Rabu, 19 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 2

MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 2

“Qutub Irshad sedemikian yang memiliki semua kesempurnaan Fardiyyat sudah pasti kewujudannya adalah Wujud yang mulia. Ianya hanya selepas beberapa kurun dan telah berlalu zaman yang tidak terhitung lamanya yang mana permata Jauhar tersebut telah muncul terzahir. Cahaya Nur kehadirannya menerangi alam yang dalam kegelapan dan Nur petunjuk dan bimbingannya terhadap Allah  mencahayakan seluruh alam. Daripada keluasan yang merangkumi seluruh ‘Arash sehingga ke tengah Markaz Bumi, sesiapa sahaja yang mencapai bimbingan baik untuk mengikuti Jalan Rushad Tuhan atau menerima Hidayat, Iman dan Ma’rifat, dia mencapainya hanya melalui jalannya dan menyedari kebaikan yang terhasil daripada Qutub tersebut. Tanpa perantaraan Syaikh tersebut iaitu seorang Qutub, tidak ada seorang pun yang mencapai daulat kemuliaan ini.”

“Perumpamaannya adalah sebegini, cahaya petunjuknya merangkumi seluruh alam semesta sepertimana Darya Muhit yakni lautan yang menyeluruh dan lautan itu kelihatan Munjamad yakni dibekukan dan benar-benar tetap tanpa pergerakan. Untuk Salik yang  memberikan Tawajjuh terhadap Syaikh tersebut dan mempunyai niat hati yang ikhlas terhadap Syaikh, atau Salik bertawajjuh terhadap sesiapa yang dalam keadaan telah diberikan Tawajjuh oleh Syaikh, suatu pintu kecil seolah-olah terbuka di dalam Qalb Salik  sewaktu sedang bertawajjuh. Di atas jalan itu, menurut kadar Tawajjuh dan niat yang ikhlas terhadap lautan itu seperti Syaikh bagi Salik, kehausan Salik dapat dihilangkan dan Salik akan berpuas hati.”

“Begitu juga, seseorang yang menyibukkan dirinya dengan Zikir Ilahi tetapi tidak bertawajjuh kepada Syaikh tersebut kerana tidak mengenalinya dan bukan kerana dia menafikannya, dalam hal ini dia akan memperolehi suatu kadar feadah kebaikan daripada Syaikh tersebut. Bagaimanapun faedah kebaikan yang diterima adalah lebih banyak bagi keadaan yang pertama iaitu apabila dia bertawajjuh terhadap Syaikh tersebut berbanding dengan keadaan yang kedua iaitu apabila dia tidak bertawajjuh terhadap Syaikh tersebut kerana dia tidak mengetahui Syaikh tersebut. Sekarang, sesiapa sahaja yang menafikan Syaikh tersebut atau kepada sesiapa yang Syaikh tersebut tidak berpuas hati, walau banyak mana sekalipun dia menyibukkan diri dalam Zikrullah, dia masih lagi terhalang dan diharamkan dari Haqiqat bimbingan Rushad dan Hidayat. Begitu juga, dengan menafikan Syaikh tersebut akan menjadi batu penghalang di atas jalannya untuk menerima limpahan Faidhz. Walaupun Syaikh tersebut tidak berhasrat agar dia tidak menerima faedah atau tidak berniat Qasad untuk memudaratkannya, dia tetap tidak akan mendapat apa-apa Haqiqat Hidayat sebaliknya hanya rupa bentuk bimbangan Rushad sahaja. Rupa bentuk yang tanpa makna mempunyai sedikit faedah sahaja. Mereka yang mempunyai niat yang ikhlas dan cinta Mahabbat terhadap Syaikh tersebut walaupun mereka mungkin tidak menerima Tawajjuhnya dan mereka mungkin tidak menyibukkan diri dengan Zikrullah, tetap juga disebabkan cinta Mahabbat tersebut dan hanya cinta Mahabbat yang Mujarrad semata-mata, mereka akan menerima cahaya bimbingan Rushad dan Hidayat. Salam sejahtera ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan