MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 45
“Imam faqir di atas pekerjaan perjalanan Tariqat Sufi atau Suluk ini adalah Kalam Allah Ta’ala dan dalam hal ini, Pir pembimbing faqir adalah Al-Quran yang mulia. Tanpa bimbingan Al-Quran, kita tidak akan mengetahui cara untuk menyembah Ma’abud Haqq Ta’ala. Setiap butir debu walau sekecil mana sekalipun atas jalan ini memanggil, “Akulah Allah” dan mengajak setiap pengembara atas jalan ini untuk menyembahNya. Sekiranya butir-butir debu boleh dibandingkan dengan “Apa”, maka ia akan menunjukkan dirinya dalam bentuk “Tanpa Apa”. Dan sekiranya ia serupa dengan perkara dunia, maka ia menjadi bergermalapan dan bentuk Haiat yang tidak dapat dibandingkan. Di sini, perkara Mumkinat saling berkait dengan Wujub. Dan perkara Huduts yang baharu dan perkara Qidam yang sedia ada diikat bersama dalam tali yang sama. Jika ianya Batil, maka ianya ditunjukkan dalam rupa bentuk yang benar. Dan jika ianya sesat, maka ia akan nampak dalam bentuk petunjuk Hidayat. Hasilnya, Salik akan menjadi seperti musafir buta yang memalingkan mukanya terhadap semua dan mengatakan,
“Inilah Rabku.” [6:77]
Allah Ta’ala memuji diriNya sendiri dengan merujuk kepada diriNya sebagai “Pencipta langit dan bumi” dan “Tuhan Timur dan Barat.”
"Tuhan yang menguasai Timur dan Barat dan apa yang ada di antara keduanya.” [26:28]
Ketika faqir ‘Uruj, semua sifat-sifat ini dizahirkan di hadapan berhala khayalan, dan berhala khayalan mereka terpaksa menolak dakwaan bahawa mereka memiliki sifat-sifat ketuhanan dan berhala khayalan mereka terbenam dan hilang. Akhirnya, faqir pun memalingkan muka dari berhala khayalan mereka dan berkata,
“Daku tidak suka kepada yang terbenam hilang.” [6:76]
Dan faqir menjadikan Zat Wajib Al-Wujud sebagai satu-satunya Qiblat Tawajjuh. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk Hidayat untuk ini padahal kami tidak sekali-kali akan memperolehi petunjuk jika Allah tidak memimpin kami.”
“Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran.” [7:43]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan