Jumaat, 28 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 56


MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani
Rahmatullah 'Alaih



MINHA 56

“Pada suatu ketika, faqir telah ditunjukkan tentang keadaan Jin. Faqir telah melihat di mana Jin-jin tersebut berjalan di lorong seperti manusia. Terdapat Malaikat di atas kepala setiap Jin tersebut dan kerana takutkan Malaikat, Jin-jin tersebut tidak menaikkan kepada mereka atau tidak menoleh ke kiri atau ke kanan tetapi berjalan terus ke hadapan. Mereka adalah seperti  banduan yang terikat tidak berkuasa untuk menentang. Mereka boleh membuat sesuatu hanya apabila Haqq Ta’ala mengizinkan mereka untuk berbuat demikian. Nampaknya Malaikat yang bertanggungjawab pemukul besi di tangan mereka dan mereka bersedia untuk membunuh mana-mana Jin apabila ada sedikit tanda keingkaran. Ianya seperti sebuah Syair:

Adalah Tuhan yang telah menciptakan kejahatan dan musibah;
Dan Dia meletakkan yang lemah di bawah kaki yang berkuasa.”

“Segala kesempurnaan yang dicapai oleh Wali Allah atau apa sahaja darjat yang diperolehinya, dia sampai ke sana sebagai hamba pengiring yang makan sisa makanan tuannya iaitu Nabinya dan menerusi mengikuti Nabinya. Sekiranya dia tidak mengikuti mutaba’at Nabinya, maka dia tetap memiliki keimanan. Dari mana lagi dia akan menemukan cara untuk naik ke darjat yang  tinggi? Oleh itu, sekiranya seorang Wali mencapai ketinggian fadhilat dari sebahagian juzuk yang tidak dicapai oleh Nabi atau dia mencapai darjat yang khas daripada darjat-darjat yang tinggi yang tidak dicapai oleh Nabi, maka Nabi juga mencapai sepenuhnya sebahagian juzuk ketinggian dan darjat yang tinggi tersebut. Ini kerana Wali tersebut telah dapat mencapai kesempurnaan dengan perantaraan Wasitah mengikuti Nabinya dan kesemua kesempurnaannya tersebut salah satu kesan daripada pelbagai kesan mengikuti Sunnah-Sunnah Nabi. Oleh itu, semestinya Nabi memiliki semua kesempurnaan tersebut sepenuhnya. Sepertimana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Sesiapa yang memulakan satu Sunnah yang baik di dalam Islam, dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya.”  Bagaimanapun, Wali terlebih dahulu dalam mencapai kesempurnaan ini dan sampai ke darjat ini. Para ‘Ulama bersetuju bahawa Wali-wali mungkin memiliki ketinggian ini atas Nabi kerana ketinggian ini adalah hanya sebahagian Juzuk. Dan Wali yang memiliki sebahagian ketinggian ke atas Nabi, ianya tidak bertentangan dengan peraturan bahawa Nabi sememangnya lebih tinggi apabila semuanya dianggap secara keseluruhannya. Hadhrat Ibnu ‘Arabi, pengarang Fusus Al-Hikam telah menulis bahawa “Penutup Kenabian” telah mengambil ‘Ilmu dan Ma’rifat daripada “Penutup Kewalian.” Faqir menolak untuk menerima kenyataan ini dan sebaliknya mematuhi Syari’ah sepenuhnya. Pensyarah Fusus Al-Hikam telah menggunakan logik yang berbelit dan Takalluf untuk membenarkan kenyataan di atas. Mereka telah mengatakan bahawa sebenarnya, “Penutup Kewalian” adalah bendahari kepada “Penutup Kenabian”. Apabila maharaja mahu mengambil sesuatu daripada perbendaharaan, zahirnya dia mengambil dari bendahari beliau, ini sama sekali tidak  merendahkan maharaja. Namun, Haqiqat makna sebenar perkara ini adalah seperti yang telah diterangkan. Sebab sebenar mengapa mereka menggunakan logik yang berbelit dan Takalluf adalah kerana mereka tidak mengetahui Haqiqat makna hubungan ini. Allah Ta’ala lebih mengetahui Haqiqat bagi semua perkara. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan Selawat dan Salam ke atas KekasihNya Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Insan yang termulia dan ke atas Ahli Keluarganya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan