MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani
Rahmatullah 'Alaih
MINHA 55
“Berusahalah agar engkau dapat mengikuti Sunnah dan menjauhi Bida’ah. Ianya lebih penting terutamanya menjauhi Bida’ah yang menghapuskan Sunnah. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Tolaklah dia yang menambah perkara baru dalam Agama [Man Ahdatsa Fi Dinina Hadza Fahuwa Raddun]”. Faqir kagum dengan mereka yang menambah perkara baru Ihdatsat dalam Agama apabila Agama telah pun sempurna dan lengkap dan mereka mencuba untuk melengkapkan Agama dengan menambah perkara-perkara baru. Tidakkah mereka bimbang bahawa Sunnah akan terhapus dengan perkara baru ini? Sebagai contoh, ambillah hal perkara ekor serban. Ia adalah Sunnah untuk menggantungkan ekor serban di tengah garis belakang. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang memilih untuk menggantungkannya di sebelah kiri belakang. Dengan amalan ini, mereka meniru seperti mayat kerana ekor serban semasa mengkafankan mayat adalah di sebelah kiri belakang. Kebanyakan orang mengikuti mereka dalam perkara ini. Tetapi, mereka tidak mengetahui bahawa perkara ini menghapuskan Sunnah. Dan mereka telah menolak satu Sunnah dan menerima Bida’ah. Dan sekiranya mereka meneruskan perbuatan yang sama yang mana mereka tidak mengikuti Sunnah, ia akan menghampiri Haram. Mengikuti siapa yang lebih baik? Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia atau mayat? Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia telah dimuliakan dengan mati sebelum kematian jasad. Sesetengah orang ingin mewujudkan hubungan dengan orang yang telah mati tetapi sepatutnya mereka mewujudkan hubungan dengan yang mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Menghairankan! Dalam mengkafankan mayat, kafan serban mayat itu sendiri adalah Bida’ah! Apa yang faqir boleh katakan tentang ekor serban? Sesetengah ‘Ulama yang kemudiannya menganggap bahawa menambah kafan serban pada mayat seseorang ‘Ulama adalah amalan yang baik Mustahsan. Bagaimanapun, faqir percaya bahawa menambah apa sahaja kepada kafan mayat yang di luar Sunnah adalah seperti menukar Sunnah, dan menukar Sunnah adalah seperti menolak Sunnah. Semoga Allah Ta’ala menetapkan kami di atas cahaya Sunnah Insan Terpilih dan Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga Allah mencucuri RahmatNya kepada beliau yang akan berkata Amin ke atas doa ini.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan