MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 44
“Apabila dengan limpah kurnia Ilahi, dada dalaman Talib menjadi kosong dari semua keinginan dan tidak ada apa-apa yang diinginkan melainkan Allah Ta’ala, maka pada ketika itu dia telah menerima perkara tersebut yang menjadi maksud semasa penciptaannya. Kemudian dia menjadi hamba yang sebenar. Kemudian, sekiranya Allah Ta’ala berkehendak, Dia akan menghantarnya kembali ke dunia sebagai pembimbing Sufi untuk mentarbiyah mereka yang masih Naqis belum sempurna. Pada ketika itu, Allah Ta’ala memberikannya berkehendak di samping ikhtiar supaya dia menjadi bebas dan tidak bergantung dalam kedua-dua perkataan dan perbuatannya. Ianya seperti seorang hamba yang diberi kebenaran, dia mendapat kebebasan di dalam perkataan dan perbuatannya. Maqam ini adalah maqam di mana seseorang membentuk akhlaknya di dalam “Akhlaq Allah Ta’ala”. Apa sahaja yang diinginkan seseorang pada Maqam ini, dia inginkan juga untuk orang lain. Dan tujuannya adalah masalah orang lain iaitu untuk menolong orang lain, bukan urusan dirinya sendiri. Sama sepertimana keadaan Iradah Allah Ta’ala bahawa Allah Ta’ala tidak perlukan pertolongan dari sesiapa walau untuk DiriNya sendiri, tujuanNya adalah untuk membantu makhlukNya.”
“Ianya bukanlah kelaziman atau bukannya kemestian bahawa apa sahaja empunya keinginan itu inginkan akan dipenuhi. Sekiranya demikian, ia mungkin akan serupa dengan mengambil empunya keinginan sebagai rakan sekutu Allah, ini adalah Syirik dan tidak sesuai baginya sebagai penyembah Allah Ta’ala. Allah Ta’ala telah berfirman kepada kekasihNya Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi Hidayat petunjuk kepada sesiapa yang kamu kasihi.”
Apabila keinginan atau kehendak Penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mungkin tidak dapat dipenuhi, maka apa yang boleh dikatakan tentang keinginan orang lain? Ianya juga adalah tidak perlu bahawa Allah Ta’ala akan menyukai semua keinginan yang empunya keinginan. Sekiranya sedemikian itu, maka Allah Ta’ala tidak akan menolak sesetengah perkataan dan perbuatan yang mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sepertimana firman Allah Ta’ala,
“Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu melakukan khianat.” [3:161]
Dia tidak diampunkan dalam ayat ini. Selepas itu, Allah Ta’ala berfirman,
“Allah telah memaafkanmu.” [9:43]
Keampunan datang selepas kesilapan. Pada masa yang sama, hendaklah diingatkan bahawa kesemua keinginan Allah Ta’ala bukan semuanya disukaiNya seperti kufur dan dosa.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan