Khamis, 20 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 14


MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih



MINHA 14

“Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Khatam Al-Mursalin telah dikurniakan kemuliaan yang khas di atas Nabi-nabi ‘Alaihimusalam yang lain dengan dikurniakan Tajalli Zati. Daulat kemuliaan ini yang mengatasi kesemua kesempurnaan adalah dikhaskan. Wali-wali yang mengikuti Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sempurna akan mendapat bahagian dalam Daulat kemuliaan Maqam ini.

Soalan:
“Bukankah kenyataan ini membuktikan bahawa Wali-wali yang Kummal sempurna di kalangan Ummat ini adalah lebih tinggi daripada kesemua Nabi-nabi. Bukankah ini bertentangan dengan ‘Aqidah Ahli Sunnah?  Dan Fadhzal ketinggian Para Nabi ke atas Para Wali adalah bukan secara Juz’i berjuzuk tetapi secara Kulli keseluruhannya. Sebaliknya, kemuliaan ini adalah menyeluruh kerana kemuliaan  di antara manusia adalah berdasarkan kepada Qurb Ilahi mereka. Segala kemuliaan lain yang dimiliki oleh seseorang adalah berada di bawah  kemuliaan tersebut iaitu Qurb Ilahi. Dan Nabi-nabi memang adalah lebih dekat kepada Allah jika dibandingkan dengan sesiapa sahaja. Oleh yang demikian, bagaimanakah seseorang Wali boleh mendapat bahagian dalam Tajalli Zati tersebut sedangkan para nabi yang lain tidak mendapat bahagiannya?”

Jawapan:
“Sebagai menjawab  persoalan di atas, kami mengatakan bahawa [Wali] yang sempurna (kummal) di kalangan umat ini mendapat bahagian dalam maqam [Nabi Muhammad saw, bukannya]  mereka telah ‘sampai’ ke maqam tersebut. Peringkat maqam  terakhir (nihayat) selepas ‘uruj  terakhir untuk [Wali yang sempurna] di kalangan umat ini, yang merupakan umat terbaik (Khairul ummat) adalah [sampai] ke telapak kaki Anbiya as.  Selepas nabi, Hadrat Abu Bakar ,As-siddiq adalah yang paling tinggi [maqamnya ]di kalangan manusia [selain dari Anbiya as.] . Malah untuk beliau, peringkat akhir ‘urujnya (nihayat-i `uruj-i u) adalah pada telapak kaki Anbiya yang kedudukan maqamnya yang paling rendah [di kalangan Anbiya as. Ringkasnya, [Wali] yang sempurna di kalangan umat ini, yang mengikuti [Nabi Muhammad saw] dengan sempurna (kummal-i tabi`an-i in ummat) mendapat bahagian sepenuhnya (nasib-i tamam ast) pada maqam yang berada di bawah [maqam Nabi. Mereka mencapai] kesempurnaan pada maqam yang di bawah. Dan oleh itu, mereka mendapat bahagian]kesempurnaan maqam beyond the beyond (maqam-i tahta az kamalat-i maqam-i fawq al-fawqa).  Dan Maqam  fawq al-fawqa adalah dikhaskan kepada Anbiya as. Dimana sahaja hamba itu berada, sisa-sisa makanan tuannya akan sampai kepadanya.  Hamba yang  jauh juga menerimanya  sebagai hadiah (tufayli) dari tuannya. Hamba yang dekat juga tidak akan menerimanya tanpa berkhidmat dengan tuannya.”

Syair:

Itulah Kafilah, ianya sedang berada di sana
Faqir mengetahui namun tidak dapat sampai ke sana
Cukuplah daku dapat mendengar hanya suara
Bunyi locengnya walaupun dari jauh

“Engkau mungkin mengetahui bahawa kadang-kadang, Murid mungkin berfikir bahawa selepas mereka  mencapai  Maqam Syaikhnya, mereka telah mencapai Musawat yakni persamaan dengan Syeiknya. Namun, kebenaran tentang hubungan ini telah diterangkan sebelum ini. Persamaan hanya akan berlaku apabila murid sampai dan Wusul ke Maqam Syaikhnya, bukannya mencapai Husul Maqam tersebut. Ini kerana dia mencapai Maqam tersebut sebagai Tufayli. Dia mencapai keberkatan disebabkan oleh Syaikhnya. Janganlah ada yang tersalah tafsir kenyataan ini. Ianya bukanlah bermakna bahawa Murid tidak akan dapat menyamai Syaikhnya. Sebaliknya, persamaan di antara Murid dan Syaikh Murshid adalah dapat difikirkan dan ianya kadang-kadang berlaku. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang halus di antara mencapai (Husul) sesuatu Maqam dan sampai (Wusul) ke sesuatu Maqam. Setiap Murid tidak berupaya untuk memahami perbezaan ini. Kashaf yang Sahih dan Ilham yang Sarih lagi terang adalah diperlukan untuk memahami perbezaan yang halus ini. Maha Besar Allah Ta’ala yang memberikan Ilham dengan kebenaran! Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan