MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 53
“Perjalanan Sayr bagi Salik yang terjatuh ke dalam keluasan Asma dan Sifat dalam bentuk Tafsili, jalan baginya menuju Zat akan terbantut. Ini kerana Asma dan Sifat tiada penghujung supaya Salik dapat menyeberanginya dan sampai ke tempat yang dimaksudkan pada tempat yang paling jauh. Para Masyaikh telah mengatakan bahawa inilah Maqam di mana tempat yang engkau sampai tidak ada penghujungnya. Ini kerana sifat kesempurnaan Kamalat Mahbub yang dicintai tiada penghujungnya. Dan sampai ke sini bermakna sampai ke Asma dan Sifat. Dia adalah sangat bertuah yang mana menempuh persiaran dalam Asma dan Sifat dalam bentuk Ijmali sehingga segera sampai kepada Hadhrat Zat.”
“Sebenarnya, mereka yang telah sampai ke hujung yang penghujung, mestilah dan adalah penting untuk kembali mengajak dan memberikan seruan Dakwah petunjuk dan Irshad terhadap manusia kepada Allah. Tidak kembali dari Maqam tersebut iaitu hujung yang penghujung adalah tidak dapat dibayangkan. Namun, kenyataan ini adalah bercanggah dengan Para Sufi yang berada pada peringkat Mutawassit yang pertengahan yang telah mencapai sebahagian kesempurnaan tetapi belum sempurna keseluruhannya. Mereka tidak menganggap ianya penting untuk kembali selepas sampai ke penghujung yang mana kebolehan mereka akan membolehkan mereka untuk sampai. Ianya mungkin mereka akan kembali atau mungkin mereka memilih untuk terus kekal di sana. Oleh itu, mereka yang sampai ke penghujung Muntahiyan serta melengkapkan semua peringkat-peringkat untuk mereka sampai ke Maratib Wusul, sebaliknya adalah penting bagi mereka untuk berbuat demikian untuk kembali mengajak manusia dan memberikan petunjuk. Bagaimanapun, mereka melengkapkan peringkat-peringkat tersebut dengan cara Ijmal. Tetapi tidak ada titik penghujung bagi mereka yang menjalani Sayr dalam Asma dan Sifat dengan cara Tafsil. Maka, mereka tidak akan mencapai kesempurnaan. Ini adalah Ma’rifat khas yang telah dianugerahkan kepada faqir. Hanyalah Allah Ta’ala yang mengetahui kesemua perkara untuk diketahui.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan