Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 33


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 33

“Allah Ta’ala menyembunyikan Para Wali-waliNya dengan sedemikian rupa malah Zahir mereka tidak menggambarkan kesempurnaan Batin mereka. Bagaimana mungkin orang lain dapat mengenali mereka? Batin mereka itu sendiri adalah dengan Bey Chun “Tanpa Apa” dan telah diberikan dengan Nisbat pada peringkat dengan “Tanpa Apa” dan dengan “Tanpa Bagaimana” (Bey Chun Wa Bey Cheguni). Oleh kerana Batin mereka adalah daripada Alam Amar, Nisbatnya juga adalah dengan “Tanpa Apa”. Oleh itu, Zahir yang tenggelam sepenuhnya di dalam Chun iaitu “Dengan Apa”, bagaimana mungkin untuk mencari Haqiqat Batin Wali-wali Allah? Sebaliknya, adalah mungkin disebabkan dia tidak tahu Nisbat ini dan kurang hubungan dengan Nisbat ini, dia iaitu Zahirnya menafikan penerimaan Nisbat ini. Atau mungkin dia iaitu Zahirnya mengetahui telah menerima Nisbat ini, tetapi tidak mengetahui apa kaitan hubungannya dengan Nisbat ini. Sebaliknya apa yang selalunya berlaku adalah ianya Nisbat yang melayakkan Batinnya yang mana dia ada hubungan yang benar akan menafikannya. Ini berlaku kerana Nisbat ini adalah sangat tinggi dibandingkan dengan sifat Zahir yang rendah. Walaupun Batin itu sendiri dipengaruhi oleh Nisbat dan  Batin Wali-wali adalah menjadi bebas dari had yang kenakan oleh penglihatan dan pengetahuan, dia tidak tahu apakah Nisbat tersebut yang dimilikinya dan dengan Nisbat apa yang dimilikinya? Oleh itu, dia tidak ada pilihan tetapi mengatakan ketidakmampuannya mengenai Nisbat atau sifat tersebut. Ini kerana adalah benar bahawa dia tidak ada Ma’rifat mengenai Nisbat tersebut.

“Oleh kerana itu, Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu telah berkata, “Al-‘Ajzu ‘An Darki Al-Idraki Idrakun” yang bermaksud, “Menjadi tidak dapat memahami adalah memahami”. Di sini Idrak yakni memahami merujuk kepada Nisbat Khassah yang mana seseorang tidak dapat untuk mengetahui. Ini kerana, seseorang Sahib Idrak yang mengetahui adalah dikuasai dengan Hal dan dia mungkin tidak memahami pemahamannya. Dan orang lain mungkin tidak mengetahui Hal keadaan Ruhaniahnya yang telah dinyatakan di atas.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan