MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI QUDDISA SIRRUHU
MINHA 30
“Perkataan Yad Dasyat bermakna kehadiran Zat Allah Ta’ala secara kekal berterusan dengan Dawam Hudhur. Disebabkan Qalb adalah bersifat Haqiqat Jam’iyyat, kadang-kadang orang yang telah mencapai hanya Maqam Qalb mungkin akan mencapai keadaan Yad Dasyat ini kerana apa sahaja yang ada di dalam keseluruhan Kulliyyat Insan kesemuanya bertapak di dalam Qalb. Bagaimanapun, ianya mungkin dalam bentuk Ijmal pada hati Qalb seseorang dan dalam bentuk Tafsil pada seseorang yang lain. Oleh itu, pada peringkat Qalb, adalah mungkin untuk Hudhur terhadap Zat Allah Ta’ala akan menjadi tetap berterusan secara Dawam juga. Bagaimanapun, ini merujuk hanya kepada rupa bentuk Yad Dasyat, bukannya haqiqat sebenar Yad Dasyat. Kemungkinan bahawa apa sahaja yang Masyaikh telah katakan mengenai “Indiraj Nihayat Dar Bidayat” yakni memasukkan yang penghujung pada permulaan adalah merujuk kepada rupa bentuk Yad Dasyat ini. Haqiqat sebenar Yad Dasyat akan tercapai selepas Nafs ditazkiyahkan (Tazkiyah Nafs) dan hati disucikan (Tasfiyah Qalb).”
“Kita mungkin mengambil makna Hudhur Hadhrat Zat adalah pada Martabat Wujubi iaitu pada peringkat kedua, jadi Zat Allah Ta’ala menghimpunkan semua Sifat-sifat Wujubi. Jadi, peringkat Wujubi ini dapat disyuhudkan selepas menempuh kesemua Martabat Imkani dan bersama dengannya, peringkat kedua Yad Dasyat juga akan tercapai. Dan maksud ini juga tercapai di dalam Tajalli Sifati. Ini kerana melihat Sifat-sifat dengan cara ini bukanlah halangan untuk mencapai Hudhur Hadhrat Zat.
“Perkataan Zat Haqq Ta’ala mungkin juga boleh bermaksud Ahadiyyat Mujarrad yang mengatasi semua Asma, Sifat, Nisbat dan Iktibar. Dalam hal ini, Yad Dasyat mungkin boleh dicapai hanya selepas menempuh semua Martabat Asma, Sifat, Nisbat dan Iktibar yang dapat dibayangkan di mana hanya ada kehairanan. Setiap kali faqir bercakap mengenai Yad Dasyat, faqir telah mengambil maksud yang terakhir iaitu Hudhur terhadap Zat Allah Ta’ala yang Ahadiyyat Mujarrad, Yad Dasyat pada peringkat ketiga atau dari sudut Hadhrat Ibnu ‘Arabi, Ta’ayyun Awwal atau Wahdat. Ia adalah tidak wajar untuk menggunakan perkataan Hudhur pada peringkat ketiga tersebut dan ini tidak tersembunyi bagi mereka yang memiliki Maqam Yad Dasyat ini. Ini kerana peringkat ketiga Yad Dasyat iaitu pada tahap Ahadiyyat Mujarrad ini adalah mengatasi Hudhur kehadiran dan Ghaybat ketidakhadiran.
“Untuk memenuhi syarat perkataan Yad Dasyat, kita hendaklah memerhatikan Sifat. Maksud perkataan Yad Dasyat di sini adalah bahawa yang diterangkan pada maksud peringkat yang kedua iaitu Zat adalah pada Martabat Wujubi yang mana Hadhrat Ibnu ‘Arabi katakan sebagai Ta’ayyun Tsani atau Wahidiyyat. Seiring dengan hujah ini, adalah mungkin untuk mengatakan bahawa Yad Dasyat tersebut adalah pada peringkat akhir atas pertimbangan dari segi Syuhud dan Hudhur. Selepas peringkat ini, tidak ada lagi Syuhud dan Hudhur. Sebaliknya kehairanan, kejahilan dan Ma’rifat. Tetapi Ma’rifat di sini bukanlah yang engkau anggap sebagai Ma’rifat iaitu Ma’rifat yang engkau ketahui tentang Af’al dan Sifat, dan Maqam ini adalah jauh mengatasi Ma’rifat Asma dan Sifat. Sebaliknya ia adalah Maqam Zat Wajib Ahadiyyat Mujarrad. Dan Ma’rifat ini adalah Ma’rifat tertinggi yang mana Ma’rifat bahawa yang mengetahui tidak mengetahui apa-apa. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan Selawat dan Salam ke atas Sayyid Al-Bashari Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan