MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 3
“Pada mulanya di Maqam Pertama, pintu yang terbuka untukku adalah mempunyai keinginan untuk menerima tetapi bukan penerimaaan. Kemudian pada Maqam Kedua, penerimaan telah didapati tetapi keinginan untuk menerima telah hilang. Dan pada Maqam Ketiga, penerimaan juga telah hilang di dalam warna-warna keinginan untuk menerima. Dan Maqam Kedua, iaitu Maqam yang mana penerimaan didapati tetapi keinginan untuk menerima telah hilang adalah Maqam Kesempurnaan dan sampai kepada Darjat-darjat Wilayat Khassah. Dan Maqam Ketiga, yang mana kedua-dua penerimaan dan keinginan untuk menerima telah hilang adalah Maqam Takmil atau Maqam Rujuk kembali kepada makhluk manusia untuk tujuan Dakwah dan Hidayat petunjuk.”
“Ahwal yang sebelumnya iaitu pada Maqam Pertama adalah mencapai kesempurnaan dalam Jazbah sahaja. Bagaimanapun, apabila Suluk digabungkan juga dalam perjalanannya dan Salik akan melengkapkan pencapaiannya ke Ahwal Maqam Pertama, kemudian dia terus bergerak maju ke tahap seterusnya ke Maqam Kedua dan kemudian dia terus bergerak maju ke Maqam Ketiga. Bagaimanapun, seorang Mazjub yang tidak mengerjakan Suluk perjalanan langkah demi langkah secara Tafsil sememangnya tidak mempunyai apa-apa bahagian dari Ahwal Maqam Kedua dan Maqam Ketiga.”
“Oleh itu, dia yang telah mencapai kesempurnaan untuk dirinya sendiri dan juga telah mencapai kebolehan untuk membantu orang lain mencapai kesempurnaan iaitu Kamil Mukammil, dia adalah Mazjub Salik. Kemudian dia adalah Salik Mazjub. Sekiranya dia belum mencapai kedua-dua ini iaitu keadaan Mazjub Salik dan Salik Mazjub, maka dia sebenarnya bukan Kamil dan bukannya Mukammil. Oleh itu, janganlah menjadi berpuas hati menjadi salah satu dalam kalangan mereka yang tidak cekap. Salam dan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Insan yang mulia dan ke atas keturunannya yang mulia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan