Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 51


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULAH 'ALAIH



MINHA 51

“Bahagian yang besar daripada jalan Tariqa Sufiyyah bahkan daripada Millat Islam akan dapat diperolehi oleh seseorang yang memiliki Fitrah Taqlid dan adat kebiasaan untuk mengikut dan menurut adalah banyak dalam dirinya. Dasar pekerjaan di sini ialah bertaqlid. Di sini, diterangkan tentang prinsip-prinsip dalam Taqlid. Taqlid terhadap Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meninggikan kedudukan seseorang ke darjat yang tinggi dan mencontohi Sufi akan membawa seseorang ‘Uruj ke tempat yang tinggi. Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu teleh dikurniakan dengan sifat fitrah ini. Dan oleh itu dia telah menerima Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tanpa bertangguh dan menjadi pemimpin di kalangan orang-orang Siddiqin yang benar. Sebaliknya bagi Abu Jahal, nasib yang baik tidak memihak kepada dirinya kerana dia kurang sifat Taqlid dan sifat menuruti. Hasilnya, beliau menjadi pemimpin mereka yang dilaknat. Kesempurnaan yang diperolehi oleh seorang Murid adalah melalui mengikuti Murshidnya atau pembimbingnya. Kesilapan pembimbing adalah lebih baik dari amalan betul Murid. Kerana itulah, Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata, “Daku berharap bahawa daku boleh menjadi kesilapan Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam”. Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah berkata mengenai Hadhrat Bilal Radhiyallahu ‘Anhu, “Bahawa huruf Sin Bilal adalah huruf Shin bagi Allah Ta’ala”. Hadhrat Bilal Radhiyallahu ‘Anhu berasal dari Ethiopia di mana bahasa Arab bukanlah bahasa ibundanya, oleh itu beliau selalu tersalah melafazkan Ash-hadu sebagai As-hadu, iaitu Bilal melafaskan dengan huruf Sin bukannya huruf Shin semasa Azan dan Allah Ta’ala menerimanya sebagai Ash-hadu. Oleh itu, lafaz yang salah Hadhrat Bilal Radhiyallahu ‘Anhu ini adalah lebih baik daripada sebutan-sebutan betul yang lain. Sepertimana ungkapan syair:

Lafaz ucapan Bilal dengan “Ash-hadu” yang salah;
Mentertawakan lafaz “Ash-hadu” kamu yang betul.

Faqir telah mendengar dari teman bahawa Do’a yang disyorkan oleh Syaikh Sufi, sekiranya Syaikh membuat kesilapan dan Muridnya mengucapkan Do’a dengan kesilapan  yang telah dilafazkan oleh Syaikh, maka Do’a tersebut juga akan mempunyai kesannya. Tetapi, apabila Do’a tersebut dilafazkan dengan betul, maka ianya tidak ada kesannya. Semoga Allah Ta’ala memberikan kita untuk berpegang teguh untuk bertaqlid kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Mutaba’at menuruti Para Wali-wali Allah dan semoga Allah Ta’ala mengurniakan kepada kita Taqlid Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang sempurna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan