Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 29


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI QUDDISA SIRRUHU


MINHA 29

“Kadang-kadang berlaku bahawa seorang Syaikh Sufi yang telah mencapai kesempurnaan yang Kamil memberikan Ijazat kepada Murid yang tidak sempurna untuk mengajarkan Tariqat. Dan Syaikh yang belum sempurna membawa Murid-muridnya ke arah kesempurnaan, bahawa perjalanan Syaikh yang belum sempurna juga akan mencapai kesempurnaan dalam perjalanan Sufi. Hadhrat Khwajah Naqshband Quddisa Sirruhu telah memberikan Ijazat kepada Hadhrat Maulana Ya’aqub Charki Rahmatullah ‘Alaih untuk mengajarkan Tariqat sebelum Maulana Ya’aqub mencapai tahap kesempurnaan dan telah berkata kepadanya, “Wahai Ya’aqub, berikanlah kepada manusia lain apa yang telah engkau terima dari kami.” Sebenarnya Hadhrat Khwajah ‘Alauddin Attar Rahmatullah ‘Alaih adalah orang yang telah membimbing Hadhrat Maulana Ya’aqub Charki Rahmatullah ‘Alaih kepada tahap kesempurnaan. Itulah sebabnya Hadhrat Maulana Abdur Rahman Jami Rahmatullah ‘Alaih, di dalam kitabnya Nafahat Al-Uns, pada mulanya menganggap Maulana Ya’aqub Charki Rahmatullah ‘Alaih sebagai anak Murid Hadhrat Khwajah ‘Alauddin Attar Rahmatullah ‘Alaih dan hanya selepas dia mengakui bahawa Nisbat Maulana Ya’aqub Charki Rahmatullah ‘Alaih adalah bersambung dengan Hadhrat Khwajah Naqshaband Rahmatullah ‘Alaih. Sekiranya seorang Syaikh yang sempurna memberikan Ijazat untuk mengajar Tariqat apabila dia telah mencapai darjat pertama dalam peringkat Wilayat, maka Ijazat adalah menurut darjat peringkat Wilayat tersebut. Oleh itu, Murid tersebut adalah sempurna dan juga dari satu sudut belum sempurna. Dan Murid yang telah mencapai darjat kedua dan ketiga dalam peringkat Wilayat juga sedemikian rupa, dia adalah sempurna pada satu sudut dan tidak sempurna pada sudut yang lain. Ini kerana sebelum mencapai hujung yang penghujung Maqam terakhir, semua peringkat sebelumnya boleh dipanggil sempurna dari satu sudut dan juga tidak sempurna dari sudut yang lain. Walaupun begitu, apabila Syaikh yang sempurna memberikan Ijazat untuk Muridnya mengajar Tariqat hanya selepas mencapai permulaan peringkat Wilayat, maka ianya tidak bergantung kepada murid tersebut untuk mencapai tahap kesempurnaan. Engkau mungkin mengetahui bahawa walaupun ketidaksempurnaan adalah penghalang untuk menerima Ijazat, masih lagi apabila Syaikh yang Kamil dan Mukammil memilih muridnya yang tidak sempurna sebagai Naibnya dan menganggap tangan Muridnya sebagai tangannya. Maka, keadaan ketidaksempurnaan ini tidaklah membawa mudharat. Allah Ta’ala mengetahui haqiqat makna untuk segala-galanya dan keseluruhannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan