MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 23
“Ini adalah kashf yang faqir alami semasa faqir baru memulakan perjalanan tariqat sufi. Faqir melihat bahawa faqir sedang mengerjakan tawaf pada suatu tempat. Satu jemaah yang lain juga sedang melakukan tawaf bersamaku. Tetapi kadar pergerakan mereka adalah begitu lambat sehingga pada masa faqir telah menghabiskan satu pusingan tawaf, jemaah tersebut baru sahaja mengambil dua atau tiga langkah. Pada waktu itu serta-merta, telah datang dalam fikiranku bahawa tempat tersebut adalah di atas ‘Arash dan jemaah yang melakukan tawaf adalah jemaah para malaikat. Allah Ta’ala menyampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan ke atas Para Malaikat ini. Dengan RahimNya, Allah Ta’ala memilih sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah memiliki kurniaan yang besar.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan