MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani QuddisaSirruhu
MINHA 9
“Para Masyaikh telah mengatakan bahawa, selepas mereka sampai ke tahap Wilayat, Para Awliya Allah bermusyahadah di dalam diri mereka iaitu mereka melihat Allah berada di dalam diri mereka.”
“Musyahadah luaran Afaqi, iaitu apa yang Sufi lihat semasa di dalam Sayr Ilallah tidak boleh diambil kira. Itulah yang telah diilhamkan kepada faqir dan yang telah diketahui adalah sebegini, bahawa Musyahadah tersebut bukanlah sebenarnya Musyahadah Haqq Ta’ala Yang Maha Tinggi.”
“Dia Subhanahu Wa Ta’ala adalah Bey Chun yakni tanpa apa dan Bey Cheguneh yakni tanpa bagaimana. Dan Dia tidak dapat dilihat di dalam cermin Chun yang bagaimana. Kemudian, bagaimanakah Dia boleh dilihat di dalam cermin Alam Afaq luaran atau Alam Anfas dalaman? Dia tidak ada di dalam (Dakhil) dan juga Dia tidak ada di luar (Kharij) alam semesta dan Dia tidak bersambung (Ittisal) dan tidak terputus (Munfasil) dengan alam semesta. Begitu juga Musyahadah atau melihat Allah Ta’ala adalah bukannya di dalam atau di luar alam semesta, bukannya bersambung atau terputus dengan alam semesta. Itulah sebabnya Para ‘Ulama telah berkata bahawa Musyahadah melihat Allah di Akhirat akan berlaku dengan tanpa kaifiyat bagaimana (Bi La Kayf), di luar pemikiran atau khayalan makhluk yang dijadikan.”
“Bagaimanapun, Allah Ta’ala telah menyingkapkan rahsia Musyahadah melihatNya kepada mereka yang terpilih di kalangan yang terpilih di dunia ini. Walaupun Musyahadah ini melihat Allah di Dunia ini tidaklah seperti Musyahadah yang akan dialami di Akhirat. Ahwal ini iaitu melihat Allah di Dunia adalah Daulat yang besar. Hanya sedikit sahaja manusia selepas zaman Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum yang telah mencapai Daulat ni. Sekarang cerita sebegini mungkin dianggap terlalu jauh dan kebanyakan manusia tidak dapat menerimanya. Bagaimanapun, faqir mendedahkan juga Daulat yang mulia ini tanpa menghiraukan samada orang yang jahil akan menerimanya atau tidak. Pada suatu masa nanti, Nisbat ini dengan kekhususannya akan muncul pada Hadhrat Imam Mahdi Radhiyallahu ‘Anhu. Semoga Allah memberi Salam kesejahteraan ke atas mereka yang mengikut petunjuk dan mengikuti Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga Allah Ta’ala merahmati dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Ahli Keluarganya dan Para Sahabatnya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan