MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 19
“Wajib Al-Wujud Ta’ala adalah Esa bahawa Dia Mawjud dengan ZatNya dan Dia tidak bergantung kepada Sifat Wujud untuk Mawjud. Dia adalah sedemikian tidak kira sama ada kita mengatakan bahawa Sifat Wujud Allah Ta’ala adalah sama dengan ‘Ain ZatNya atau tambahan kepada ZatNya. Kita mestilah berhati-hati menjauhikan diri dari kedua-dua usul iaitu usul bahawa Wujud Allah Ta’ala serupa dengan Zat atau tambahan kepada Zat ini. Adalah Sunnatullah bahawa apa sahaja yang Mumkin pada Martabat Wujub, Dia akan menjadikan contoh untuk Asal dipaparkan pada Martabat Mumkinat. Ia tidak kira samada seseorang mengetahui atau tidak mengetahuinya. Dia akan menjadikan contoh sifat-sifat di dalam Alam Imkan. Ini kerana Wujudnya itu tidak Mawjud dan sebaliknya Wujud adalah konsep yang rasional. Masih lagi, sekiranya kita menganggap bahawa Wujud Allah Ta’ala sebagai Wajib, maka Dia akan Mawjud dengan ZatNya bukan melalui Sifat Wujud lain yang berbeza. Perkara ini berbeza dari Mawjudiyyat yang lain. Perkara Wujud yang lain bergantung kepada Sifat Allah Ta’ala yang Wujud untuk Mawjud; zat mereka adalah tidak mencukupi untuk menyebabkan mereka terus Mawjud.”
“Sesungguhnya apa sahaja Wujud yang dipercayai oleh orang ramai yang perlu untuk sesuatu itu menjadi Mawjud, maka ianya akan Mawjud dengan ZatNya. Dia tidak akan bergantung dengan Wujud yang lain. Apakah yang dihairankan jika Khaliq Pencipta segala yang Mawjudat Subhanahu Wa Ta’ala, Mawjud secara bebasnya dengan ZatNya dan benar-benar tidak bergantung kepada Sifat Wujud? Kenapa masih menyusahkan diri untuk berbincang perkara sebenar jika orang jahil memikirkan ia adalah mustahil.”
Soalan:
Kesemua tiga golongan, walaupun mereka juga mengatakan apa yang Tuan Hadhrat Mujaddid telah nyatakan dalam penjelasan sebelumnya. Tiga golongan ini adalah golongan Hukama, golongan Asha’ariyyah dan sesetengah Sufi termasuk Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘Alaih yang telah mengusulkan bahawa ZatNya adalah serupa dengan WujudNya. Bahawa tiga golongan ini juga telah mengatakan Zat Allah Ta’ala Mawjud dengan ZatNya bukan dengan WujudNya. Ini kerana, kenyataan mereka bahawa Allah Ta’ala Mawjud dengan Wujud yang serupa (‘Ainiyyat) dengan ZatNya yang boleh ditafsirkan sebagai bermakna bahawa Allah Ta’ala Mawjud dengan ZatNya sepertimana yang Hadhrat Mujaddid Rahmatullah ‘Alaih katakan dan bukan dengan WujudNya.
Jawapan:
“Kita telah mengatakan bahawa atas perkara ini di kalangan ‘Ulama Sunni tidak mempertikaikannya dengan cara yang bertentangan sama sekali. Sebaliknya, untuk menjawab soalan mereka, Ahli-ahli Haqq ‘Ulama di kalangan ‘Ulama Sunni sepatutnya mengatakan setakat di sini bahawa Allah Ta’ala Mawjud dengan Sifat WujudNya, bukan dengan ZatNya. Dan mengatakan hanya setakat di sini tanpa mengatakan perbincangan yang lebih mengelirukan seperti Wujud adalah tambahan atau serupa dengan ZatNya. Oleh itu akan ada perbezaan yang jelas menurut pendapat Ahli Falsafah pada satu pihak yang mengusulkan bahawa Wujud Allah Ta’ala adalah tambahan bagi ZatNya dan pendapat Ahli Sufi seperti Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘Alaih pada satu pihak lain yang mengusulkan bahawa Wujud Allah Ta’ala adalah serupa dengan ZatNya. Sebaliknya, ‘Ulama Sunni telah mengusulkan bahawa Sifat Wujud adalah tambahan kepada ZatNya. Dalam konteks ini, adalah salah untuk menetapkan bahawa Wujud adalah tambahan. Ini kerana, disebabkan Para Mutakallimin telah menetapkan bahawa Wujud adalah tambahan, nampaknya mengapa kedua-dua pihak, Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘Alaih pada satu pihak dan Para Mutakallimin pada satu pihak lain ini berbeza bukannya di atas perkara Wujud tetapi sebaliknya di atas perkara Sifat, bahawa sama ada Wujud itu adalah sama dengan ZatNya atau tambahan kepada ZatNya.
Soalan:
Apabila Yang Wajib Ta’ala Mawjud dengan ZatNya, mengapa memanggil Yang Wajib Ta’ala itu Mawjud? Ini kerana perkataan Mawjud bermakna sesuatu yang berdiri dengan Wujud atau sesuatu yang memiliki Sifat Wujud. Tetapi, tuan Hadhrat Mujaddid Rahmatullah ‘Alaih telah mengatakan bahawa di sana, Yang Wajib sebenarnya tidak mempunyai sebarang Wujud?
Jawapan:
“Ya! Tidak ada Wujud pada Yang Wajib Ta’ala yang mana Zat Wajib Ta’ala Mawjud. Walau bagaimanapun, ia adalah baik untuk mengatakan bahawa Wajib wujud oleh kewujudan jika dengan istilah "kewujudan", kita maksudkan jenis kewujudan yang dikatakan tentangNya sebagai kelayakan biasa ‘Ardhzi ‘Am dan berdasarkan apa yang terkandung secara Ishtiqaqan iaitu ia berkata bahawa Allah memiliki kewujudan bukannya mengatakan bahawa Tuhan adalah sama untuk kewujudan. Ia adalah baik untuk mengatakan sesuatu seperti itu. Salam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan