MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 5
“Adapun Nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai mensyukuri NikmatNya.” [93:11]
“Pada suatu hari faqir sedang duduk bersama rakan-rakan Sufiku dalam satu kumpulan dan faqir sedang melakukan Muraqabah ke atas kekurangan dan kelemahanku. Keadaan ini begitu menguasaiku sedemikian rupa sehingga faqir mendapati bahawa diriku benar-benar tidak ada hubungan dengan keadaan ini, bahawa faqir penuh dengan segala kekurangan dan kelemahan dan faqir berasa bahawa faqir tidak layak untuk bersama rakan-rakan Sufiku dan menjadi salah seorang Salik yang menuju Allah. Pada saat itu, ungkapan Hadits Nabi,
“Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” Ianya mengangkat faqir dari keadaan kehinaan ini. Kemudian, suara Nida seruan ini mulai bergema dalam batinku,
“Ghafartu Laka Wa Liman Tawassala Bika Ilayya Biwasitatin Aw Bighayri Wasitatin Ila Yawm Al-Qiyamati,” yang bermaksud, “Daku memaafkan bagimu dan Daku memaafkan bagi sesiapa sahaja yang bertawassul menerusimu kepadaKu dengan Wasitah atau dengan tanpa Wasitah, sehingga ke Hari Qiyamat yakni mereka yang sampai kepadaKu melalui Wasilahmu samada Wasilah secara langsung atau melalui perantaraan orang lain,” Suara ini mulai bergema lagi dan lagi sehingga faqir tidak ragu lagi bahawa itu adalah ilham dari Allah. Segala puji bagi Allah Ta’ala di atas perkara ini. Kurniaan ini adalah sungguh besar dan penuh dengan keberkatan. Ianya penuh keberkatan dan berkat untuk yang menerimanya. Ya Allah! Sampaikanlah Selawat dan Salam ke atas NabiMu dan Penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya. Akhirnya, faqir telah diperintahkan melalui ilham untuk menyatakan peristiwa ini.”
Syair:
Seandainya seorang Raja datang ke pintu seorang wanita tua;
Khwajah! Janganlah menarik misaimu dalam keadaan marah!
“Sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Luas AmpunanNya.” [53:32]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan