Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 41


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 41

“Takwin atau mewujudkan merupakan Sifat Haqiqi bagi Wajib Al-Wujud. Pengikut  Hadhrat Imam Abu Al-Hassan Al-Asha’ari menganggap Takwin sebagai Sifat Idhzafiyyah yakni sifat tambahan. Mereka menganggap Sifat Qudrat dan Iradat sebagai semua yang diperlukan untuk mewujudkan alam. Sebenarnya, Takwin adalah Sifat Haqiqi yang berlainan sebagai tambahan kepada Qudrat dan Iradat. Penjelasannya ialah Sifat Qudrat bermakna membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu yang kedua-dua pilihan adalah betul.  Manakala Iradat bermakna memutuskan tentang salah satu daripada dua pilihan untuk kuasa tersebut, iaitu samada membuat atau tidak. Oleh itu, kedudukan Qudrat adalah mengatasi kedudukan Iradat. Kedudukan Takwin yang golongan Maturidi anggap sebagai Sifat Haqiqi adalah di bawah kedudukan Qudrat dan Iradat. Tugas Sifat Takwin ini adalah untuk membawa objek tersebut menjadi Wujud yang mana Sifat Iradat telah memutuskan bahawa ianya akan diwujudkan. Sifat Qudrat adalah sifat untuk membetulkan arah perbuatan iaitu memutuskan apa yang boleh dilakukan dan Sifat Iradat  memutuskan perbuatan iaitu memutuskan samada perbuatan yang diperbetulkan akan berlaku atau tidak berlaku dan Sifat Takwin membawa perbuatan itu yang telah diputuskan yang akan berlaku menjadi Wujud. Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi menerima Sifat Takwin sebagai sifat yang berasingan.”

 “Sebagai contoh, kiasan Sifat Takwin adalah keupayaan untuk melaksanakan perbuatan yang telah ditetapkan dalam diri manusia menurut pandangan Para ‘Ulama Sunni. Tiada keraguan bahawa keupayaan untuk melaksanakan perbuatan ini adalah  selepas Allah Ta’ala telah memberikan kedua-dua Sifat Qudrat dan Iradat telah ditentukan. Dan merealisasikan sesuatu kepada Wujud adalah bergantung kepada keupayaan ini. Iaitu, keupayaan ini membolehkan manusia untuk membuat atau melakukan sesuatu. Sebaliknya, keupayaan tersebut untuk melaksanakan perbuatan memerlukan perbuatan menjadikan sesuatu  kepada wujud. Iaitu Tuhan memberikan manusia keupayaan untuk melaksanakan perbuatan. Tidak melaksanakan perbuatan adalah mustahil apabila Tuhan telah memberikan keupayaan untuk melaksanakan perbuatan. Keadaan sifat takwin adalah sama dengan menciptakan supaya Wujud Wajib ada di sana. Namun, keperluan ini tidak membawa sebarang kecacatan di dalam Zat Allah Ta’ala. Ini kerana ianya dilaksanakan selepas merealisasikan Sifat Qudrat samada sesuatu perbuatan akan dibuat atau tidak dibuat dan Sifat Iradah setelah pilihan dibuat di antara dua pilihan.”

“Sebenarnya, maksud sebenar Qudrat adalah dengan tegasnya menentukan untuk melakukan sesuatu dan tidak melakukan sesuatu. Iradat menentukan salah satu dari dua pilihan. Dan pendapat faqir bertentangan dengan usul yang dikemukakan oleh ahli falsafah. Mereka menganggap pilihan pertama iaitu pilihan untuk melakukannya sebagai semestinya benar dan menganggap pilihan kedua iaitu pilihan untuk tidak melakukannya sebagai mustahil untuk benar. Mereka juga menafikan Sifat Iradat. Menurut mereka keperluan yang jelas adalah wajib. Mereka mengusulkan bahawa Tuhan adalah diwajibkan untuk menjadikan apa yang telah ditakdirkan untuk dijadikan, sama ada Dia berkehendak untuk menjadikan atau tidak menjadikan, ianya tidak penting. Allah Ta’ala Zat Yang Maha Tinggi adalah lebih tinggi dari perkara ini. Sebaliknya, keperluan yang berkait dengan Iradat dan memutuskan salah satu dari dua pilihan iaitu apa yang Hadhrat Mujaddid Rahmatullah ‘Alaih telah usulkan membenarkan ikhtiar, ianya tidak menafikan ikhtiar. Keperluan itu yang berkait dengan Iradat dan dibuat selepas memutuskan salah satu dari dua pilihan Qudrat tidak menafikan ikhtiar. Sebaliknya ianya menjadikan ikhtiar menjadi Wajib. Kashaf yang dialami oleh Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘Alaih pengarang Futuhat Al-Makkiyyah juga bersetuju dengan ahli falsafah. Di atas perkara Qudrat, beliau menganggap syarat pertama, Tuhan akan menjadikan apa yang telah ditakdirkan untuk dijadikan sebagai semestinya benar dan syarat kedua, Tuhan tidak akan menjadikannya sebagai mustahil untuk menjadi benar. Bagaimanapun, usul oleh Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘Alaih ini dan ahli falsafah menyokong keperluan Ijab iaitu, Allah wajib untuk membuat apa-apa yang telah terlebih dahulu ditakdirkan untuk diwujudkan dan sebaliknya. Dan akibatnya, Iradat tidak mempunyai fungsi kerana Allah tidak perlu untuk menentukan salah satu daripada dua pilihan di antara mewujudkan sesuatu atau tidak mewujudkan sesuatu yang sama. Sekiranya kita menetapkan bahawa Takwin adalah diperlukan untuk mewujudkan apa sahaja yang Allah pilih dengan Sifat Qudrat dan IradatNya, maka atas tafsiran itu, Allah adalah bebas daripada keperluan. Perbezaan ini sangat halus dan tiada siapa sebelum faqir yang telah menerangkannya. Para ‘Ulama Maturidi telah menerima Sifat Takwin ini sebagai Sifat Haqiqi, tetapi mereka tidak membincangkan perkara yang halus ini. Di kalangan Para ‘Ulama Mutakallimin, Hadhrat Imam Maturidi Rahmatullah ‘Alaih adalah satu-satunya yang telah dimuliakan dengan pengetahuan ini kerana mereka mengikuti Sunnah yang bercahaya dari insan terpilih Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan bersungguh-sungguh. Faqir juga turut mengikuti ‘Ulama Maturidi ini. Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita Istiqamah atas ‘Aqidah yang benar dan Sahih dengan limpah kurnia Penghulu sekelian Anbiya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Selawat dan salam yang sempurna ke atasnya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan