Selasa, 25 Oktober 2011

1:97 Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani



MAKTUB 97 - JILID 1   

Pada menerangkan bahawa maksud perlaksanaan Ibadat yang diperintahkan adalah untuk melahirkan keyaqinan dan pengalaman Fana dan Baqa adalah intipati Wilayat, telah dituliskannya kepada Hadhrat Syeikh Darwish Rahmatullah 'Alaih.

Semoga Haqq Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kemuliaan kepada kita dengan Haqiqat Iman menerusi perantaraan Hadhrat Sayyidul Mursalin Sallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam. 

Sebagaimana maksud penciptaan manusia adalah untuk menyempurnakan amalan Ibadat yang telah diperintahkan, maka begitu juga dengan maksud menyempurnakan amalan Ibadat yang diperintahkan adalah untuk menghasilkan Yaqin. Tujuan penciptaan manusia adalah untuk menyembah dan taat kepada Allah sepertimana yang telah ditetapkanNya dan matlamat utama penyembahan dan ketaatan adalah untuk mencapai yaqin yang merupakan intipati Iman. Adalah mungkin bahawa dalam ayatNya yang mulia mengisyaratkan kepada tuntutan ini:

Wa'budu Rabbaka Hatta Yaktiyaka Al-Yaqin.
"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu keyakinan".

Kerana, kalimah perkataan "Hatta" sebagaimana ianya boleh datang bagi pengertian Nihayat dan Ghayat yakni batas penghujungan dan kemuncak terakhir ianya juga boleh bermaksud Sababiyat yang bermakna "menyebabkan" atau juga "sehingga" dan "setakat ini". Yakni, "Li Ajali An Yaktiyaka Al-Yaqin". Dalam erti kata lain, seolah-olah Iman yang dimiliki pada seseorang sebelum menyempurnakan Ibadat ketaatan adalah hanya rupabentuknya sahaja dan bukannya Haqiqat Iman sebenar yang dita'birkan sebagai Yaqin. Allah Ta'ala mengumumkan bahawa untuk supaya mendapatkan Yaqin adalah dengan kamu mendapatkan Iman itu sendiri.  

Allah Ta'ala berfirman dalam surah An-Nisa ayat 135:

Ya Ayyuhal-Ladzina Aamanu Aaminu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu!"

Yakni: Orang-orang beriman yang memiliki rupabentuk keimanan, cubalah berusaha untuk beriman dan mempunyai keyakinan yang sebenar dengan menyempurnakan Wazaif penyembahan kepada Allah dan mentaatiNya sebagaimana yang diperintahkanNya. 


Dan maksud daripada penghasilan Fana dan Baqa adalah pencapaian Wilayat, hanya keyakinan inilah yang dimaksudkan dan tiada lagi maksud yang lain. Sekiranya seseorang memahami tentang Fana Fillah dan Baqa Billah dengan pemahaman Haliyyat dam Mahaliyyat yang membawa maksud Hulul iaitu menunjukkan gabungan manusia kepada Allah, maka ianya adalah 'Ain Ilhad dan Zindiqah, suatu penyelewengan boleh menggugat keimanan. Dalam hal keadaan tenggelam dalam kemabukan Sakar, banyak perkara sedemikian akan terzahir keluar dari mulut seseorang Sufi yang mabuk, jesteru adalah menjadi tugasnya untuk mengatasinya dan kembali bertaubat kepada Allah memohon keampunan dariNya setelah mereka kembali kepada hal keadaan Sahuw.

Hadhrat Syeikh Ibrahim Ibn Shayban Qazwini Qaddasallahu Sirrahu, salah seorang daripada Masyaikh yang disebut dalam Tabaqat telah berkata bahawa pemahaman pengetahuan tentang Fana dan Baqa wujud dalam orang-orang yang mempunyai kepercayaan yang benar ikhlas dalam hakikat Wahdaniyat Allah Ta'ala dan berbuat Ibadat dengan betul. Segala sesuatu yang selain dari ini adalah kesilapan Mughalatah semata-mata dan Zindiqah. Demi Allah, apa yang dikatakannya adalah benar dan kata-kata beliau adalah mengkhabarkan tentang Istiqamah beliau pada jalan yang benar. Fana Fillah bermaksud melupakan diri sendiri dalam menjalankan kehendak Allah Ta'ala dan perkataan-perkataan seperti Sair Ilallah dan Sair Fillah dan sebagainya adalah dikiaskan atas perkara ini. 

Dan seterusnya berkenaan Hadhrat Syeikh Miyan Allah Bakhsh Rahmatullah 'Alaih, beliau adalah orang yang dihiasi dengan kesalihan, ketaqwaan dan banyak fadhilat kelebihannya yang lain. Dan ramai orang yang ada memiliki takluk dengannya. Sekiranya dia meminta bantuan anda dalam sesuatu urusan, maka diharap berikanlah bantuan kepada beliau. 

Wassalamu 'Alaikum Wa 'Ala Man Ittaba'a Al-Huda
"Salam kesejahteraan ke atas kamu dan ke atas sesiapa yang menuruti jalan Hidayat."


Terjemahan: 
Hadhrat Muhammad Tahair Abdur Rahman Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiya 'Anhu
26 Dzul Qaidah 1432
24 Oktober 2011
5:08 pm

Suntingan Terjemahan:
Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani 'Ufiya 'Anhu
28 Dzul Qaidah 1432
26 Oktober 2011
11:55 am

Isnin, 17 Oktober 2011

Durar Al-Ma'arif Terjemahan Durr Al-Ma'arif


Durar Al-Ma'arif 
Terjemahan 
Durr Al-Ma'arif



Majlis Pertama.
12 Rabi' Al-Akhir 1231 Isnin


Hamba yang dhaif, Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah hadir di tempat perhimpunan turunnya limpahan Faidhz. Pada waktu itu dalam kehadiran limpahan Faidhz, para hadirin telah diperingatkan berkenaan lafaz Faqir. Murshid Haqq Hadhrat Shah Ghulam 'Ali Naqshbandi Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah memberi penjelasan tentang lafaz Faqir.


Huruf Fa bermakna Faqah yakni bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hajatnya. Huruf Qaf bermakna Qana'ah yakni bercukup dengan kesederhanaan dan tidak tamak. Huruf Ya bermakna Yad Ilahi yakni mengingati Allah dengan melenyapkan segala ingatan tentang Dunia dan Akhirat. Huruf Ra bermakna Riyadhah dan Mujahadah yakni melatih diri dengan latihan Ruhaniah dan mensucikan Nafsu. 


Maka, seseiapa yang telah sempurna keempat-empat perkara ini bererti dia telah berjaya mencapai maqsud lafaz Faqir iaitu, Huruf Fa bermakna Fadhal yakni kurniaan kelebihan. Huruf Qaf bermakna Qurb yakni pendekatan terhadap Allah Ta'ala. Huruf Ya bermakna Yari yakni persahabatan dengan Allah Ta'ala dan Huruf Ra bermakna Rahmat dan Rukyat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakni melihat Haqq Allah Ta'ala. Jika hal keadaan seseorang itu adalah sebaliknya maka, Huruf Fa menjadi Fadhihah yang bermakna mendatangkan ke'aiban, Huruf Qaf menjadi Qahar Ilahi yang bermakna Kekerasan Allah Ta'ala. Huruf Ya menjadi Yaksun yang bermakna berputus asa dan putus harapan. Huruf Ra menjadi Riswai yang bermakna bersifat jahat. Kita memohon perlindungan Allah Ta'ala dari keadaan tersebut, Amin.


Pada hari tersebut perkara Sima' juga turut diperingatkan. Murshid Haqq Hadhrat Maulana Shah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa Ahli Sima' adalah orang yang bertawajjuh sepenuhnya terhadap Allah Ta'ala dan berpaling sepenuhnya dari yang selainNya. Baginya apa sahaja yang didengarinya, dia akan menganggap perkara tersebut datang dari Allah Ta'ala yang mana pada pandangannya segala sesuatu yang selainNya telah terangkat.


Murshid Haqq berkata lagi bahawa Hadhrat Nizamuddin Awliya Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah berkata bahawa, "Alangkah baiknya jika daku mati dalam hal keadaan Sima'," dan beliau juga telah berkata bahawa Hadhrat Nizamuddin Awliya Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah melupakan hasrat tersebut kerana pada suatu ketika Hadhrat Fariduddin Ganj Shakar Quddisa Sirrahu yang merupakan Guru Murshid baginya dengan jalan 'Inayat dan pandangan yang khas telah berkata kepada Hadhrat Nizamuddin Awliya Rahmatullah 'Alaih, "Apa sahaja yang kamu inginkan mintalah padaku." Beliau telah meminta, "Hamba memohon Istiqamah dan tidak mahu mati dalam hal keadaan Sima' kerana betapa ruginya masa terlepas dari tangan dengan begitu sahaja."


Murshid Haqq juga telah berkata bahawa terdapat perbezaan antara Wajad dan Tawajad yang mana Wajad adalah hal keadaan menggeletar yang berlaku bukan dengan ikhtiar manakala Tawajad adalah hal keadaan tersebut yang berlaku dengan ikhtiar. Dan beliau juga telah berkata bahawa jikalau dengan niat yang benar maka Tawajad juga diperbolehkan menurut Para Sufiyah. Sepertimana yang sedang berlaku di tempat Hadhrat Khwajah Nizamuddin Awliya Rahmatullah 'Alaih.


Beliau juga berkata bahawa di tempat Hadhrat Khwajah Nizamuddin Awliya Rahmatullah 'Alaih juga terdapat amalan Sima' namun tanpa gelak-ketawa bahkan wanita dan remaja yang belum berjanggut tidak dibenarkan hadir bahkan bunyian bertali pun tidak dimainkan. Maka amalan Sima' yang seperti ini adalah diperbolehkan dalam Shari'at Mutahharah. Demikian juga telah dituliskan di dalam kitab Fawaid Al-Fawaid dan Sair Al-Awliya.


Beliau juga telah berkata bahawa Hadhrat Qutub Al-Muhaqqiqin Khwajah Bakhtiar Ushi Kaki Rahmatullah 'Alaih dalam majlis Sima' dengan secara bertarannum telah membacakan bait ini dari tempatnya yang Fana lalu telah berpindah ke tempat yang Baqa.


Kushtagani Khanjari Taslim Ra, 
Har Zaman Az Ghaib Jan Digar Ast.

Terjemahan:
Seseorang yang telah dimatikan dengan pisau belati Taslim,
Di setiap zaman ada lagi nyawa yang lain dari Alam Ghaib .


Allah! Allah! Betapa berkatnya Kalam Hadhrat Ahmad Jam Rahmatullah 'Alaih yang mana beliau memberikan minuman dari Piala Jam yang kesampaian dan melepaskan diri dari perangkap kewujudan. Pada hari itu, himpunan Jami'iyyat pada Insan juga turut diperingkatkan. Irshad firmannya bahawa Hadhrat Imam Muhammad Ghazali Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam kitab "Rahmatan Wasi'atan" bahawa Insan adalah Jami' sekelian Mumkinat dengan jalan penjelasan bahawa apa sahaja yang ada di dalam seluruh alam ini adalah juga terdapat di dalam diri Insan yakni kepala Insan adalah dicontohkan kepada Falak langit dan Khatrat adalah menyerupai malaikat, tulang-temulang adalah dengan Manzil kedudukannya sebagai gunung-ganang dan darah adalah seperti sungai, urat saraf adalah dirupakan sebagai pepohonan dan setiap dua mata seperti mohor mentari yang sinarnya berkilau dan sirna rembulan yang bercahaya gemilang dan atas dasar ini maka Qiaskanlah pada baki perkara yang lain.


Akan tetapi di samping itu Hadhrat Shah Ghulam 'Ali Naqshbandi Rahmatullah 'Alaih telah mengatakan bahawa Insan adalah himpunan bagi sekelian Mumkinat menurut keadaan yang mana baki keseluruhan alam adalah penzahiran Asma dan Sifat Ilahiyah dan Insan adalah Muzhar atau Mazhar yakni sebagai tempat penzahiran Zat Ilahi dan pada Zat adalah terhimpun keseluruhan Sifat. Beliau juga berfirman bahawa Qalbi hati Insan adalah cermin jajahan alam tetapi seorang yang 'Arif melihat bahawa, "Seluruh alam berada di dalam hatiku bahkan Allah Haqq Jalla Wa 'Ala adalah terpapar di dalam hatiku."


Kebanyakan Para Awliya mengatakan bahawa hal keadaan tersebut sebagai Wahdat Wujud dan mengeluarkan kata jeritan Ana Al-Haqq, Subhana Ma A'zhama Shaani dan Laisa Fi Jubbati Siwa Allah. Hadhrat Maulana Ahmad Jam Rahmatullah 'Alaih telah berkata:


Ma Aainahi Jahan Namaim, Ma Nuri Jamal Kibriyaim
Maujudah Bajaz Wujud Ma Nist, Dar Harcheh Nigah Kuni Tu Maim
Har Qatrah Keh Banagri Za Darya, Dar Yab Keh Qatrah Nist Maim.


Terjemahan:
Kami adalah sebagai suatu cermin paparan bagi keseluruhan alam, 
Cahaya Jamal Kibriya keindahan yang berkebesaran adalah Kami.
Yang wujud selain dari kewujudan Kami sebenarnya adalah tiada,
Maka pada apa sahaja yang dikau pandang ianya itu adalah Kami.
Pada setiap Qatrah titisan air yang dikau lihat pada aliran sungai,
Dikau akan dapati bukan Qatrah titisan air bahkan Ia adalah Kami.


Dan 'Arif yang dikenali Hadhrat Maulana 'Abdur Rahman Jami Rahmatullah 'Alaih juga telah mengisharatkan kepada maqam ini dengan Nazam perkataannya:


Mumkin Za Tang Nami 'Adam Na Kushidah Rakht, 
Wajib Za Bargahi Qidam Na Nahadah Gam,
Dar Hairatam Keh In Hamah Naqshi 'Ajib Chist, 
Bar Lawhi Surat Aamadah Masyhud Khas Wa 'Am,
Badah Nihan Wa Jam Nihan Aamadah Padid, 
Dar Jam 'Akasi Badah Wa Dar Badah Rangi Jam,
Jami Ma'ad Wa Mabdai Ma Wahdatast Bas, 
Madar Miyan Katsrati Mawhum Wassalam.


Terjemahan:
Yang Mumkin tidak dapat mengangkat barangannya di jalan penafian yang sempit,
Dan yang Wajib tidaklah terkeluar langkahNya dari Istana Qidam yang sedia ada.
Dalam kehairananku bahawa apakah erti semua gambaran yang ajaib-ajaib ini,
Yang mana telah datang pada Lauh perupaan di hadapan orang yang khawas dan awam.
Minuman arak adalah tersembunyi dan Jam pialanya juga adalah tersembunyi,
Pada piala terdapat kebalikan minuman arak dan minuman arak pun mewarnai piala.
Wahai Jami! Mabda permulaan dan Ma'ad penghujungan Kami adalah Wahdat,
Kamilah yang berada dalam perantaraan kebanyakan apa yang diwahamkan, Wassalam.


Dan terdapat suatu jemaah Para Awliya 'Izham yang mengatakannya sebagai Wahdat Shuhud. Mereka berkata bahawa Dunia adalah seumpama rumah cermin yang mana cahaya mentari Al-Bari Wajah Kebaikan dan Keindahan Ma'shuq Haqiqi iaitu Allah Rabbul 'Izzat dipersaksikan.


'Akas Ruey To Chu Dar Aainah Jam Aaftad,
'Arif Az Khandah Mi Dar Tama'i Kham Uftad.

Terjemahan:
'Akas kebalikan WajahMu tatkala telah jatuh ke atas cermin Hadhrat Maulana Jami,
Maka Si 'Arif pun dengan lawak jenakanya telah jatuh dalam tamak pada kesalahan.




Faedah:


Muallif Hadhrat Khwajah Rauf Ahmad Mujaddidi 'Ufiya 'Anhu telah berkata bahawa Sima' adalah dikatakan terhadap suara yang diperdengarkan tanpa alat bunyian manakala yang dimainkan dengan alat bunyian dinamakan sebagai Ghina iaitu nyayian. Di kalangan 'Ulama Ummat, tiada sesiapa pun yang khilaf berselisihan pendapat tentang keharaman Ghina menerusi Nas berikut ini:


64. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakan suaramu dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. [Al-Isra: 64]


Pengharaman nyanyian Ghina adalah Zahir menerusi Nas ini bahawa Para Mufassirin mengatakan bahawa penafsirannya adalah apa yang dikatakan sebagai Al-Ghina, dan pada Ayat Al-Quran ke-6 Surah Luqman:


6. Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari Jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan Jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. [Luqman:6]


(Maksud ayat ini ialah Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya tetapi segala tipu daya Syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman. Perkataan kalimah Istafziz menurut pengertian bahasa bererti memperbodohkan seseorang dengan lagu-lagu, muzik dan apa juga panggilan yang memanggil kepada ketidak-patuhan terhadap Allah Ta'ala. - Az Mulla Ar-Rowi)


Ayat ini juga menanggung penafsiran yang sama dan betapa banyaknya dinyatakan di dalam Ahadits Nabawi berkenaan pengharaman Ghina yang mana satu daripadanya adalah bahawa Syaitan adalah yang pertama sekali mengeluh dan Syaitan adalah yang pertama sekali melakukan Ghina yakni bernyanyi. Dalam Hadits yang kedua adalah yang menyatakan bahawa nyanyian Ghina  akan menumbuhkan penyakit Nifaq di dalam hati sepertimana air yang dapat menumbuhkan pohon. 


Maka, Para 'Ulama Ummat telah Ikhtilaf berselisihan pendapat tentang pengharaman Sima' dan bukannya yang berkaitan dengan nyanyian Ghina. Memperdengarkan suara oleh para wanita dan para pemuda yang belum berjanggut adalah termasuk dalam jenis nyanyian Ghina ini, yakni mendengarinya adalah Haram. Maka, Sima' yakni suara yang bukan datang menerusi para wanita dan para pemuda tanpa janggut dan tidak dimainkan oleh sebarang alat bunyian. Suara yang sebegini apabila terdengar bagi orang yang ahli dalam pemeliharaan hati, dia akan mendapat kurniaan peningkatan dalam Zauq, Shauq, Wajad, ketiadaan diri, menggeletar keharuan, cahaya Anwar dan rahsia Asrar. Maka ianya diperbolehkan dengan menurut syarat-syarat ini sepertimana Para Sufiyyah Kiram yang mulia telah nukilkan ianya adalah Jaiz dibolehkan, jikalau tidak maka adalah tidak boleh.

1:3 Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani






MAKTUB 3 - JILID 1


Pada menerangkan keadaan Mahbus yakni hal keadaan terkurung yang dialami oleh sebahagian rakan dengan suatu Maqam Makhsus yang dikhususkan bagi mereka dan sebahagian rakan yang lain telah dapat menempuh Maqam tersebut hingga sampai kepada Maqamat Tajalliyyat Zati, juga telah dituliskan kepada Hadhrat Buzurguar Murshidnya:


Permohonan, adalah menyatakan bahawa Para Rakan yang yang berada di sini adalah sebagaimana Para Rakan yang berada di sana, bahawa setiap dari mereka telah mengalami keadaan terkurung dan tertahan pada suatu Maqam yang khas. Jalan untuk mereka keluar daripada maqam-maqam tersebut adalah terasa sukar dan payah. Kekuatan dan Qudrat yang sesuai dengan Maqam ini di dalam diri hamba tiada ditemui. Haqq Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan berkat tumpuan perhatian Tawajjuhat 'Aliyyah yang tinggi lagi diberkati dari pihak Tuan Hadhrat Ishan, hamba telah dapat mencapai peningkatan.


Seorang daripada saudara-mara hamba yang kekurangan ini, terdapat seorang yang yang telah pun menempuh Maqam ini hingga telah sampai kepada permulaan hal Muqaddimah Tajalliyyat Zatiyyah. Hal keadaan beliau adalah cukup bagus. Langkah demi langkah hamba yang hina ini, beliau pun turut meletakkan kaki ke atasnya. Berkenaan mereka yang lainnya pun adalah diharapkan hal yang sedemikian juga.


Selain itu, bahawa sebahagian daripada Para Rakan yang berada di sana adalah tidak bersesuaian dengan Jalan Para Muqarrabin. Hal keadaan mereka adalah bersesuaian dengan Jalan Para Abrar. Dalam hitungan secara keseluruhannya, Yaqin yang telah mereka hasilkan dapatlah juga dianggap sebagai suatu kurniaan Ghanimat. Menuruti atas Jalan Para Abrar inilah mereka perlu diperintahkan.


Misra' ('Ain) Farsi:
Har Kisey Rah Bahar Karey Sakhtand

Terjemahan Melayu:
Setiap orang telah diciptakan untuk pekerjaan yang sesuai dengannya.


Untuk menjelaskan secara Tafsil tentang perkara ini dengan menuliskan nama-nama mereka adalah hamba tiada berani, bahawa ianya pasti tidak akan tersembunyi dari pengetahuan Tuan Hadhrat Ishan kerana itulah mengata banyak, hamba tidak berani.


Pada hari menuliskan huraian Tahrir permohonan ini, Hadhrat Mir Sayyid Shah Husin Rahmatullah 'Alaih dalam kesibukan Batinnya telah melihat bahawa seolah-olah dia telah sampai ke sebuah pintu yang besar dan beliau telah berkata bahawa ianya adalah Pintu Hairat yakni sebuah pintu yang menghairankan lagi mengkagumkan. Apabila dia meletakkan pandangan ke dalamnya, maka dia terlihat bahawa Tuan Hadhrat Ishan dan hamba yang hina ini berada di sana. Setiap ketika dia berusaha untuk meletakkan kaki ke dalamnya namun dia tidak dapat menuruti langkahan kaki hamba ini.


16 Dzul-Qa'idah 1432
14/10/2011
10:24 am

Rabu, 28 September 2011

Maktubat 1 Khwajagan Naqshband: Hadhrat Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih




MAKTUB 1: TUHFAH IBRAHIMIYAH

DENGAN NAMA MUHAMMAD JAN AKHUND ZADAH SAHIB
PADA PENJELASAN BERAMAL ATAS SHARI'AT DAN BEBERAPA NASIHAT BERFAEDAH

Alhamdu Lillahil Ladzi Atla'a Fi Falakil Azali Shamsan Nabawiyyatil Muhammadiyyah,
Segala pujian bagi Allah yang telah menerbitkan dalam Falak AzaliNya akan Mentari Kenabian Muhammadiyah yang terpuji,
Wa Ashrafa Min Ufuqi Asrarir Risalatihi Mazahira Tajalliyyati Ahmadiyyah,
Dan yang telah memuliakan dari ufuk rahasia RisalahNya akan penzahiran Tajalliyat Ahmadiyah yang sangat terpuji,
Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Amma Ba'du,
Semoga Rahmat Allah terlimpah ke atasnya dan Kesejahteraan. Adapun sesudah itu,

Saudaraku yang daku muliakan lagi diberikan petunjuk, Muhammad Janan Akhund Zadah Sahib, semoga Allah Ta'ala mensejahterakannya dari Afat yang membahayakan di Dunia dan Akhirat, dan semoga Allah menjadikannya sebagai seorang yang 'Ashiq tersangat cinta terhadap ZatNya Yang Maha Tinggi.

Daripada Faqir Haqir yang hina La Syaik tiada apa-apa Dost Muhammad 'Ufiya 'Anhu semoga keampunan ke atasnya, sesudah mengucapkan Salam Masnunah, ketahuilah bahawa beberapa nasihat akan dihuraikan supaya untuk Para Rakan ianya akan menjadi sebagai penyebab kejayaan dan keselamatan.

Maka, ketahuilah bahawa untuk mengembangkan dan mendapatkan Ijazat keizinan Tariqah Sufiyah perlulah kepada syarat ini iaitu secara Zahir dan Batin hendaklah bersungguh-sungguh Istiqamah atas hukum-hakam mulia Shari'at Mutahharah Nabawiyyah, semoga ke atas Sahibnya terlimpah Rahmat dan kebaikan, dan walau dalam kelapangan manapun janganlah melampaui batas-batas Hudud Shar'iyyah yang telah dishari'at walaupun satu zarrah. Secara khususnya, pada lima waktu Solat hendaklah melakukannya pada awal waktu dengan secara berjemaah dan Solat Subuh secara wajibnya. Setiap waktu hendaklah sentiasa sibuk dalam amalan Zikir dan Muraqabah mengingati serta mengamati Tuhan Yang Mulia.

Hendaklah kurangkan makan, kurangkan tidur, kurangkan bercakap dan kurangkan bercampur-gaul bersama dengan orang ramai. Hendaklah bersifat sebagaimana dengan sifat-sifat ketinggian seperti Taubat, Zuhud, Sabar, Qana'ah, Tawakkal, Syukur, Khauf, Taslim dan Ridha. Hendaklah bersikap seperti orang awam yang tidak memberikan sebarang kepentingan dalam Kashaf dan Karamat. Hendaklah sentiasa tidak berharap pada zat diri sendiri dan zat seluruh makhluk. Faqr dan Faqah yakni kefakiran dan kemiskinan hendaklah difikirkan sebagai nikmat yang besar. Pada harta benda Para Murid janganlah meletakkan sebarang keserakahan. Sama ada makhluk memuji kamu atau mengingati kamu secara buruk, janganlah ambil peduli terhadapnya. Terhadap kekayaan dan para hartawan hendaklah jauhkan dan terhadap Para 'Ulama dan Para Fuqara hendaklah berkhidmat dengan jiwa, harta dan tubuh badan. Jauhilah dari mengumpat dan menghina makhluk Tuhan. Betapa bagusnya seseorang telah mengungkap ungkapan Parsi:

Har Kuja In Nisti Afzun Ter Ast, 
Kar Haqq Ra Kar Gah An Sar Ast.

Terjemahan:
Di tempat mana penghasilan Fana yang paling banyak,
Di situlah rumah tempat bekerja pekerjaan yang Haqq.

Inilah penjelasan secara Ijmal berkenaan Shari'at dan Tariqat Muhammadi, semoga Rahmat dan kebaikan terlimpah ke atasnya sebanyak bilangan yang diketahui bagiMu.

"Allahummar Zuqna Mutabi'ata Habibika Qaulan Wa Fi'lan Wa I'tiqadan Awwalan Wa Akhiran Zahiran Wa Batinan."

Ya Allahumma rezekikanlah kami keturutan terhadap KekasihMu pada ucapan dan perbuatan dan pegangan I'tiqad pada awal dan akhir secara Zahir dan Batin.

Saudaraku yang mulia, seluruh Himmah kesungguhanmu hendaklah menuntut dan mencari Allah Ta'ala serta luangkan masa untuk mengingatiNya sehingga dalam ingatan terhadap Allah Haqq Ta'ala jangan dibiarkan Ghaflat kelalaian datang walau seketika mahupun sesaat dan sentiasa bertawajjuh dengan Tuhan. Jangan runsing berkenaan rezeki dan jangan bersedih merasa terganggu mengenainya kerana rezeki pada pihak Allah Haqq Ta'ala adalah Muqarrar dan Muqaddar yakni sudah ditetapkan dan disukatkan. Sebagaimana kebanyakan Para 'Ulama yang tidak beramal dan Para Sufi yang jahil, janganlah kamu menjadikan sebagai Wasilah sebarang 'Ilmu, 'Amaliyat, mentera jampi dan sebarang jenis percakapan yang sia-sia kerana dalam perlakuan demikian selain kehinaan dan kecelaan tiada apa yang terhasil.

Ada dinyatakan dalam Hadits Sharif yang mulia, Hadhrat Imam Baihaqi Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan daripada Hadhrat 'Abdullah Bin Mas'ud Radhiyallahu 'Anhuma bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda mafhumnya bahawa, "Jika Ahli 'Ilmu memeliharakan 'Ilmu dan mengamanahkan 'Ilmu kepada Ahli 'Ilmu, maka menerusi 'Ilmu tersebut dia akan mendapat kemuliaan sebagai penghulu, tetapi oleh kerana mereka telah membelanjakan 'Ilmu untuk Ahli Dunia, kerana itulah dia menjadi hina dan cela." Daku telah mendengar daripada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda mafhumnya, "Barangsiapa yang seluruh kerisauannya adalah kerisauan tentang kehidupan Akhirat dan sentiasa risau berkenaan Akhirat, maka Allah Ta'ala akan mempercukupkannya dalam kerisauan berkaitan Dunianya, dan barangsiapa yang datang mengambil berbagai-bagai kerisauan tentang Dunia dan tenggelam dalam fikir tentangnya, maka Allah Ta'ala yang mana ZatNya adalah tidak bergantung dan Maha Memperkayakan tidak akan memperdulikannya meskipun dia akan binasa berada dalam kesusahan dan lembah kesukaran."

Kejayaan Duniawi, Agama dan kehidupan Akhirat adalah terletak dalam 'Ilmu dan 'Amal, tatkala pada ucapan perkataan dan perbuatan dan I'tiqad pegangan seseorang hanya tulen untuk Allah Ta'ala ianya adalah 'Ain penurutan terhadap Shari'at yang mulia. Dan barangsiapa yang tahu berkenaan Aqwal perkataan dan Af'al perbuatan dan I'tiqad kepercayaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tetapi tidak mengamalkannya, maka dia bukanlah seorang 'Alim yang mengetahui, sepertimana ada dinyatakan dalam Hadits yang mulia bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,
"La Yakun Al-Mar-u 'Aliman Hatta Yakun Bi 'Ilmihi 'Amilan," yang bermaksud bahawa seseorang itu tidaklah menjadi 'Alim sehinggalah dia menjadi seorang yang beramal dengan 'Ilmunya. Periwayat Hadits ini ialah Hadhrat Abu Darda Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu.