Jumaat, 28 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 54


MABDA WA MA'AD




MINHA 54

“Maqam Ridha adalah Maqam yang lebih tinggi dari kesemua Maqam Wilayat. Maqam yang tinggi ini dicapai hanya selepas menyempurnakan kedua-dua bahagian dalam Jalan Sufi, bahagian jalan yang terletak pada Alam Khalaq yang ditempuh dengan Jalan Suluk dan bahagian lain di atas Jalan Sufi yang terletak pada Alam Amar yang ditempuh dengan Jalan Jazbah.

Soalan: 
Adalah Wajib untuk Ridha terhadap Zat, Sifat dan Af’al Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sesungguhnya, ia adalah perkara yang penting dalam Iman. Oleh itu, orang awam juga hendaklah memiliki sifat Ridha ini. Jadi, apakah yang dimaksudkan apabila Tuan katakan bahawa Ridha hanya akan dicapai selepas menyempurnakan di atas Jalan Sufi dengan kedua-dua cara Suluk dan cara Jazbah.

Jawapan: 
Ridha mempunyai dua sudut: Rupabentuk dan Haqiqat, sepertimana dalam setiap satu Rukun Iman. Pada mulanya, Rupabentuk dicapai dan akhirnya, Haqiqatnya juga dicapai. Apabila seseorang nampaknya seperti Ridha terhadap Allah Ta’ala, maka aspek Zahir  dalam sudut Syari’ah akan menetapkan bahawa dia telah mencapai Maqam Ridha. Ini adalah mirip dengan pengakuan Tasdiq Qalbi di dalam hati. Apabila engkau tidak memerhatikan apa-apa jua yang bertentangan dengan pengakuan perkara keimanan pada diri seseorang, maka anda bolehlah menetapkan bahawa Imannya telah disahkan. Bagaimanapun, apa yang kita maksudkan di sini adalah mencapai Haqiqat Ridha, bukannya Rupabentuk Ridha. Dan Sufi mencapai Haqiqat Ridha hanya selepas dia telah menyempurnakan perjalannya di atas Jalan Sufi. Allah Ta’ala lebih mengetahui.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan