MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu
MINHA 22
“Dia Yang tidak terbatas iaitu Allah Ta’ala Mawjud dengan tidak berbatas semata-mata. Tidak ada yang rantai yang mengikatNya. Bagaimanapun, apabila Dia terzahir di dalam cermin yang terikat atau apabila makhluk yang terbatas pemikirannya membayangkanNya, maka, dengan peraturan cermin itu atau minda manusia, pantulanNya diwarnai oleh warna minda manusia dan menjadi terikat oleh belenggu atau batasan minda manusia dan turun ke bawahcdari keagungan diriNya yang tiada batasan, tiada tandingan kepada bentuk lebih rendah yang mudah difahami oleh minda manusia. Dengan cara ini, Allah Ta’ala datang ke dalam dunia pandangan dan pengertian manusia.”
“Oleh itu, menganggap bahawa pandangan dan pengertian adalah mencukupi adalah seumpama menganggap pantulan semata-mata tentang objek yang dikehendaki adalah mencukupi. Bagaimanapun, mereka yang berkeinginan tinggi tidak akan berpuas hati dengan perkara yang remeh temeh itu. Sesungguhnya, Allah Ta’ala mencintai kesungguhan yang tidak terbatas. Ya Allah! Masukkanlah kami di kalangan mereka yang memiliki kesungguhan yang tidak terbatas dengan cintaMu terhadap insan yang paling mulia Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Selawat dan Salam ke atasnya dan ke atas Ahli Keluarganya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan