Surat 61 - Dari Makatib Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih
Surat ini telah dituliskan kepada Khwajah Hassan Mawdud.
Kesemua surat yang memberi petunjuk tentang penjelasan Wahdatul Wujud oleh Hadhrat Khwajah Hassan Sahib, tiada sebarang perkataan yang perlu disebutkan lagi bagi menerangkan keagungannya, ianya mengandungi kebenaran, dapat diterima, amat perlu dan merupakan secebis ilmu pengetahuan yang telah diakui oleh Para Masyaikh yang agung. Ianya menjadi kesukaan bagi Para Auliya yang mulia. Dengan kegigihan menghadapi kesukaran dan membahayakan diri, mereka berjaya mencapai hal keadaan tersebut. Rahsia Tauhid berpunca dari perlaksanaan Zikir, melakukan banyak Muraqabah dan dengan cinta yang amat mendalam. Penulisan kamu tentang hal-hal keadaan Tauhid dengan adab ini telah amat menyukakan hati Faqir ini.
Semoga Allah merahmatimu. Semoga Dia mengurniakan ganjaran kebaikan atas khidmatmu. Jika daku tidak menulis apa yang daku tahu tentang perkara ini, daku tidak menunaikan kewajipan terhadapmu. Jika daku menulis, daku akan melakukan suatu ketidakhormatan terhadap seorang yang mulia. Para Masyaikh kami telah memerintahkan kami untuk menjawab pertanyaan yang ditanyakan dengan Ikhlas. Mentaati perintah datang mendahului memerhatikan adab. Daku menulis atas maksud ini.
Para Masyaikh Mujaddidiyah yakni para pengikut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'alaih sehingga ke hari ini, telah mengatakan bahawa sewaktu melakukan Zikir dan Muraqabah, kehadiran Kaifiyat-kaifiyat yang tertentu, hal-hal dan cahaya-cahaya adalah disebut sebagai 'Ilmul Yaqin. Sinaran cahaya pada tingkatan Ihsan di dalam hati sepertimana yang ada dinyatakan dalam sebuah Hadits adalah disebut sebagai 'Ainul Yaqin. Mengambil tabiat Allah Ta'ala adalah disebut sebagai Haqqul Yaqin. Sewaktu melakukan Zikir, pengertian maknanya hendaklah sentiasa difikirkan. Apabila pengertian makna itu melimpah pada seluruh kesedaran seseorang, hatinya menjadi bersinar dengan Nur. Maka, seseorang itu berfikir bahawa dia telah mencapai pada pengertian makna. Seseorang itu merasakan bahawa seolah-olah dia sedang bersatu dengan Allah Ta'ala.
Wahai Tuan, siapakah di atas muka bumi ini yang mampu menolak perkataan-perkataan Para Masyaikh ini? Ruzbahan Baqli dan Mulla 'Ali Qari Rahimahumallah tetap menafikan Ma'rifat ini. Sebagai suatu tindak balas terhadap mereka, Faqir ini telah menulis bahawa, disebabkan cinta yang begitu mendalam terhadap Laila, Majnun Amiri meninggalkan segala makan dan minum. Dia berpaling dari segala sesuatu. Dia mula menyebut nama Laila secara berterusan. Sehingga pada suatu ketika dia berkata bahawa dia adalah Laila. Dia mendapati segala sesuatu adalah Laila. Setelah menderita begitu banyak kesusahan, Nafs akan disucikan, hilang sebarang takluk dan kesan pada tubuh badan dan mencapai kepada suatu hal Keruhanian. Apabila seseorang itu melakukan Zikir dengan banyak dan pengertian makna Zikir tersebut meliputi seluruh dirinya, dia memikirkan bahawa dirinya sedang bersatu dengan tingkatan yang suci juga.
Apabila diliputi dengan hal pemikiran ini, Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah 'alaih telah berkata, "Ana Al-Haqq", yakni "aku adalah Al-Haqq". Kita orang yang jahil ini tidak dapat memikirkan tentang Ma'rifat yang halus ini. Perkataan yang seumpama "Aku adalah Ahmad tanpa Mim" yakni "Aku adalah Ahad" yang bermaksud Allah dan "Aku adalah 'Arab tanpa 'Ain" yakni "Aku adalah Rabb", yang merupakan nama lain bagi Allah, kesemuanya ini bukanlah Hadits. Perkataan-perkataan ini telah diungkapkan oleh para pengikut mereka yang telah mencapai tingkatan Tauhid. Semoga Allah mengampuni mereka semua. Juga,segala perkataan yang tertulis dalam kitab Nahjatul Balaghah di bawah nama khutbah Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu adalah tidak benar.
Rahsia berkenaan Tauhid Wujudi telah pun lahir dalam hati-hati mereka yang telah menghadapi susah payah dalam Riyadhah dan mereka yang telah menyelam dalam lautan cinta. Bilangan orang-orang yang ditinggikan ini adalah begitu banyak yang mana adalah mustahil untuk menolak kebenaran ini. Adalah tidak perlu bagi mereka yang menuruti orang-orang yang agung ini memberikan pengertian yang lain pada ayat-ayat Al-Quran ataupun Al-Hadits demi untuk membuktikan bahawa perkataan mereka adalah benar.
Tiada siapa pun yang dapat menyangkal tentang kewujudan Ma'rifat yang seumpama ini, tetapi ianya telah dilarang menerusi ayat, "Ilmu Pengetahuan mereka tidak akan dapat mencapaiNya," untuk menganggap bahawa Ma'rifat ini adalah maksud Tasawwuf dan menjadi penghujung Sair dan Suluk, bahkan orang-orang yang terdahulu pun menjauhi Ma'rifat yang seumpama ini. Kamu belum menyempurnakan petunjuk dengan menjelaskan perkataanmu, "Seseorang yang tidak mempercayai Ma'rifat ini tidak akan mendapat pencapaian." Atas maksud ini, adalah perlu untuk menjelaskan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian.
Penjelasan:
Para 'Ulama Islam dengan sebulat suara telah menyatakan bahawa kitab Nahjul Balaghat telah ditulis oleh seorang Syi'ah yang bernama Radi. Hadhrat Shah 'Abdul 'Aziz Dehlawi Rahmatullah 'Alaih yang merupakan seorang 'Ulama yang terkenal di India telah menuliskan dengan terperinci di dalam kitabnya yang berjudul Tuhfah Itsna 'Ashariyyah bahawa Radi yang telah mengarang kitab Nahjul Balaghat adalah seorang Yahudi. Di Rampur sebuah kota di India, seorang Syi'ah yang bernama Imtiyaz Ali Arshi telah menulis sebuah kitab yang berjudul Istinad pada tahun 1389 H/ 1969 M; dia cuba untuk membuktikan bahawa kitab Nahjul Balaghat adalah benar, namun orang yang dia tampilkan sebagai saksi adalah seorang Mason yang Zindiq seperti Abduh dan tokoh yang Syi'ah yang terkenal. Mereka menerbitkan edisi kedua kitab Istinad di Teheran pada tahun 1391 H dan telah menyebarkan cetakannya di kebanyakan negara Islam, dengan maksud berusaha untuk memperdayakan golongan pemuda belia yang menuruti aliran Sunni. Telah dinyatakan juga pada Muqaddimah kitab Istinad bahawa Para 'Ulama pada masa itu seperti Hadhrat Imam Dhahabi Rahmatullah 'Alaih dan Ibni Hajar Asqalani Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa, "Kitab ini telah dituliskan oleh Sharif Radi." Setiap kenyataan yang telah diberikan oleh ketiga-tiga 'Ulama ini adalah sebagai bukti penyaksian yang kuat. Tidak ada sebarang keperluan untuk merujuk dan mencari sebarang bukti penyaksian yang lan bahawa Nahju Al-Balaghat adalah palsu. Ummat Muslimin tidak harus membaca kitab yang penuh dengan kesalahan dan keraguan. Mereka seharusnya membaca kitab-kitab Hadits yang benar kesahihannya seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan sebagainya serta huraian syarah penyelasannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan