Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 49


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
RAHMATULLAH 'ALAIH



MINHA 49

“Sekiranya Kalimah Tayyibah LA ILAHA ILLA ALLAH tidak wujud, maka siapakah yang akan membimbing kita ke Hadhrat Allah Ta’ala? Siapakah yang akan membuka tirai hijab muka Tauhid, kepercayaan bahawa hanya satu sahaja yang wajib disembah iaitu Allah Ta’ala? Siapakah yang akan membuka pintu-pintu ke syurga? Pedang LA menafikan dan memotong banyak sifat-sifat manusia dan dengan berkat mengulang-ulang penafian ini membuatkan banyak benda-benda yang tak terhitung jumlahnya yang berkaitan dengan dunia menjadi lenyap. Bahagian penafian dalam kalimah LA ini memusnahkan Ma’abud yang Batil. Dan bahagian Itsbat iaitu ILLA ALLAH mengitsbatkan Zat Allah yang sebenar. Dengan bantuan kalimah ini, Salik dapat menempuh peringkat-peringkat Imkani. Dan dengan keberkatannya, orang ‘Arif menaiki Maqam-maqam dari mana dia naik ke tahap Wujubi. Kalimah inilah yang membawa manusia dari Tajalli Af’ali ke Tajalli Sifati dan kemudian dari Tajalli Sifati ke Tajalli Zati. 

Syair:
Apabila penyapu “LA” tidak menyapu jalan;
Bagaimana mungkin engkau akan sampai ke rumah “ILLA ALLAH”.

Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan berpegang teguh mengikuti yang Insan terpilih Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Selawat dan Salam yang lengkap dan sempurna ke atasnya dan ke atas Ahli Keluarganya”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan