MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu
MINHA 16
Allah Ta’ala berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki Tayyibat yang baik-baik yang telah Kami berikan sebagai rezeki untuk kamu dan bersyukurlah kamu kepada Allah sekiranya kamu benar-benar menyembah hanya kepadaNya.” [2:172]
“Syarat ini: “Sekiranya engkau benar-benar menyembahNya” (In Kuntum Iyyahu Ta’budun) telah ditetapkan mengenai makanan iaitu, makanlah dari makanan yang enak dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu. Oleh itu, kebenaran diberikan kepada kamu untuk memakan makanan yang diberkati hanya sekiranya memenuhi syarat engkau mengkhususkan diri menyembah Allah Ta’ala semata-mata. Sebaliknya, sekiranya syarat itu tidak benar untuk dirimu dan dirimu adalah hamba kepada Nafsumu sendiri dan dirimu tenggelam di dalam keseronokan dan bermain-main, maka janganlah engkau makan makanan yang enak tersebut. Kerana dirimu akan ditimpa sesuatu yang akan menyakiti Batinmu.”
“Dan di antara Rezeqi yang telah diberikan kepadamu, makanan yang enak adalah seperti racun yang kuat untukmu. Bagaimanapun apabila engkau telah sembuh dari penyakit Ruhani Batin yang ada dalam dirimu, maka engkau bolehlah makan makanan yang enak. Penulis Tafsir Al-Quran Al-Kashshaf iaitu Hadhrat Imam Zamakhshari Rahmatullah ‘Alaih menerangkan perkataan Tayyibat yakni yang baik dengan perkataan Mustaladzdzat bererti yang enak dengan memerhatikan adanya perkataan Syukur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan