daripada Hadhrat Burhan Al-Muhaqqiqin, Quthub Al-'Arifin, Ghauts Al-Salikin Shadr Al-Millat Wal-Din Al-Bukhari Quddisa Sirruhu setelah tempoh sepuluh tahun berada dalam Khalwat dan Jalwat, siang dan malam, berdampingan semasa bermusafir dan semasa hadir dengan melazimkan 'Ubudiyat dengan perhatian yang khas. Pakaian Khirqah daripada Hadhrat Syaikh Tursun Al-Mardi Quddisa Sirruhu dan Hadhrat Syaikh Nuruddin Ibrahim Al-Khafi Quddisa Sirruhu bahawa mereka berdua adalah saudara Thariqat di bawah asuhan Hadhrat Makhdumi Al-A'zham Syaikh Shadruddin Quddisa Sirruhu. Maka ketiga-tiga Para Masyaikh tersebut telah menerima Nisbat daripada Hadhrat Makhdumi Quthub Al-Aqthab Al-Syaikh Al-Syahir Al-Sami Maulana Muhammad Al-Jami Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Makhdumi Al-A'zham haji Muhammad Al-Khabusyani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syah Al-Baidawari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Rasyid Al-Baidawari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Amir 'Abdullah Al-Barzasabadi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Khwajah Ishaq Khatlani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Amir Kabir Amir Sayyid 'Ali Al-Hamdani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Mahmud Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Alaud-Daulah Simnani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Abdur-Rahman Isfarani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Ahmad Al-Jurjani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Ali Lalai Faghnawi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Majduddin Baghdadi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Ammar Yasir Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abu Najib Suhrawardi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Ahmad Ghazali Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima dua Nisbat, pertamanya dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Yusuf Hamdani Quddisa Sirruhu, dan keduanya dengan menerusi Hadhrat Syaikh Abu Bakar Nassaj Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abul-Qasim Gurgani Quddisa Sirruhu dan beliau juga telah menerima dua Nisbat sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Silsilah Naqsyabandiyah iaitu pertamanya adalah daripada Hadhrat Syaikh Abul-Hassan Kharqani Quddisa Sirruhu, dan keduanya adalah daripada Hadhrat Syaikh Abu 'Ali Rudbari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abu 'Utsman Maghribi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Junaid Baghdadi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Sirri Saqathi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Ma'ruf Karkhi Quddisa Sirruhu, dan beliau juga telah menerima dua Nisbat, pertamanya dengan menerusi daripada Hadhrat Imam 'Ali Musa Ridha sehinggalah sehinggalah menerusi rantaian silsilah emas para datuk dan moyangnya yang mulia Radhiyallahu 'Anhum, keduanya adalah dengan menerusi Nisbat daripada Hadhrat Daud Al-Thayi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Habib 'Ajami Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Hassan Bashri Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Sayyidina Imam 'Ali Ibni Abi Thalib Karramallahu Wajhahu. Hadhrat Imam 'Ali Musa Ridha Radhiyallahu 'Anhu berintisabkan Nisbat dengan ayahandanya Hadhrat Imam Musa Kazhim Radhiyallahu 'Anhu, dan beliau berintisabkan Nisbat dengan ayahandaanya Hadhrat Imam Ja'far Shadiq Radhiyallahu 'Anhu, dan beliau memiliki dua Nisbat sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Silsilah Naqsyabandiyah. Wallahu A'lam. NISBAT THARIQAT 'ISYQIYAH Adapun Nisbat Hadhrat Khwajah Baqi Billah dalam Thariqat 'Isyqiyyah adalah dengan menerusi dua arah, pertamanya daripada Hadhrat Makhdumi Sayyid 'Abdullah Al-Balkhi Quddisa Sirruhu dan keduanya menerusi Hadhrat Syaikh Muhammad Qulli Khalifah Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Qahhar Syaikh Quddisa Sirruhu dan Baba Syaikh Quddisa Sirruhu, dan mereka telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Muhammad Shadiq Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Abul-Hassan Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Ilyas Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Muhammad Qulli Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Khudaey Qulli Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Mir Ghiyatsuddin Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Bayazid Syaikh Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Qawwamuddin Bisthami Quddisa Sirruhu dan Hadhrat Syaikh Bahauddin Maghribi Quddisa Sirruhu, dan kedua-dua Para Masyaikh ini telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Sulthan Al-'Arifin Syaikh Abu Yazid Bisthami Quddisa Sirruhu, dan Nisbat beliau adalah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Silsilah Naqsyabandiyah. NISBAT THARIQAT QADIRIYAH Adapun Intisab Nisbat Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu dalam Thariqat Qadiriyah dan Chishtiyah adalah dengan menerusi dua orang Syaikh. Pertamanya daripada Hadhrat Sayyid Tajuddin Tamanni Quddisa Sirruhu dan keduanya daripada Hadhrat Sayyid 'Abdullah Makki Quddisa Sirruhu, dan mereka berdua telah menerima Intisab Nisbat daripada Hadhrat Syaikh 'Ali Manshar Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Muhammad Sajjadi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Thahir Bin Zayyan Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Ahmad Bin Musa Basyisyi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Syihabuddin Zarruq Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abul-Hassan 'Ali Basyisyi Quddisa Sirruhu dengan Wasithah perantaraan Hadhrat Syaikh Ahmad Bin Musa Quddisa Sirruhu. Dan Hadhrat Syaikh Abul-Hassan 'Ali Quddisa Sirruhu telah menerima Nisbat dengan menerusi daripada ayahandanya Hadhrat Syaikh Abu Hafs 'Imrani 'Ali Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Sayyid Majduddin Abu Muhammad Shalih Al-Zawawi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Muhammad Mukhlis Thabibi Quddisa Sirruhu dan Hadhrat Syaikh Ahmad Bin Zindahmard Quddisa Sirruhu, dan mereka berdua menerima Intisab Nisbat daripada Hadhrat Syaikh Syarafuddin Ibni Al-'Adil Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Abdullah Bin Syuja'uddin Al-Faruqi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Jamaluddin Bin Yusuf Bin Muhammad Bin Nashir Ma'dami Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Abdullah Muhammad Bin Ibrahim 'Abdul-Wahid Bin Sarwar Al-Maqdisi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Ghauts Al-Tsaqilain Syaikh Muhyiddin 'Abdul-Qadir Al-Jailani Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abu Sa'id Al-Mubarak Bin 'Ali Al-Hadhrami Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abul-Hassan 'Ali Bin Muhammad Bin Yusuf Al-Hikari Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Abul-Faraj 'Abdul-Rahman Bin 'Abdullah Al-Tharthusi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh 'Abdul-Wahid Bin 'Abdul-'Aziz Tamini Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada ayahandanya Hadhrat Syaikh 'Abdul-'Aziz Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Abu Bakar Muhammad Ratasyili Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Sayyid Al-Thaifah Syaikh Abul-Qasim Al-Junaid Al-Baghdadi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Sirri Saqathi Quddisa Sirruhu, dan beliau telah menerima Intisab Nisbat dengan menerusi daripada Hadhrat Syaikh Ma'ruf Karkhi Quddisa Sirruhu dan Nisbat beliau seterusnya adalah sebagaimana yang telah dinyatakan secara tafsilan terperinci, pertamanya adalah menerusi Hadhrat Imam 'Ali Musa Ridha Radhiyallahu 'Anhu dan keduanya adalah menerusi Hadhrat Syaikh Daud Al-Thayi Quddisa Sirruhu. Demikianlah Silsilah Thuruq Arba'ah iaitu empat silsilah Thariqat utama yang dibawa oleh Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Al-Faruqi Al-Sirhindi Quddisa Sirruhu. Khulasah dari segala penerangan rantaian salasilah Thariqat Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu dapatlah diketahui bahawa darjah kesungguhan beliau mencari jalan Para Salikin dan Para Majzubin adalah begitu tinggi, dan telah menempuh masa perdampingan Suhbat dengan hati orang-orang yang telah disucikan, dan telah memperoleh hasil yang begitu besar. PARA MASYAIKHNYA Beliau telah berdamping dengan Para Arbab Ma'rifat dan berbai'at dengan mereka dan telah berhasil memperoleh Ijazat dan Khirqah Thariqat. Beberapa nama yang telah dapat diketahui adalah seperti berikut: 1. Hadhrat Khwajah 'Ubaid Rahimahullah Beliau adalah seorang 'Allamah yang besar dan masyhur pada zamannya dan memiliki banyak kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya, selain itu beliau juga adalah seorang Sahib Karamat dan Khawariq. Beliau sering mengadakan Halqah bagi menghimpunkan Para Arbab Ma'rifat dan Mahabbat. Beliau adalah Khalifah Hadhrat Maulana Lutfullah Quddisa Sirruhu, dan Hadhrat Maulana Lutfullah Quddisa Sirruhu adalah Khalifah Hadhrat Maulana Khwajagi Amkangi Dahbidi Quddisa Sirruhu Wa'alaihir-Rahmah. 2. Hadhrat Amir 'Abdullah Balkhi Rahimahullah Beliau adalah seorang dari kalangan Buzurguar yang besar penampilannya. Jika tiada dipandang pada segala khidmatnya dan sifat penampilannya dengan hanya melihat pada kesempurnaan ilmunya, maka tiada seorang 'Alim dan Fadhil yang mampu mendakwa memiliki kelebihan sepertinya. Di samping memiliki kelebihan kesempurnaan ilmu pengetahuan, beliau juga adalah seorang yang memiliki keupayaan Firasat dan kemampuan Dirayat yang sangat tinggi darjat kesempurnaannya. Beliau juga memiliki pengetahuan yang sempurna dalam bidang Adab Sastera, Ilmu Al-Rijal, Ilmu Nasab keturunan, Fiqah, Hadits dan seluruh bidang ilmu pengetahuan Islam dan mampu mengeluarkan ijtihadnya sendiri dalam sebahagian perkara. Kerana itulah beliau di kalangan Para Masyaikh yang sezamannya dengan iktibar kemasyhurannya adalah mendapat lebih penerimaan masyarakat awam. Para 'Alim 'Ulama dan Fadhil Fudhala yang besar-besar telah datang menghadapnya dengan menganggap diri mereka adalah sebagai para pelajar dan para penuntut. 3. Hadhrat Syaikh Samarqandi Rahimahullah Beliau adalah Syaikh Thariqat dari Khanwadah Silsilsah Thariqat Hadhrat Khwajah Ahmad Yasawi Rahimahullah. Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu pernah hadir bersuhbat dan berkhidmat kepadanya, memperbaharukan Taubat dan telah berdampingan dengan selama beberapa hari di Khanqahnya sebelum kembali berangkat ke Mawara Al-Nahr dan telah meminta izinnya untuk berangkat, tetapi Hadhrat Syaikh tidak mengizinkannya untuk pergi, seraya berkata, "Kamu masih muda sekarang, tinggallah di sini beberapa hari lagi." Namun desakan yang kuat untuk Hadhrat Khwajah Baqi Billah berangkat pergi, lalu Hadhrat Syaikh pun mendoakan kebaikan untuknya, semoga Allah Ta'ala mengurniakan Daulat Istiqamat yang teguh kepada beliau. 4. Hadhrat Syaikh Baba Mi Wali Qaddasallahu Sirrahul-'Aali Beliau adalah salah seorang Syaikh Thariqat dan pembimbing yang cemerlang dalam Silsilah 'Aaliyah Naqsyabandiyah yang menetap di Kashmir. Nama beliau begitu besar masyuhur lagi dihormati di kalangan seluruh para pembesar dan masyarakat awam di Kashmir. 5. Hadhrat Maulana A'zham Khwajagi Amkangi Rahimahullah Beliau adalah dari kalangan Para Masyaikh yang masyhur dan terkenal PERJALANAN THARIQATNYA Thariqat mulia yang dilaluinya adalah dengan jalan merendahkan diri agar dirinya dan namanya tidak dikenali ramai, menyembunyikan hal Ahwalnya, menganggap dirinya serba kekurangan, tiada mengucapkan sebarang perkataan melainkan menurut keperluannya. Jika ada orang yang datang ingin berbaiat dengannya, maka secara umumnya beliau akan menolak dan melarang mereka, namun bagi para penuntut Shadiq yang benar dalam niat mereka, maka beliau menganggapnya sebagai suatu daulat kemuliaan, menerima mereka dan tiada ditinggalkan. Beliau sangat Tawadhu’ dan tidak menganggap dirinya lebih baik dari orang lain. SIFAT TAWADHU’NYA Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu sangat rendah hati dan lemah lembut. Beliau akan cuba menyembunyikan kedudukan martabat Ruhaninya yang tinggi dari orang ramai dan tidak menganggap dirinya layak untuk tugas membimbing orang lain. Beliau akan mengemukakan banyak alasan kepada para penuntut yang datang untuk mendapatkan manafaat keruhanian daripadanya dengan berkata, “Orang yang malang di hadapan kamu ini bukanlah seperti yang kamu sangka, oleh itu pergilah ke tempat lain. Jika kamu menjumpai seseorang pembimbing yang benar, maka kembalilah dan beritahu kepada saya supaya saya dapat pergi kepadanya dan berkhidmat kepadanya. Mungkin nanti saya boleh mendapatkan ubat untuk mengubati penyakit hati saya.” Sekali peristiwa yang memaparkan sifat Tawadhu’ beliau adalah seperti berikut. Ada seorang pemuda yang tinggal dalam kejiranan beliau, yang berkelakuan agak nakal dan biadab. Beliau menghadapi sikap dan perangai pemuda itu dengan penuh kesabaran. Seorang muridnya yang juga khalifahnya bernama Hadhrat Khwajah Husamuddin Quddisa Sirruhu tidak begitu senang dengan pemuda itu dan sukar mengawal kesabarannya. Pada suatu hari Hadhrat Khwah Husamuddin telah membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menangkap pemuda tersebut hingga dia dimasukkan ke dalam penjara. Apabila Hadhrat Khwajah Baqi Billah mendapat tahu perkara tersebut, beliau agak kecewa dengan tindakan Hadhrat Khwajah Husamuddin dan bertanya kenapa dia melaporkan kepada pihak berkuasa? Hadhrat Khwajah Husamuddin menjawab, “Wahai Syaikh, pemuda itu sangat biadab dan jahat, kejahatannya sudah melampaui batasan. Saya tidak dapat menhitung semua kejahatannya, dia terus mendatangkan bahaya kepada orang sekelilingnya.” Mendengarkan penjelasan itu Hadhrat Khwajah Baqi Billah mengeluh dalam-dalam sambil tersenyum berkata, “Ya saudaraku, kamu menganggap diri kamu sebagai Salih, Wali dan baik, maka kerana itulah kamu menganggap pemuda itu sebagai biadab, nakal dan jahat. kami tidak melihat diri kami dalam apa jua keadaan lebih baik dan berbeza dengan pemuda itu sehingga kami boleh mengecamnya.” Selepas itu beliau telah pergi kepada pihak berkuasa dan membebaskan pemuda itu dari penjara tahanan, dengan penuh rasa malu dan keinsafan pemuda itu telah berubah menjadi orang yang Salih dan berkelakuan baik. KAEDAH PENGAJARANNYA Kaedah Tasawuf yang diajarkannya adalah dengan menahan diri dari membenci dosa yang membawa kepada kebencian kepada pendosa, dan memandang bahawa para pendosa sebagai memerlukan penawar dan belas kasihan seperti burung yang terluka. Mereka perlu dirawat dan dibimbing dengan lidah yang manis. Beliau sering melihat kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri sehingga jika salah seorang muridnya melakukan kesilapan, dia akan berkata, "Ini adalah cerminan sifat keji kita sendiri. Kejahatan dalam diri kita terpancar pada mereka. Apa yang mereka boleh lakukan?" Beliau menggesa supaya mengambil kira terhadap diri sendiri dan melihat sama ada terdapat sebrang bentuk pengabaian di pihak diri sendiri. Jika beliau melihat seseorang secara terang-terangan bertindak bertentangan dengan perintah Agama Islam, beliau tidak akan secara langsung dan keras memberikan amaran kepada mereka, sebaliknya membawa persoalan perkara tersebut dengan secara lemah lembut, menggunakan perumpamaan dan kiasan tanpa menyinggung perasaan sesiapa pun. Oleh kerana beliau tidak menganggap dirinya lebih tinggi, lebih mulia atau berbeza dari orang lain, beliau tidak secara terbuka memberikan amaran atau nasihat peringatan kepada mereka. Tiada seorang pun yang akan dicela oleh lidahnya yang diberkati dalam majlis perhimpunannya. Setiap kali ada seseorang di hadapannya yang sedang memikirkan dan merendahkan tentang pemikiran seseorang Muslim yang lain, beliau akan segera mengetahui dan merasakannya lalu mula bercakap tentang sifat-sifat kebaikan orang Muslim itu dan memujinya. Pada suatu ketika seorang murid beliau membawa perkhabaran bahawa beliau sedang dikecam oleh orang tertentu, beliau telah mengajarkan kepada murid yang membawa khabar tersebut suatu kaedah latihan yang indah seperti berikut, "Setiap kali kita disifatkan dengan sesuatu yang buruk atau ditegur, kita hendaklah segera melihat kepada diri kita sendiri dan akan mendapati sejenis sifat keji tersebut. Kami melihat tanda-tanda seperti itu sebagai nasihat. Selepas kamu memberitahu saya tentang berita ini, saya mendapati dalam diri saya ada kecacatan dan kekurangan. Aku berlindung dengan Rahmat Allah, dengan izinNya aku akan bebas daripadanya." KEBAIKAN DAN KARAMATNYA Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu sangat taat pada menuruti perintah dan menjauhi larangan Syariat Islam. Beliau suka kepada Para Faqih yang Salih. Beliau sangat mementingkan rezeki yang halal, malah beliau juga menasihatkan agar seseorang yang memasak makanan hendaklah dalam hal keadaan Ihsan semasa menyediakan makanan, iaitu dalam keadaan sedar akan kehadiran Allah dan tidak berkeadaan lalai. Beliau menjauhkan diri dari kemasyhuran dan dikenali ramai, dan berusaha untuk menyembunyikan keajaiban Karamatnya. Setiap kali orang yang sakit dibawa kepadanya, beliau mendoakannya dan dengan izin Allah dapat menjadi sembuh, tetapi untuk menyembunyikan keajaibannya ini, beliau akan melihat di dalam kitab-kitab perubatan seolah-olah beliau merawat pesakit menggunakan pengetahuan di dalam kitab tersebut. Beliau sangat baik dan belas kasihan terhadap manusia dan haiwan. Apabila berlaku kelaparan di Lahore, beliau berkata kepada orang yang membawa bekalan makanan kepadanya, “Tidak sesuai untuk kita makan sedangkan orang ramai sedang mati kelaparan.” Kemudian beliau menghantarkan makanannya itu kepada orang miskin. KEAJAIBAN SOLATNYA Pada suatu ketika, beliau telah bersolat di sebuah masjid di Lahore, tiba-tiba suatu bunyi yang begitu kuat terbit dari dadanya. Semua jemaah yang sedang bersolat terkejut mendengarkan bunyi tersebut. Sesudah menyempurnakan Solat, beliau segera bingkas bangun untuk keluar dari masjid. Seorang pengikut setianya telah meriwayatkan, bahawa sekali peristiwa Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu sedang mengimamkan Solat dengan menghadap ke arah Qiblat dan dalam masa yang sama juga beliau sedang menghadap ke arah jemaah di belakangnya. Seusai Solat, Hadhrat Khwajah menasihatkan kepada pengikutnya supaya jangan mendedahkan rahsia tersebut kepada sesiapa pun. Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu telah dikurniakan dengan sifat-sifat keruhanian yang hebat kerana kecintaannya dan ketaatannya yang luarbiasa terhadap Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ada diriwayatkan bahawa bunyi suara yang kuat seperti air mendidih pernah terbit daripada dada Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa Baginda bersolat, dan Baginda juga diriwayatkan dapat melihat ke arah hadapan dan di arah belakangnya dalam masa yang sama. Telah masyhur di seluruh Hindustan bahawa sesiapa yang datang hadir kepadanya dan melihat ke dalam matanya atau duduk berzikir bersamanya akan memasuki hal keadaan Istihlak yakni rasa penghapusan diri di mana mereka dapat mencapai Ahwal Fana yakni rasa kebinasaan diri. Dengan keupayaan ini, beliau telah menjadi begitu terkenal di serata Benua India. HADHRAT KHWAJAH DAN TUKANG ROTI Pada suatu malam, beberapa tetamu Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu telah datang menemuinya, oleh kerana tiada bahan makanan tersedia di rumahnya, dia telah meminta seorang tukang roti yang sangat menghormatinya supaya menyediakan roti untuk melayan tetamunya. Selepas melayan tetamunya dengan jamuan roti sebagaimana yang telah diarahkan, tukang roti itu telah muncul di hadapan Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu dan menuntut upahnya. Hadhrat Khwajah bertanya kepada tukang roti itu berapa banyakkah yang beliau perlu bayar untuk penyediaan makan malam itu? Hadhrat Khwajah cuba membayar dengan wang tetapi tukang roti itu enggan menerima imbuhan dengan bayaran wang, sebaliknya tukang roti itu telah meminta Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu menjadikan dirinya seperti beliau. Kerana perasaan kasih sayangnya, beliau begitu menghargainya. Hadhrat Khwjah lalu membawa tukang roti itu ke dalam biliknya, memeluknya dan memberikan Tawajjuh kepadanya sehingga telah mengubah wajah tukang roti itu menjadi seperti Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Apabila mereka berdua keluar dari bilik itu, kedua-duanya menyerupai satu sama lain dengan begitu rapat sehingga sukar bagi orang ramai membezakan antara keduanya. Perbezaan yang ketara ialah manakala Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu sedang melaksanakan tugasnya seperti biasa dengan cara biasa, tukang roti yang berubah wajah itu berada dalam hal keadaan kehilangan diri, termenung berkhayal, dan kerana tiada dapat menanggung bebanan Ahwal dan tekanan akibat keberkatan Ruhaniyah yang besar terlimpah kepadanya, maka tukang roti itu telah meninggal dunia selepas tempoh tiga hari. HADHRAT KHWAJAH DAN KUCING Pada suatu malam, Hadhrat Khwajah Baqi Billah melakukan Solat Tahajjud dan setelah selesai, beliau pun pergi menuju ke tempat tidurnya. Apabila tiba di katilnya, beliau mendapati ada seekor kucing sedang nyenyak tidur di atas katilnya. Malam itu begitu sejuk, namun kerana sifat belas kasihannya terhadap makhluk Tuhan, maka beliau tidak mengganggu kucing yang sedang nyenyak tidur di atas katilnya, sebaliknya beliau tidur di lantai bersebelahan katilnya. MAKNA FANA DAN BAQA Hadhrat Syaikh Tahir Al-Qadri dalam sebuah ceramahnya di Maqam Data Darbar Sahib Syaikh ‘Ali Al-Hujwiri Quddisa Sirruhu, bertajuk “Waliyon Ki Pehchan” yang bermaksud mengenal Para Awliya, telah menyampaikan sebuah kisah berkenaan salah seorang murid Hadhrat Khwajah Baqibillah Quddisa Sirruhu yang bertanya kepadanya tentang makna Fana dan Baqa. Hadhrat Khwajah berkata, “Apabila saya meninggal dunia, tanyakan soalan ini kepada orang yang mengimami bacaan Solat jenazah saya.” Hadhrat Khwajah telah meninggalkan syarat hanya orang yang tidak pernah meninggalkan walau sekali Solat Tahajjud dalam seumur hidupnya sahaja yang boleh membacakan Solat jenazahnya, dan apabila syarat ini dibacakan semasa upacara pengebumiannya, semua yang hadir menundukkan kepala dan tiada sesiapa yang berani tampil ke hadapan untuk mengimamkan bacaan Solat ke atas jenazahnya. Akhirnya ada seorang lelaki yang mukanya bertudung telah tampil ke hadapan lalu mengimami bacaan Solat Jenazah. Selepas Solat, lelaki bertudung itu pun berjalan pergi. Murid yang pernah bertanya berkenaan makna Fana dan Baqa teringatkan jawapan daripada Hadhrat Syaikhnya, Khwajah Baqibillah Quddisa Sirruhu lalu berlari ke arah lelaki bertudung itu dan memegang lengannya seraya berkata, “Syaikh saya meminta saya bertanya kepada kamu tentang apa itu Fana dan Baqa?” Ketika itu lelaki bertudung pun menanggalkan kain tudung dari mukanya. Wajahnya adalah serupa dengan wajah Hadhrat Khwajah Baqibillah sendiri seraya berkata, “Orang yang kamu bacakan Solat jenazahnya itu adalah Fana, dan apa yang kamu lihat di hadapan kamu ini adalah Baqa!” MATLAMAT HIDUPNYA Pada suatu hari, seorang lelaki Salih telah mengirimkan sebuah surat yang penuh dengan keinginan dan permintaan menerusi salah seorang muridnya yang ikhlas, dan surat itu telah disampaikan kepada Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Dengan rendah hati, beliau telah menuliskan kata-kata berikut di belakang surat itu, "Malangnya, tiada kekuatan untuk bertindak dalam diri yang tidak berdaya ini. Jika Allah Yang Maha tinggi mengurniakan saya lelaki yang celaka ini, yang sedang meratapi hari-harinya yang lalu, yang tinggal beberapa hari lagi kehidupan, bahawa dia akan mengejar matlamat ini dengan usaha yang besar dan menyerahkan diri sepenuh hidupnya ke jalan ini. Semoga Allah Yang Maha Tinggi mengizinkan saya menyerahkan urusan saya di kedua-dua alam kepada kuasa IlahiyatNya dan membebaskan saya dari semua pekerjaan yang lain. Amin, Wahai Tuhan Sekalian Alam." "Saya memohon kepada saudara ini agar dia mengusapkan mukanya ke tanah agae keinginan saya ini tercapai dan dia berdoa kepada Allah agar keinginan saya dipenuhi. Allah Yang Maha Tinggi serta merta menerima doa yang dilakukan tanpa kehadiran yang lain. Doa saya bersamamu tuan." MELAKSANAKAN AMANAH Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu telah berusaha gigih supaya murid-muridnya dapat maju secara Ruhani. Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Quddisa Sirruhu telah berkata tentang perkara ini, “Semasa ceramah Tuan Guru kami, para penuntut akan menerima faedah yang tidak dapat diperolehi walaupun melalui latihan Mujahadah dan Riyadhah yang berat dan sukar.” Beliau melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang Syaikh hanya dalam had tempoh tiga ke empat tahun, dan pada ketika akhir hayatnya beliau telah memberikan amanah tugas membimbing para penuntut Thariqat kepada khalifahnya, Hadhrat Syaikh Ahmad Sirhindi Quddisa Sirruhu, lalu menghabiskan masanya dengan beruzlah. PENCAPAIAN TERBESAR Beliau telah memperkukuhkan Silsilah Naqsyabandiyah di India menerusi perhubungannya dengan para bangsawan dan para penguasa kerajaan Mughal dan telah membuktikan bahawa ianya berfaedah untuk membentuk reformasi ke atas Umat Islam di India. Beliau telah mengambil langkah dengan tindakan-tindakan yang tepat bagi menghentikan kesesatan yang tersebar menerusi dakyah agama baru tajaan Raja Akbar yang dinamakan sebagai “Din Ilahi.” Penulisan dan seruannya dakwahnya telah mendorong Umat Islam untuk menghentikan segala perbuatan bidaah yang tiada berlandaskan Sunnah. Golongan bangsawan juga memberikan perhatian kepadanya dan beliau telah menggunakan segala keupayaan dan kuasa yang ada pada mereka untuk memperbaikkan keadaan Umat Islam. Beliau menekankan kepentingan Syari’at dalam seluruh kehidupannya dan telah berjaya mempengaruhi mereka menerusi kebaikan, kesalihan dan sifat ketaatannya yang ketat dalam menuruti Sunnah. Beliau menyukai Thariqat yang menuruti Syari’at dan membawa kesedaran tersebut kepada Para Sufi dan Para ‘Ulama di zamannya. Hadhrat Khwajah Muhammad Kishmi Quddisa Sirruhu, Khalifah kepada Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu berkata dalam sebuah penulisannya berkenaan pencapaian Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, bahawa mungkin pencapaiannya yang terbesar adalah hanya dalam tempoh dua hingga tiga tahun sahaja beliau telah membina dengan kukuh Silsilah Thariqat Naqsyabandiyah di India, yang mana mereka yang lain dari silsilah yang sama telah ketinggalan di belakang dan berusaha selama bertahun-tahun. Menurut kenyataan Sardar Ali Ahmed Khan, bahawa apabila dinilaikan dari hasil pencapaian Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, peristiwa terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan beliau adalah menerima Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu sebagai muridnya pada tahun 1599M. Ada dinukilkan dalam kitab Khazinah Ma’rifat mukasurat 87, bahawa setelah Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu menjadi murid kepada Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, lalu Hadhrat Khwajah Quddisa Sirruhu telah membawanya ke dalam bilik Khalwat dan mula memberikan Tawajjuh kepadanya sehinggakan pada waktu itu juga hati Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu telah menjadi hati yang berzikir. Semasa Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu tiba di Delhi dalam rangka niatnya untuk pergi berangkat ke Tanah Suci Makkah, atas nasihat rakannya bernama Hadhrat Maulana Hassan Kashmiri Quddisa Sirruhu dia telah pergi menemui Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu segera dapat menyedari potensi keupayaan dan kemampuan besar yang ada dalam diri Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu, walaupun beliau tidak pernah mencadangkan kepada sesiapa pun bahawa mereka hendaklah menjadi muridnya, namun berkenaan Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu, beliau telah meminta agar dia dapat menyelaraskan diri dengannya dan tinggal beberapa hari bersamanya di Khanqah Pondok Sufinya. Ketika Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu hadir untuk berkhidmat kepadanya, maka beliau memberikan layanan dan perhatian yang penuh dengan kehalusan jiwa dan kasih sayang, hingga membangkitkan keinginan segera Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu untuk masuk ke dalam Silsilah ‘Aliyah Naqsyabandiyah. Akhirnya, Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu telah menerima dan menyelaraskan dirinya dengan Thariqat Naqsyabandiyah. Tidak lama kemudian Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu telah memberikan Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu keizinan untuk membimbing orang ramai dan beliau mula merujukkan sekalian para muridnya kepada Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu. Beliau telah memanggil mereka seorang demi seorang dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan kemudian menghantar mereka kepada Hadhrat Mujaddid Quddisa Sirruhu. Melalui beliau, Silsilah Thariqat Naqsyabandiyah telah menyebar dengan sangat cepat ke seluruh benua India. Berjuta-juta manusia telah memperolehi manafaat hubungan kedekatan dengan Allah menerusi Thariqat yang suci ini. Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Al-Faruqi Al-Sirindi Quddisa Sirruhu telah mengungkapkan kata-kata berkenaan Tuan Gurunya Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu, "Syaikh, Tuan Guru dan pemimpin kami, Hadhrat Syaikh Muhammad Al-Baqi adalah pengganti penting dalam kehadiran keluarga rantaian Hadharat Naqsyabandiyah yang terkenal. Tuhan menyucikan makhluk menerui mereka. Dia telah mengajar si malang ini rumusan ingatan Zikir yang melibatkan Nama-nama Zat Tuhan. Dengan menggunakan kaedah Naqsyabandi yang mapan, Hadhrat Syaikhku telah mencurahkan kekuatan Ruhaniah kepadaku sehingga rasa nikmat gurihnya benar-benar telah meresap ke dalam diriku." Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu adalah menduduki di atas takhta semua Para Masyaikh. Beliau adalah Khalifah bagi seluruh Para Masyaikh Naqsyabandiyah yang telah mencapai penghujungan yang tertinggi dan tiada terhingga. Beliau adalah Quthub Ruhani yang menyokong setiap makhluk di muka bumi dan membongkarkan rahasia Haqiqat Ketuhanan. Beliau adalah petunjuk kepada kedudukan Haqiqat Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan haqiqat orang yang berilmu serta pemberi petunjuk kepada orang-orang yang menuju kebenaran. KEWAFATANNYA Ketika berusia empat puluh tahun, beliau telah jatuh sakit. Sebelum kewafatannya, beliau telah berkata kepada isterinya yang dihormati, “Apabila usiaku mencapai empat puluh tahun, maka suatu peristiwa yang besar akan berlaku.” Ketika usianya mencapai empat puluh tahun, beliau berkata, “Kami telah diperlihatkan dalam mimpi bahawa untuk tugasan yang beliau telah dihantar, ianya telah dilaksanakan sepenuhnya.” Pada suatu hari beliau telah berkata, “Sudah semakin hampir, seorang Buzurg Silsilah Naqsyabandiyah akan meninggalkan dunia, dia adalah Quthub Zamannya.” Pada saat-saat terakhirnya, beliau telah mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang dengan pandangannya dan para murid dan para sahabatnya mula menangis. Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu sambil tersenyum dna memandang mereka dengan seolah-olah kehairanan dan berkata, "Dan Darwisy jenis apakah kamu sehingga kamu tidak redha dengan nasib dan kamu menangis?" Pada ketika itu seorang dari pengikutnya berkata dengan hati yang hancur, "Wahai Tuhan Sekalian Alam." Hadhrat Khwajah segera memalingkan wajahnya yang dirahmati ke arah pengikutnya, lalu seorang berkata, " Tindakan bertukar guru kita ini adalah kerana keghairannya mendengar nama mulia Kekasih Sejati." Matanya yang diberkati dipenuhi dengan linangan air mata. Waktu Solat Asar semakin hampir dan beliau mula menyeru dengan kuat lafaz Ismu Zat "Allah Allah". Beliau telah kembali menuju kehidupan yang kekal abadi sambil mewiridkan Zikir Ismu Zat "Allah Allah" dari waktu Solat Asar hinggalah ke akhir nyawanya pada hari Sabtu sebelum waktu Maghrib, 25 Jamadil-Akhir 1012H bersamaan 29 November 1603M ketika berusia 40 tahun. Jenazahnya dikebumikan pada keesokan harinya 26 Jamadil-Akhir 1012H. Kubur pemakamannya terletak di Kademgah, Delhi. Tiada kubah pada kuburnya sebagaimana yang telah diwasiatkannya agar jangan dibina sebarang kubah di atas kuburnya. Tiada sebarang pohon yang menaungi bayang ke atas kuburnya, namun para penziarah tetap tidak merasakan kepanasan walaupun mereka berdiri tanpa berkasut di samping kubur beliau pada siang hari. AHLI KELUARGANYA Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu telah berkahwin dengan dua orang isteri dan beliau meninggalkan dua orang putera menerusi setiap seorang isterinya. Isteri pertamanya adalah adik perempuan Muhammad Qalij Khan Andajani Quddisa Sirruhu (w.1023H) merupakan seorang pegawai istana kerajaan Akbar dan beliau mengajarkan ilmu Fiqah, Hadits dan Tafsir. Isteri keduanya adalah adik perempuan Hadhrat Muhammad Shadiq Kishmi atau Kashmiri Quddisa Sirruhu. Beliau telah memberikan Amanah kepada Hadhrat Khwajah Husamuddin Quddisa Sirruhu untuk menjaga keperluan keluarganya dan membesarkan kedua-dua orang anaknya apabila beliau meninggal dunia. Beliau telah meninggalkan seorang ibu, dua orang isteri dan dua orang anak lelaki yang berusia sekitar dua tahun: Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah yang masyhur sebagai Khwajah Kalan yang bermaksud Khwajah Tua, dilahirkan pada 1 Rabiul-Awal 1010H dan meninggal dunia pada 18 Jamadil-Akhir 1073H. Sebelum kelahirannya beberapa orang Salih telah bermimpi bahawa Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu akan mendapat kelahiran seorang anak lelaki dan akan diberikan nama sebagaimana Hadhrat Khwajah Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu, maka sesudah kelahirannya dia diberikan nama sebagai ‘Ubaidullah. Hadhrat Khwajah ‘Abdullah yang masyhur sebagai Khwajah Khurd yang bermaksud Khwajah Muda dilahirkan pada 6 Rejab 1010H dan berusia empat bulan lebih muda dari abangnya. Setelah mencapai dewasa, beliau telah masuk ke dalam perdampingan bersama Hadhrat Imam Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi Quddisa Sirruhu dan telah menerima bimbingan keruhaniannya dan telah dikurniakan dengan kekhalifahan oleh Hadhrat Imam Rabbani Quddisa Sirruhu. Beliau meninggal dunia pada 25 Jamadil-Awal 1074H. KARYA KESUSASTERAANNYA Beliau adalah seorang penyair agung yang banyak mengarang syair pendek dan panjang bertemakan Tauhid dan Tasawuf. Kebanyakan syairnya adalah dalam gaya Matsnawi Maulana Rumi dan beliau menggunakan nama pena Takhallusnya sebagai "Beyrang". Beliau ada mencatatkan 23 Khutbah dan 87 Surat. Beliau juga ada menulis ulasan yang mensyarahkan Ruba'iyat Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Quddisa Sirruhu. Beberapa suratnya yang telah dituliskan kepada murid-muridnya telah diterbitkan dalam sebuah karya berjudul “Kulliyat Baqi Billah”. Malfuzat kata-kata ucapannya telah dihimpunkan oleh salah seorang muridnya yang dikasihi, yang dengan sengaja tidak mahu menyebut nama dirinya di permulaan penulisan tersebut, walau bagaimanapun di akhir penulisan tersebut beliau menggunakan nama Rusydi, dan para penyelidik biografi telah menamakannya sebagai Maulana Rusydi. Dia telah menerangkan beberapa peristiwa penting yang telah berlaku dalam kehidupan Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu dalam kitab berjudul Hayat Baqiyah. Senarai penulisan beliau adalah seperti berikut: 1. Risalah Haqiqat Namaz 2. Risalah Mukhtasar Bayan Tauhid 3. Risalah Makna A'uzu 4. Tafsir Bismillah dan Surah Al-Fatihah 5. Tafsir Surah Al-Syams 6. Tafsir Surah Al-Ikhlas 7. Tafsir Surah Al-Falaq 8. Tafsir Surah Al-Naas 9. Syarah Ruba'iyat Silsilah Al-Ahrar PARA KHULAFANYA Antara Para Khalifah Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu: Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Al-Faruqi Al-Sirhindi Quddisa Sirruhu. Hadhrat Syaikh Tajuddin 'Utsman Al-Sanbhali Quddisa Sirruhu. Beliau adalah Khalifah yang pertama dilantik oleh Hadhrat Khwajah Baqi Billah. Berhijrah ke Makkah, meninggal dunia pada awal malam Sabtu 22 Rabiul-Awal 1052H ketika bersia 99 tahun, dan telah dikebumikan di Makkah. Mempunyai ramai pengikut di negara-negara Arab dan telah melantik ramai Para Khalifah antaranya Hadhrat Syaikh 'Abdullah Baqisyar Al-Makki Quddisa Sirruhu dan Hadhrat Syaikh Abu Sa'id Gangohi Quddisa Sirruhu. Hadhrat Khwajah Husamuddin Ahmad Quddisa Sirruhu, lahir pada 977H, meninggal dunia pada 1 Shafar 1043H dan dikebumikan di Delhi, India. Hadhrat Syaikh Ilah Dad Dehlawi Quddisa Sirruhu, meninggal dunia pada 23 Syaaban 1051H dan dikebumikan di Delhi, India. Hadhrat Syaikh 'Utsman Jalandhari Quddisa Sirruhu, pengarang kitab 'Isyqiyah. Hadhrat Syaikhah Dawlat, isteri salah seorang muridnya yang diberikan kebenaran untuk mengajarkan Zikir Thariqat Naqsyabandi kepada kaum wanita. KATA-KATA HIKMAHNYA Jika seseorang mencintai orang lain kerana sifatnya yang berilmu atau berani, cinta ini akan berakhir apabila sifat-sifat itu hilang. Tetapi mencintai seseorang keranaNya, tidaklah sedemikian. Ini adalah untuk mencintai orang lain tanpa mengasaskan cinta ini pada sebab atau sifat tertentu. Sebagaimana cinta ini tidak bertambah apabila sifat-sifat ini meningkat, ia juga tidak berkurang apabila sifat-sifat ini berkurangan. Janganlah kamu bergaul dan berkawan dengan orang-orang yang tidak mempunyai keinginan untuk Ilmu Allah dalam hatinya. Larilah dari Para ‘Ulama yang menggunakan ilmunya untuk pangkat, kedudukan atau untuk dipuji sebagaimana kamu lari dari singa. Pembahagian Maqamat Ma'rifat adalah banyak, kebenaran perkara itu adalah atas kebenaran yang telah dimaklumkan oleh Agama kita. Berpuasa adalah mengambil petunjuk salah satu Sifat Allah Yang Maha Tinggi, kerana Allah Yang Maha Tinggi tidak memerlukan makan dan minum. Orang-orang yang hebat di jalan ini sangat bekerja keras dan halus, jalan mereka tidak diragukan lagi adalah jalan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Bagi orang yang redha, ujian bukanlah musibah. Mereka tidak memberontak dalam menghadapi ujian ini kerana yang telah mengutuskan mereka adalah Allah Yang Maha Tinggi. Mengikuti Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan berada atas 'Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta berbakti dalam hati dan cinta kepada Hadharat Para Khwajagan yang agung adalah lebih baik dari kesemua nikmat duniawi kini. Intipati pekerjaan ini ialah bahawa hati seseorang harus bersama Allah dan tubuhnya harus bekerja. Berhati-hatilah supaya kamu tidak menjadi orang yang memakan apa sahaja yang didapatinya dalam kelalaian, sama ada halal atau haram. Jangan pernah sesekali melepaskan penghujung tali pengharapan. Kehidupan Tasawuf yang tidak berlandaskan perintah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan membolehkan seseorang itu sampai ke Hadhrat Allah. Seseorang hendaklah berusaha untuk membaca Al-Quran dan memahaminya sebagaimana yang difahami oleh Hadhrat Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Apabila hati dipenuhi dengan kecintaan kepada dunia atau kesenangannya, ikatan seseorang kepada Allah Ta'ala menjadi lemah. Itulah sebabnya seseorang harus memutuskan ikatan dengan dunia ini dan menjaga hati supaya tetap lurus dan menghadap kepada Allah Yang Maha Tinggi. Amat penting untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk dan makan dari sumber yang halal. Hendaklah menjauhi segala dosa seperti mengumpat, menyebarkan khabar angin, meremehkan orang-orang beriman, memusuhi orang-orang Islam, menyimpan dendam, marah atau menghina orang-orang yang berada di bawah jagaan kamu. Ini adalah asas jalan kita. Sesuatu tugas yang dijalankan tanpa kehadiran perkara-perkara tersebut adalah tidak selaras dengan keredhaan Allah. Sekiranya terdapat kesalahan atau kelalaian dalam apa yang kami sebutkan tadi, maka hendaklah segera bertaubat dan memohon ampun, dan berpegang teguh kepada tugas yang diberikan oleh orang-orang besar di jalan ini sehingga rahsia ayat berikut boleh menjadi jelas, "Perbuatan yang baik menghapuskan perbuatan yang buruk." (Hud 11:114) Khwajah Baqi Imam Awliya, ‘Arif Billah Asrar Maqamat, Sulthan ‘Arifin Zhilal Anbiya, Mursyid Kamil Sahib Ma’rifat. Ghauts Jahan Quthub Zamanah, Muayyiduddin Siraj Al-Millah, Naqsyabandi Waqat Mursyidul-Islah, Khwajah Beyrang Baqi Billah. DAFTAR RUJUKAN 1. Hadhrat Al-Quds (Farsi) oleh Syaikh Badruddin Sirhindi, terjemahan Urdu oleh Hafiz Muhammad Ashraf Naqsyabandi, terbitan Qadri Rizwi Kutubkhana, Lahore, 2010 2. Zubdat Al-Maqamat (Farsi) oleh Khwajah Muhammad Hasyim Kishmi. 3. Baqiyat Baqi (Urdu) oleh Dr. Ghulam Mustafa Khan Naqsyabandi. 4. Tazkirah Khwajah Baqi Billah (Urdu) oleh Maulana Nasim Ahmad Faridi Amrohi, terbitan dari Al-Furqan Book Depot, Nazirabad, Lucknow, India, 1986. 5. Masyaikh Thuruq Arba'ah (Farsi) oleh Khwajah Baqi Billah Naqsyabandi, terbitan Dr. Ghulam Mustafa Khan Naqsyabandi, 1969. 6. Kulliyat Baqi Billah (Farsi) oleh Maulana Abul-Hassan Zaid Faruqi Mujaddidi, terbitan dari Lahore, Pakistan. 7. Hayat Baqiyah (Farsi) oleh Maulana Rusydi, terjemahan Urdu oleh 8. 'Irfaniyat Baqi (Urdu) oleh Sayyid Nizamuddin Ahmad Kazimi 9. Chahal Maktub (Farsi) oleh Khwajah 'Utsman Jalandhari, Khalifah Khwajah Baqi Billah terjemahan ke bahasa Urdu oleh Maulana Muhammad Ilah Din Hanafi Naqsyabandi, terbitan edaran Bazar Kashmiri, Lahore. 10. Miftah Al-Ma'iyah oleh Syaikh Tajuddin Sanbhali, Khalifah Hadhratb Khwajah Baqi Billah, diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Syaikh 'Abdul-Ghani Nablusi (w.1143H)

Ahad, 11 Mei 2014