MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu
“Apa sahaja yang berada di alam pandangan dan pengertian adalah terikat dan ianya lebih rendah dari tahap yang tidak terbatas atau Muraqabah Itlaq Mahadhz Zat semata-mata. Tujuan utama adalah supaya bebas dari semua rantaian yang mengikat. Oleh itu, engkau hendaklah mencari tujuan yang berada di luar pandangan dan pengertian. Mu’amalah mencari Allah yang di luar pandangan dan pengertian ini adalah di luar pemerhatian dan pemikiran Nazar ‘Aqal. Ianya kerana Nazar pemikiran menganggap adalah mustahil untuk mencari sesuatu yang berada di luar pandangan dan pengertian.”
Rahsia berkenaan perkara yang ada di sebalik tirai;
Tanyalah kepada ‘Arif yang tenggelam dengan cinta;
Terhadap Para Sufi yang tidak pernah memilikinya;
Bagamana mungkin dia memahami haqiqat Maqam ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan