MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 47
“Ketinggian darjat dalam Zikir Nafi dan Itsbat dengan Kalimah Tayyibah, LA ILAHA ILLA ALLAH, adalah bahawa engkau menafikan segala-galanya. Apa sahaja yang datang di hadapanmu dalam pandangan, pemikiran, Kashaf dan Syuhud, semuanya yang mungkin suci semata-mata dan sama sekali tidak dapat digambarkan. Walau apa sekalipun, hendaklah engkau memasukkannya di bawah LA yakni tiada. Dan berkenaan dengn Itsbat, hendaklah engkau mengatakan kalimah suci ALLAH keluar dari lubuk hati. Tidak perlu ada apa-apa lagi tambahan kepadanya.”
Engkau tidak boleh memburu burung Phoenix;
Wahai pemburu! Angkatlah jaringmu;
Dia yang meletakkan jaring untuk menangkap Phoenix;
Akan pulang ke rumah dengan tangan kosong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan