MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu
MINHA 18
“Allah Ta’ala Mawjud dengan ZatNya bukan dengan WujudNya. Bahawa tidak seperti perkara-perkara lain yang Mawjud dengan kewujudannya. Jadi, Allah Ta’ala tidak perlu kepada Sifat Wujud untuk Mawjud.”
“Seseorang, iaitu Hadhrat Ibnu Arabi telah mengatakan bahawa Wujud Allah Ta’ala adalah serupa dengan ZatNya bukannya tambahan kepadanya. Maka, Allah tidak memerlukan sesuatu Wujud yang lain untuk Mawjud. Bagaimanapun, kita memerlukan bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa Wujud Allah Ta’ala adalah serupa dengan ZatNya.
“Dan juga kita akan berhadapan dengan banyak tentangan dari Para ‘Ulama di kalangan ‘Ulama Sunni. Ini kerana, ‘Ulama Sunni tidak mengusulkan bahawa Wujud Allah Ta’ala adalah sama dengan ZatNya. Sebaliknya, mereka mengakui bahawa kewujudan Allah Ta’ala adalah tambahan kepada Zat Allah Ta’ala.”
“Kita hendaklah ingat bahawa jika Allah Ta’ala Mawjud dengan Wujud sebagai tambahan kepada ZatNya, maka penambahan Wujud ini membuktikan Zat Wajib Ta’ala adalah bergantung kepada yang lain. Ianya tidak kira samada kita mengatakan bahawa Zat Wajib Ta’ala Mawjud dengan Sifat Wujud yang merupakan tambahan kepadaNya atau kita mengatakan bahawa Dia Mawjud dengan ZatNya sendiri. Ianya tidak kira sama ada kita mengatakan bahawa Zat Wajib Ta’ala Mawjud dengan Sifat Wujud yang merupakan tambahan kepada ZatNya atau kita mengatakan bahawa Allah Ta’ala Mawjud dengan ZatNya. Sebaliknya, jika kita mengambil Wujud ini sebagai syarat yang umum, maka kenyataan Ahli Kalam di kalangan golongan yang benar masyarakat Sunni dapatlah diperbetulkan.”
“Dan penentangan terhadap Usul Mutakallimin di kalangan Sunni membantah di atas alasan bahawa Allah memerlukan yang lain. Mereka berhujjah bahawa disebabkan Allah Ta’ala tidak bergantung kepada yang lain, maka Allah Ta’ala mestilah tidak bergantung kepada memerlukan Sifat Wujud untuk Dia Mawjud. Sekiranya kita mengambil Wujud sebagai syarat am, maka bantahan tersebut adalah terhapus. Dan perbezaan di antara dua usul akan menjadi lebih terang, iaitu di antara Usul Mujaddidi bahawa Zat Wajib Ta’ala Mawjud dengan ZatNya tetapi SifatNya yang Wujud sebenarnya tidak ada kaitan di sana, dan Usul Ibnu ‘Arabi bahawa Dia Mawjud dengan SifatNya yang Wujud tetapi Sifat Wujud ini telah ditetapkan sebagai sama dengan ZatNya. ‘Ilmu pengetahuan ini merupakan pengetahuan rahsia yang telah dianugaerahkan khasnya kepada faqir daripada Allah Ta’ala. Segala puji bagi Allah di atas anugerah ini dan Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta Ahli Keluarganya."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan