Rabu, 19 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 7


MABDA WA MA'AD 
HADHRAT IMAM RABBANI MUJADDID ALF TSANI 
SYAIKH AHMAD FARUQI NAQSHABANDI SIRHINDI 
QADDASALLAHU SIRRAHU



MINHA 7

“Terdapat beberapa langkah di dalam perjalanan Sayr menuju ke Maqam Kamalat Wilayat yakni Maqam Kesempurnaan Kewalian. Terdapat banyak orang yang memiliki kesediaan Isti’dad untuk mencapai hanya pada Darjat Pertama dari beberapa Darjat Kewalian. Terdapat beberapa orang yang memiliki kesediaan untuk mencapai Darjat Kedua. Dan terdapat sekumpulan lagi yang memiliki kesediaan untuk mencapai Darjat Ketiga. Dan terdapat sekumpulan lagi yang memiliki penerimaan keupayaan Qabiliyyat untuk mencapai Darjat Keempat. Begitu juga, terdapat beberapa yang bersedia untuk mencapai Darjat Kelima tetapi jumlahnya amat sedikit. Di dalam kelima-lima Darjat ini, mencapai Darjat Pertama adalah berkait dengan Tajalli Af’ali. Darjat Kedua berkait dengan Tajalli Sifati. Tiga Darjat yang lain adalah berkait dengan Tajalli Zati yang memiliki beberapa darjat.  Kebanyakan dari teman-temanku di atas jalan ini adalah berkait dengan Darjat Ketiga dari darjat-darjat yang disebutkan. Terdapat sedikit yang berkait dengan Darjat Keempat. Malah, sedikit sekali yang berkait dengan Darjat Kelima dan ini adalah Darjat Terakhir Maqam Wilayat. Kesempurnaan yang faqir isytiharkan untuk dimiliki adalah di luar darjat tersebut. Selepas zaman Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum yang mulia, kesempurnaan Kamalat ini tidak pernah dizahirkan. Kesempurnaan ini adalah di luar kesempurnaan Jazbah dan Suluk. In Sya Allah! Pada masa hadapan kesempurnaan ini akan dizahirkan oleh Hadhrat Imam Mahdi. Ya Allah, Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad, Insan yang agung."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan