Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 38


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
QUDDISA SIRRUHU



MINHA 38

“Fadhilat ‘Ilmu adalah selaras dengan fadhilat bidang ‘Ilmu itu. Semakin tinggi kepentingan sesuatu bidang ‘Ilmu, semakin tinggilah kedudukan ‘Ilmu tersebut. Oleh itu, ‘Ilmu Batin yang dimiliki oleh Para Sufi adalah lebih tinggi kedudukannya dari ‘Ilmu Zahir yang dimiliki oleh Para ‘Ulama Zahir. Begitu juga, ‘Ilmu Zahir mengenai Al-Quran, Hadits, Syari’ah dan Kalam adalah lebih tinggi dibandingkan dengan ‘Ilmu menenun atau menggunting. Oleh itu, adalah penting untuk menyedari ketinggian seorang Guru Mursyid yang ketinggiannya adalah beberapa kali ganda lebih tinggi dari guru yang mengajar ‘Ilmu Zahir. Begitu juga, adalah penting untuk menyedari ketinggian kedudukan Guru yang mengajar ‘Ilmu Zahir yang kedudukannya adalah beberapa kali ganda dari guru yang mengajar untuk mengunting rambut dan menenun. Dan terdapat beberapa tahap ketinggian di antara setiap cabang ‘Ilmu Zahir. Guru ‘Ilmu Kalam dan ‘Ilmu Fiqh adalah lebih tinggi kedudukannya dari Guru Nahwu dan Saraf. Begitu juga, Guru Nahwu dan Saraf adalah lebih tinggi kedudukannya dari Guru falsafah. Ini kerana, falsafah bukannya ‘Ilmu yang kita perlukan. Kebanyakan topiknya adalah tidak perlu dan tidak berguna. Mereka telah mengambil beberapa topik dari buku Islam dan malah mereka telah menyalah-gunakannya di luar konteks. Oleh itu, mereka telah membuktikan pada diri mereka sendiri adalah “bijak-jahil”. Tidak ada ruang untuk pengetahuan intelek di sini. Cara pengetahuan kenabian adalah mengatasi cara pengetahuan dari pemerhatian intelek.

“Engkau mungkin mengetahui bahawa berhutang budi terhadap Murshid adalah mengatasi berhutang budi terhadap yang lain. Sebenarnya, tidak ada bandingannya di antara hutang budi terhadap Murshid dengan yang lain, selepas kita berhutang budi terhadap Allah Ta’ala atas limpah kurniaNya dan terhadap PesuruhNya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebenarnya Murshid sebenar setiap orang adalah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu sendiri. Walaupun kelahiran fizikal Jasmani adalah dari ibu bapa, kelahiran Ruhani Maknawi adalah dari Murshid. Kehidupan fizikal hanyalah untuk beberapa hari sahaja tetapi kehidupan Ruhani adalah kekal abadi. Murshid adalah dia yang membantu menyucikan kekotoran Ruhaniah Muridnya. Melalui Qalb dan Ruhnya, Murshid menyucikan Alam Batin Murid dan menyucikan Nafsnya. Apabila Murshid memberikan Tawajjuhat kepada Murid-muridnya, ianya dapat dirasai bahawa kekotoran Ruhaniah Muridnya memberi kesan kekotoran terhadap pemberi Tawajjuh iaitu Murshid dan kesan ini kekal untuk jangkamasa yang lama. Murshid adalah dia yang mana seseorang dengan perantaraan mereka sampai kepada Allah Ta’ala dan ini mengatasi semua Daulat kemuliaan Dunia dan Akhirat. Murshid adalah dia yang mana dengan perantaraan mereka, Nafsu Ammarah pada Murid yang sifat semulajadinya adalah kotor dapat disucikan dan berubah dari kederhakaan Ammarah menjadi ketenangan Itminan. Dan dari sifat semulajadinya yang Kufur Nafsu Ammarah mencapai Haqiqat Islam yang sebenar. Sepertimana sebuah syair:

Apa yang boleh daku katakan tentang kebaikannya;
Seandainya daku terangkan ianya tiada penhujung.

Sekiranya seorang Murshid menerima seseorang Murid, maka Muridnya haruslah menganggap dirinya bertuah. Sebaliknya, jika Murshid menolak seseorang Murid, maka Murid haruslah menganggap ianya sebagai malang baginya. Daku berlindung daripada Allah Ta’ala daripada perkara ini! Keredhaan Allah Ta’ala adalah menurut keredhaan Murshid. Selagi Murid belum meneggelamkan dirinya di dalam keredhaan Murshid, dia tidak dapat keredhaan Allah Ta’ala. Menyakiti hati Murshid adalah malapetaka bagi Murid. Segala kesalahan mungkin boleh dibaiki tetapi bahaya yang ditanggung kerana menyakiti Murshid tidak dapat dibaiki. Kami berlindung dengan Allah dari perkara ini. Kesannya dari menyakiti Murshid adalah kelemahan pegangan dalam ‘Aqidah Islam dan kemalasan dalam mengerjakan Rukun-rukun Syari’ah. Apa yang boleh dikatakan tentang Ahwal dan Mawajid yang datang ke Alam Batinnya. Walaupun selepas menyakiti Murshid, jika masih lagi terdapat sebarang tanda fizikal daripada hal keruhanian Murid, engkau hendaklah menganggapnya sebagai tipu daya Syaitan sedikit demi sedikit ke arah Istidraj. Pada akhirnya, tanda tersebut akan menjadi buruk dan kesannya adalah malapetaka. Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan