MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 42
“Bahawa Mukmin akan melihat Allah Ta’ala di Akhirat adalah perkara benar. Dalam perkara ini hanya masyarakat Sunni yang mempercayainya, firqah Islam yang lain dan ahli falsafah tidak mempercayainya. Yang lain menafikannya kerana meninggikan yang ghaib daripada melihat dan ini adalah satu kesalahan. Apabila sesuatu objek dilihat adalah Bey Chun yakni “Tanpa Apa” dan Bey Cheguneh yakni “Tanpa Bagaimana”, maka pandangan itu juga adalah “Tanpa Apa” dan “Tanpa Bagaimana”.
Hendaklah engkau mempercayainya tetapi janganlah engkau menghabiskan banyak masa memikirkan serta Mashgul berkenaan bagaimana Kaifiyat. Pada masa ini, Ma’rifat ini telah dizahirkan kepada Para Awliya yang khas. Apa sahaja yang mereka lihat, walaupun ianya bukan melihat Ru’iyyat Allah yang sebenar namun ianya masih juga suatu penglihatan. Sepertimana sebuah Hadits, “Seolah-olah kamu melihatNya”. Di Akhirat nanti, kesemua orang beriman akan melihat Allah Ta’ala dengan mata mereka sendiri tetapi mereka tidak akan menanggapi atau memahamiNya. Sepertimana yang dikatakan dalam Al-Quran,
“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata dan Dia dapat melihat segala yang kelihatan; Dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui Segala.” [6:103]
Namun, mereka akan memahami dua perkara:
1. Mereka akan mencapai ‘Ilmu Yaqin.
2. Melalui pandangan tersebut mereka akan mencapai kebahagiaan dan kepuasan.
Dua perkara ini ada selalu lazim bersama dengan penglihatan iaitu semua perkara lain yang perlu untuk penglihatan akan hilang. Ini adalah perkara yang sukar difahami dalam ‘Ilmu Kalam. Kaedah rasional tidak dapat untuk membuktikan atau menggambarkannya dalam bentuk konsep. Para ‘Ulama dan Para Sufi yang mengikuti Hadhrat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mendapatinya melalui Nur Firasat yang dicapai dengan Nur Nubuwwat dan mereka juga mendapatinya bersama dengan perkara Kalam yang lain. Apabila ‘Ilmu tidak mampu atau keliru dalam menentukannya, Para ‘Ulama Sunni melihat dan mendapatinya dengan Nur Firasat. Tetapi Para Sufi yang juga ‘Alim mendapatkannya dengan Kashaf dan Syuhud yang beserta dengan Nur Firasat.”
“Perbezaan antara Kashaf dan Firasat adalah seperti perbezaan antara jangkaan dan tanggapan. Firasat mengubah perkara Nazariyyat yang kukuh dan konkrit kepada perkara Hadasiyyat yakni jangkaan manakala Kashaf mengubah perkara-perkara jangkaan tersebut kepada perkara yang boleh ditanggapi oleh Hissiyyat yakni pancaindera. Terdapat perkara di mana Para ‘Ulama Sunni katakan tetapi pemikir rasionalis yang memberi keutamaan terhadap ilmu akal logik menafikannya. Semua ini adalah dalam bentuk yang sama. Para ‘Ulama Sunni telah mengetahuinya melalui Nur Firasat dan menyaksikannya melalui Kashaf yang Sahih. Sekiranya Para ‘Ulama cuba untuk menerangkan perkara ini dengan mendalam maka mereka hanya dapat untuk menkonsepkan perkara tersebut dan membuat orang ramai mengetahui tentang gambarannya, mereka tidak dapat untuk menentukan perkara tersebut melalui pemerhatian Nazar dan Dalil. Ini kerana pemerhatian Nazar ‘Aqal adalah buta dalam menentukan atau mengkonsepkan perkara tersebut. Faqir kagum dengan ‘Ulama tersebut! ‘Ulama tersebut berfikir bahawa mereka akan menentukan perkara-perkara tersebut melalui bukti-bukti dan pendalilan dan mengalahkan penentang mereka. Namun mereka akan gagal. Sebaliknya penentang mereka berfikir bahawa bukti dan pendalilan adalah lemah dan keputusan salah mereka juga adalah lemah dan salah. Sebagai contoh, ‘Ulama Sunni telah menentukan keupayaan untuk melakukan perbuatan. Bagi mereka, usul yang betul dan benar telah dibuktikan dengan Nur Firasat dan Kashaf yang Sahih. Bagaimanapun, Dalil-dalil dan bukti-bukti yang mereka kemukakan adalah lemah dan tidak lengkap. Bukti yang paling kukuh untuk menyokong perkara tersebut adalah satu kejadian pada dua titik masa yang tidak wujud. Ini kerana jika kejadian itu wujud, maka ia memerlukan bahawa kejadian itu wujud secara kebetulan dan ia adalah mustahil. Pihak yang menentang telah menganggap bukti ini lemah dan tidak lengkap dan percaya dengan penuh yakin bahawa usul yang dikemukakan juga adalah salah. Tetapi, mereka tidak faham kepercayaan Para ‘Ulama Sunni dalam perkara ini, di samping dalam perkara lain yang serupa bahawa kesemua kepercayaan telah terhasil daripada cahaya Nur Firasat dan cahaya Nur Nubuwwat. Tetapi, atas kelemahan kita kerana menimbangkan pihak penentang, kita mengemukakan anggaran secara Badihi tanpa pendalilan sebagai bukti Nazari yang kukuh malah mencuba untuk menetapkan bukti tersebut melalui menghuraikan hujah dengan kesulitan dan kepayahan supaya mereka berasa selesa dari sebarang Takalluf. Hasilnya, mungkin pihak penentang tidak menerima anggaran Badihi tanpa pendalilan sebagai bukti. Dalam hal ini kita tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dilakukan kecuali untuk menyebarkan idea-idea ini dan membawanya kepada orang lain. Mereka yang bersifat Muslim yang baik akan menerimanya dengan rela hati. Sebaliknya mereka yang tidak bernasib baik akan menafikannya.”
“Betapa tingginya pengikut Syaikh Al-Islam Hadhrat Abu Mansur Maturidi Rahmatullah ‘Alaih di kalanagan Para ‘Ulama Sunni. Mereka telah menganggap adalah hanya mencukupi untuk menerangkan maksud dan mereka telah berhati-hati menjauhkan diri dari perbahasan falsafah dalam perkara-perkara yang halus. Di kalangan ‘Ulama Sunni, Hadhrat Syaikh Abu Al-Hassan Al-Asha’ari Rahmatullah ‘Alaih adalah orang yang pertama menyampaikan usul beliau dengan hujah-hujah falsafah yang halus. Beliau berusaha untuk mewujudkan kepercayaan masyarakat Sunni melalui perdebatan falsafah. Ia adalah tugas yang berat dan ia membuatkan pihak penentang menjadi lebih bercita-cita tinggi dan berani. Hasilnya, mereka telah mempersendakan pemimpin Agama dan meninggalkan jalan orang–orang Salaf Salihin yang terdahulu. Ya Allah, tetapkanlah kami Istiqamah atas pendapat orang-orang yang benar yang diterangi oleh Nur-nur Nubuwwat. Ya Allah, Selawat dan Salam yang sempurna ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”