Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 52


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 52

“Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Sayyid Al-Mursalin, Selawat dan Salam ke atasnya. Bagaimana mungkin faqir dapat membandingkannya dengan seluruh manusia yang lain yang bukan Nabi?. Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam dan Hadhrat Musa ‘Alaihissalam telah menerima bahagian daripada Maqam Tajalli Zati setimpal ke tahap dan kesediaan mereka. Allah Ta’ala telah berfirman kepada Hadhrat Musa ‘Alaihissalam, 

“Daku telah memilihmu untuk DiriKu.” [20:41]

Iaitu ZatKu dan kepada Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam adalah Ruhullah dan Kalimullah. Terdapat hubungan yang mendalam di antara Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam dengan Penghulu Sarwar Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

“Walaupun Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam memiliki Maqam Tajalli Sifat, masih juga beliau memiliki pandangan yang mendalam. Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam juga mencapai keadaan kemuliaan yang telah dicapai oleh Nabi kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Maqam Tajalli Zati, walaupun terdapat perbezaan  kesediaan Isti`dad antara mereka. Oleh itu atas ukuran ini, beliau adalah lebih tinggi daripada Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam dan Hadhrat Musa ‘Alaihissalam.”

“Selepas itu Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam adalah lebih tinggi martabatnya dari Hadhrat Musa ‘Alaihissalam dan matrabatnya adalah di atas Hadhrat Musa ‘Alaihissalam. Selepas mereka ini adalah Hadhrat Nuh ‘Alaihissalam dan Maqam Hadhrat Nuh ‘Alaihissalam adalah pada Maqam Sifat, ianya lebih tinggi dari Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam. Bagaimanapun, Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam masih memiliki keadaan yang khas dan pandangan yang mendalam pada Maqam tersebut yang tidak dimiliki oleh orang lain. Dan keturunan Hadhrat Ibrahim ‘Alaihisalam memiliki sebahagian dari Maqam ini kerana mengikuti dan menuruti peraturan-peraturan.”

“Tahap Hadhrat Adam ‘Alaihissalam adalah selepas Hadhrat Nuh ‘Alaihissalam. Allah Ta’ala mengirimkan Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi yang mulia Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Nabi–Nabi yang lain. Allah Ta’ala telah mengurniakan Ilham ini dengan Fadhzal dan RahimNya. Allah Ta’ala yang memiliki pengetahuan yang sebenar.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan