MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 40
“Allah Ta’ala telah mengatakan hanya satu Kalam sejak dari permulaan yang azali sehingga penghujung yang berkekalan abadi. Kalam tersebut tidak dapat dipecahkan atau dibahagikan kerana adalah tidak mungkin bagiNya untuk senyap atau bisu. Perkara yang menghairankan adalah bahawa dari permulaan yang berkekalan sehingga penghujung yang berkekalan, hanya ada satu saat di tempat itu kerana masa tidak bergerak ke atas Zat Ta’ala. Dalam satu saat, apa yang boleh dikatakan tetapi satu dalam kesemua Kalam yang tidak boleh dibahagikan?”
“Bahawa satu Kalam tersebut telah menjadi Asal kepada banyak Kalam-kalam lain yang berbeza dalam konteks hubungan takluk yang berlainan. Sebagai contoh, jika ia ada hubungan dengan perkara yang diperintahkan, maka dijadikan perintah Amar. Atau jika ia ada hubungan dengan perkara larangan Manhi, maka dijadikan larangan Nahi, atau jika ada hubungan dengan perkara perkhabaran Ikhbar, maka dijadikan Khabar. Ringkasnya, Allah Ta’ala bercakap bukan sahaja mengenai berita masa ini, tetapi juga berita tentang perkara yang telah terjadi dan perkara akan terjadi yang menyebabkan ramai manusia menjadi kebingungan. Permulaan dan penghujung bagi "Perubah Masa" iaitu Allah Ta’ala menunjukkan permulaan dan penghujung bagi perkara yang diubah atau dimasukkan ke dalam turutan di dalam masa. Ini bukanlah perkara yang sukar untuk difahami! Ini kerana perkara yang telah terjadi dan perkara akan terjadi adalah sifat khusus yang mana “Perubah Masa” menentukan peristiwa tersebut dalam saat waktu yang telah dibentangkan. Dan dari segi ‘perkara yang diubah turutannya di dalam masa, disebabkan pada saat itu apabila Allah mengucapkan Kalam adalah tidak dapat diubah dan ianya pada saat masa belum lagi dibentangkan untuk menjadikan masa itu linear seperti yang telah dibentangkan, maka tidak ada masa silam atau masa hadapan di sana, pada saat masa belum ada lagi apabila Allah mengucapkan KalamNya.
Ahli falsafah telah berkata, Intipati Mahiyat sesuatu perkara mungkin adalah berlainan dan berbeza jika dibandingkan perkara tersebut dengan Wujud Khariji luaran. Bagaimanapun, intipati mungkin tidak mempunyai sifat yang sama dibandingkan dengan kewujudan dalam akal iaitu pada Wujud Zihni. Jadi kita melihat bahawa sesuatu perkara mungkin terdapat perbezaan pada kualitinya dan unsurnya yang tidak dapat dipisahkan berbanding dengan kewujudannya dan Huwiyat dirinya sendiri. Dan “Perubah Masa” dan “Perkara yang diubah” turutannya dalam masa linear adalah benar-benar berasingan di antara satu sama lain. Oleh itu, mereka juga dibenarkan untuk berbeza dari segi kualiti dan tidak dapat dipisahkan seperti sebelumnya.
Apa yang telah diberitahu adalah ianya hanyalah satu saat waktu daripada permulaan yang Azali dan penghujung yang Abadi dan ianya disebabkan oleh ketiadaan ibarat bahasa. Sebenarnya, kita mungkin tidak dapat mengatakan “satu saat” kerana masa itu adalah masa yang begitu singkat dan untuk memanggilnya walau “satu saat” adalah susah.
“Hendaklah engkau ketahui bahawa mereka yang mencapai Maqam Qurb dengan Allah Ta’ala, mereka yang telah melangkah kaki di luar Daerah Imkan. Di sana mereka akan mendapati permulaan yang tiada permulaan dan sehingga penghujung yang tiada penghujung (Azali Wa Abadi) adalah dihimpunkan bersama secara Muttahid. Semasa berada pada Maqam ‘Uruj pada malam Isra dan Mi’raj, Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat Hadhrat Yunus ‘Alaihissalam di dalam perut ikan dan mengalami ribut banjir yang berlaku ke atas Nabi Nuh ‘Alaihissalam. Baginda melihat manusia di Syurga dan manusia di Neraka. Baginda melihat lima ratus tahun di Dunia adalah sama dengan setengah hari di Akhirat. Baginda melihat Sahabat yang kaya seperti ‘Abdur Rahman Bin ‘Auf Radhiyallahu 'Anhu yang lambat masuk Syurga, maka Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya sebab kelambatannya memasuki Syurga dan dia menjawab mengenai perjalanannya yang penuh dugaaan dan cubaan. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat kesemuanya dalam satu saat, di sana tidak ada masa yang lalu dan masa hadapan. Dengan limpahan Rahmat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kadang-kadang faqir telah mengalami Ahwal keadaan sedemikian. Dalam salah satu Kashaf, faqir melihat Malaikat bersujud kepada Adam ‘Alaihissalam dan pada masa itu, kepala mereka tidak diangkat dari sujud. Faqir melihat Malaikat ‘Illiyin tidak melakukan sujud, mereka telah diperintahkan untuk tidak bersujud. Dalam Musyahadah faqir, mereka tenggelam di dalam Musyahadah dalam melihat semua perkara tersebut. Kesemua perkara yang telah terjadi dan semua Ahwal perkara yang akan berlaku di Akhirat, semuanya dilihat dalam satu ketika. Faqir telah mengalami Musyahadah Akhirat suatu ketika dahulu dan oleh kerana ianya suatu ketika dahulu, faqir tidak mengingatinya, faqir tidak akan menceritakannya dengan mendalam.”
“Hendaklah engkau ketahui bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mencapai keadaan ini iaitu Mi’raj ke langit pada kedua-dua Jasad dan Ruhnya. Dan Baginda menyaksikannya semua yang disaksikan semasa Mi’raj dengan mata Jasmani dan mata hati Basiratnya. Terdapat juga orang lain iaitu Sufi yang mencapai Ma’rifat atau Wali-wali Allah dan mereka mengalami ‘Uruj yang seakan-akan serupa dengan Mi’raj dan mereka mengalaminya dengan perantaraan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Dan Ahwal ‘Uruj ini telah datang ke tangan mereka kerana mereka mengikuti sepenuhnya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan jalan Tab’iyyat iaitu menuruti. Bagaimanapun, ada orang lain iaitu Para Wali Allah mengalami Musyahadah dengan Ruhaniah sahaja, bukan dengan kedua-dua mata jasmani dan mata hati. Sepertimana ungkapan syair:
Kafilah di mana ada temanku, Daku tahu tetapi daku tidak dapat ke sana;
Cukuplah bunyi suara nyanyiannya, yang dapat daku dengar dari sini.
Selawat dan salam yang paling sempurna ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan