Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 28

MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI QUDDISA SIRRUHU



MINHA 28

“Untuk beberapa lama faqir berkeinginan agar faqir dapat mencari alasan yang munasabah dalam Mazhab Hanafi pada pembacaan Surah Al-Fatihah semasa Solat di belakang Imam. Ini kerana, membaca Quran semasa mengikuti Imam adalah Fardhu sepanjang masa Solat. Oleh itu, ia kelihatan tidak bijak untuk menolak bacaan sebenar Qiraat Haqiqi dan rupa bacaan Qiraat Hukmi. Pada masa yang sama, sebuah Hadits berbunyai, “Tiada Solat tanpa disertai Fatihah”. Bagaimanapun, kerana faqir mengikuti Mazhab Hanafi, faqir memutuskan untuk berhenti membaca Surah Fatihah. Dan faqir mula untuk menganggapnya sebagai suatu disiplin Riyadhah dan Mujahadah. Ini kerana menolak satu Mazhab Syari’ah kerana menyukai Mazhab lain adalah satu bentuk penolakan Ilhad. Akhirnya, dengan berkat RahmatNya, faqir mengikuti Mazhab Hanafi, Haqq Ta’ala telah menzahirkan haqiqat tidak membaca Surah Fatihah di belakang Imam. Dan dengan pemerhatian Nazar Basirat, faqir mengetahui bahawa rupa bacaan Qiraat Hukmi adalah lebih baik daripada bacaan sebenar Qiraat Haqiqi. Ini kerana, Imam dan Muqtadi, kedua-duanya bersetuju secara Ittifaq untuk berdiri bersama untuk bermunajat di dalam Solat. Sepertimana dikatakan, “Bagi mereka yang bersolat, berdoa kepada Rabbnya”. (Lianna Al-Musalliya Yunaji Rabbahu). Di dalam Solat, Muqtadi menjadikan Imam sebagai jurucakap. Jadi, apa sahaja ucapan yang dibacakan oleh Imam semasa Solat, dia membacakannya bagi pihak jemaah tersebut. Ianya seperti sekumpulan manusia yang hadir di hadapan seorang raja yang besar untuk memenuhi keperluan mereka dan memilih seorang jurucakap di kalangan mereka supaya dia boleh memohon bagi pihak semua mereka yang hadir di situ. Dalam situasi tersebut, jika orang lain juga bercakap semasa jurucakap sedang bercakap, ia akan dianggap sebagai kurang beradab dan mungkin akan menyakiti raja. Oleh yang demikian, rupa percakapan Takallam Hukmi sekumpulan tersebut dengan melalui jurucakap adalah lebih baik daripada percakapan sebenar Takallam Haqiqi sekumpulan tersebut yang bercakap secara perseorangan. Ianya adalah situasi yang sama apabila sekumpulan manusia membaca Al-Quran di belakang Imam.  Ini kerana, jika setiap orang juga membaca Al-Quran, ia menganggu ketenangan, kurang beradab dan melahirkan Tafriq perpecahan. Banyak perkara yang mana Mazhab Hanafi dan Shafi’i berbeza adalah seperti ini. Dari segi Zahir dan rupa bentuknya adalah menyetujui Mazhab Shafi’i tetapi dari aspek Batin dan haqiqatnya adalah berdasarkan kepada Mazhab Hanafi. Telah disingkapkan kepada faqir bahawa dalam hal perbezaan pendapat dalam ‘Ilmu Kalam, kebenaran adalah pada Mazhab Hanafi. Sebagai contoh, mereka mengenali tentang Sifat Takwin adalah Sifat Haqiqi. Secara rnya, nampak seperti Takwin bukannya Sifat Haqiqi, sebaliknya ia terbit daripada Sifat Qudrat dan Iradat. Bagaimanapun, kita mengetahui dari pemerhatian yang dalam dan cahaya firasat bahawa Qudrat Allah Ta’ala untuk mewujudkan adalah Sifat yang berbeza dan berasingan. Pendapat tentang Qiyas dan perkara lain boleh dibentuk melalui perumpamaan ini. Dalam kebanyakan perkara di mana terdapat Khilafiyah perselisihan pendapat dalam hal Fiqah, kebenaran adalah pada Mazhab Hanafi. Hanya dalam sebahagian perkara, kebenaran adalah pada Mazhab Shafi’i.”

“Semasa dalam perjalanan Suluk, Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah berkata, “Engkau adalah Mujtahid dalam ‘Ilmu Kalam.” Selepas peristiwa tersebut, faqir mula untuk merumuskan pendapat dalam semua masalah dalam perkara ‘Ilmu Kalam. Dalam kebanyakan perkara di mana terdapat perbezaan di antara Mazhab Asha’ari dan Mazhab Maturidi, pada mulanya dengan sekilas pandang, nampaknya haqiqat kebenaran adalah pada Asha’ari. Bagaimanapun, apabila ianya difikirkan melalui firasat yang mendalam dan pandangan Nazar yang tajam, maka akan menjadi lebih jelaslah bahawa kebenaran adalah pada Maturidi. Faqir percaya bahawa dalam kesemua masalah dalam perkara Kalam di mana terdapat perbezaan antara Maturidi dan Asha’ari, Mazhab Maturidi adalah lebih benar. Kebenaran ini adalah bahawa mereka mengikuti dengan sempurna Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bercahaya, Syaikh-syaikh tersebut telah mencapai kedudukan yang mulia dan penentang mereka tidak dapat mencapainya kerana mereka memberi keutamaan kepada pandangan-pandangan falsafah. Bagaimanapun, kedua-dua Mazhab ini, Asha’ari dan Maturidi adalah termasuk dalam golongan yang benar.”

“Bagaimana mungkin faqir menulis tentang ketinggian taraf Hadhrat Imam Abu Hanifah Rahmatullah ‘Alaih? Dia adalah yang paling bijak di kalangan orang yang bijak. Imam Al-A’zham! Penghulu mereka yang memiliki kesempurnaan. Sama ada dalam ‘Ilmu pengetahuan, Wara’ dan Taqwa, dia adalah Mujtahid tertinggi di kalangan Para Imam yang lain melebihi Imam Shafi’i, Imam Maliki atau Imam Hanbali Rahmatullah ‘Alaihim. Imam Shafi’i Rahmatullah ‘Alaih telah berkata, (Al-Fuqaha Kulluhum ‘Iyalu Abi Hanifa) “Semua Fuqaha adalah anak murid kepada Abu Hanifah.” Telah diceritakan bahawa apabila Hadhrat Imam Shafi’i Rahmatullah ‘Alaih menziarahi kubur Hadhrat Imam Abu Hanifah Rahmatullah ‘Alaih, beliau akan mengenepikan Ijtihadnya sendiri dan memberhentikan amalan Fiqahnya yang bertentangan dengan Ijtihad Imam Al-A’zham. Beliau pernah berkata, “Daku berasa malu dalam kehadirannya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Ijtihadnya.” Pada ketika itu, beliau pernah menangguhkan bacaan Surah Al-Fatihah apabila berada di belakang Imam dan menangguhkan membaca Doa Qunut semasa Solat Subuh. Adalah bahawa Hadhrat Imam Shafi’i yang sebenarnya dapat menghargai  ketinggigan kedudukan Hadhrat Imam Abu Hanifah. Apabila Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam turun ke Dunia pada masa akan datang, dia akan beramal berdasar kepada Mazhab Abu Hanifah. Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa Rahmatullah ‘Alaih telah menulis di dalam Fusul Sittah bahawa, “Untuk mengetahui kemuliaannya adalah cukup untuk mengingati bahawa salah seorang dari kalangan Nabi Ulul ‘Azmi akan mengamalkan Agama berdasar kepada Ijtihadnya. Seribu kemuliaan yang lain adalah tiada bandingnya dengan kemuliaan ini.” Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu kami telah berkata, “Untuk beberapa ketika, faqir pernah tidak bersetuju dengan Imam Abu Hanifah dan membaca Surah Al-Fatihah semasa Solat mengikuti Imam. Akhirnya, pada suatu malam faqir telah melihat Imam Al-A’zham di dalam mimpi. Faqir telah melihat bahawa dia datang kepada faqir berpakaian jubah yang bergemerlapan dan mengucapkan satu syair:

Pengertian ini adalah sudah mencukupi bagi dirimu;
Bahawa telah ramai Para Awliya di dalam Mazhabku.

Selepas itu, faqir berhenti membaca Surah Al-Fatihah di belakang Imam.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan