Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 50


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 50

“Hadhrat Syaikh Sharfuddin Yahya Maniri Quddisa Sirruhu telah menulis dalam Maktubatnya bahawa, “Mu'awwidzatain iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas hendaklah jangan dibacakan semasa dalam Solat. Ini kerana Hadhrat Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu mempunyai pendapat yang berbeza dengan kebanyakan Jumhur ‘Ulama. Oleh itu, beliau berpendapat janganlah kita memasukkan dua Surah ini dalam jumlah minimum  bacaan Al-Quran yang wajib semasa dalam Solat. Sebagai mengikuti pendapat beliau, faqir juga tidak membacakan dua Surah tersebut di dalam Solat. Kemudian, faqir melihat bahawa dua Surah Mua’wwidzatain tersebut datang kepada faqir dan mereka mengadu mengenai Syaikh Sharfuddin Maniri Quddisa Sirruhu, “Mengapakah dia mengeluarkan kami dari Al-Quran?” Selepas peristiwa itu, faqir terus mula melanggar larangan tersebut dan membaca kedua-dua Surah semasa membaca Qiraat dalam Solat. Dan setiap kali faqir membacakan dua Surah Al-Quran tersebut dalam Solat Fardhu, faqir akan mengalami Ahwal Musyadahah perkara yang ajaib. Kebenarannya adalah bahawa dari sudut ‘Ilmu Syari’ah, tiada larangan untuk membaca dua Surah tersebut di dalam Solat Fardhu. Sebabnya adalah:

1. Pertama, jika terdapat keraguan dalam keharusan membacanya ini akan bertentangan dengan pendapat yang tidak dapat dipertikaikan bahawa dua Surah tersebut sememangnya sebahagian dari Al-Quran. Ini kerana Jumhur ‘Ulama mengatakan bahawa apa sahaja di antara dua muka surat awal dan akhir, semuanya adalah Al-Quran.

2. Kedua, sebagai tambahan kepada ini hendak diingati bahawa membaca satu Surah lain selepas Surah Al-Fatihah adalah wajib. Oleh itu, larangan untuk membaca dua Surah tersebut selepas Surah Al-Fatihah adalah tidak benar.

Kesimpulannya, tidak ada masalah untuk membaca dua Surah tersebut selepas Surah Al-Fatihah. Faqir terkejut di atas pendapat Hadhrat Syaikh Sharfuddin Quddisa Sirruhu ini! Semuanya mengejutkan! Selawat dan Salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan