Rabu, 19 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 6


MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih



MINHA 6

“Perjalanan bersiar menuju Allah yakni Sayr Ilallah adalah nama untuk siar perjalanan sehingga ke suatu Nama Isim di antara kesemua Nama-nama Asma Allah Ta’ala yang merupakan Ta’ayyun Asal atau Mabda Ta’ayyun bagi Salik tersebut. Perjalanan bersiar dalam Allah yakni Sayr Fillah adalah nama untuk perjalanan bersiar dalam Nama Allah Ta’ala yang berakhir pada Hadhrat Zat Ahadiyyat yang Mujarrad dari sebarang Nama, Sifat, Shuyun dan Iktibar. Penjelasan ini adalah benar hanya apabila Nama Allah adalah merujuk kepada tahap Wujub yang menghimpunkan secara Mujarrad kesemua Nama dan Sifat. Bagaimanapun, sekiranya Nama Mubarak, Allah adalah merujuk kepada Zat Bahat Yang Maha Tulin, maka perjalanan bersiar dalam Allah atau Sayr Fillah akan dikira sebagai di alam Sayr Ilallah Billah yakni perjalanan siar kepada Allah beserta Allah.”

“Sayr ‘Anillah Billah adalah di dalam Zat Bahat yakni Zat Yang Maha Tulin dan oleh kerana itu ianya tidak mengandungi akhir penghujungan pada hujung pengakhirannya. Selepas sampai ke penghujungan Nuqtah, Salik tidak akan berhenti di situ. Sebaliknya dia kembali ke ‘alam semesta. Jadi, perjalanan ini dipanggil sebagai Sayr ‘Anillah Billah, yakni daripada Allah beserta dengan Allah. Ini adalah pengetahuan Ma’rifat yang dikhaskan kepada mereka yang telah sampai ke hujung yang penghujungan. Selain dari diriku, tidak ada Wali Allah yang pernah bercakap mengenai perkara ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan