Jumaat, 21 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 24


MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih



MINHA 24

“Untuk Wali-wali Allah Ta’ala, sifat kemanusiaan mereka adalah kubah yang mereka sembunyikan. Sepertimana manusia yang lain yang memerlukan,  mereka juga memerlukan. Wilayat tidak membebaskan mereka daripada sesuatu keperluan dunia sebagai perantaraan. Kemarahan mereka adalah sepertimana kemarahan manusia yang lain. Apabila  penghulu Nabi Muhammad  Sallallahu 'Alaihi Wasallam.  telah bersabda, “Daku juga menjadi marah sepertimana manusia lain”, maka, bagaimana mungkin wali-wali Allah Taa’ala boleh bebas daripadanya. Begitu juga, mereka Para Wali adalah sama seperti manusia biasa yang lain apabila makan, minum, berinteraksi dengan keluarga dan tingkah laku sosial dan sebagainya. Mereka adalah sama dengan orang awam dari sudut keperluan manusia. Allah Ta’ala telah berfirman mengenai NabiNya,

“Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak pula mereka itu orang-orang yang kekal.” [21:8]

Mereka yang terang-terangan tidak mempercayainya selalu mengatakan untuk menghina Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

“Dan mereka berkata: "Mengapa Rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang Malaikat agar Malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?” [25:7]

Oleh itu, mereka yang hanya memerhatikan penampilan zahir Wali-wali Allah akan menghadapi kehilangan. Mereka akan mengalami kerugian yang besar pada kedua-dua dunia dan di akhirat ketika masa apabila orang yang baik akan dipisahkan dari orang yang jahat. Oleh kerana Abu Lahab dan Abu Jahal hanya melihat penampilan zahir Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka dinafikan tentang kemuliaan Islam.  Ini telah menjerumuskan mereka ke dalam kerugian yang tidak berkesudahan. Mereka yang sesungguhnya akan menyedari kemuliaan ini tidak melihat pada penampilan zahir Wali-wali. Sebaliknya, pandangan tajam mereka sampai ke sifat-sifat batin Wali-wali ini, dan penglihatan tersebut adalah tertumpu kepada alam dalaman. Mereka adalah seumpama sungai Nile di Egypt bahawa air yang sama memberi kesan kepada orang yang berlainan, air tersebut adalah bala’ kepada orang yang dihijabkan (Mahjubin) dari rahmat ilahi manakala ianya juga memberikan air kehidupan kepada orang yang dicintai (Mahbubin) oleh Allah Ta’ala. Adalah sungguh menakjubkan!  Darjat yang mana sifat-sifat  manusia yang kelihatan pada ahli-ahli Allah yakni Wali Allah tidak dapat dibandingkan  dengan  yang lain. Ini kerana walaupun sedikit sahaja kekotoran dan najis, akan  lebih  jelas kelihatan di permukaan yang bersih dan tidak kotor. Sebaliknya, walaupun kekotoran yang banyak, najis tidak akan kelihatan di permukaan yang kotor dan dipenuhi najis.”

“Sebenarnya, kegelapan dan zulmat pada sifat-sifat manusia menyerap sepenuhnya pada orang awam dan ianya menguasai Jasad, Hati dan Ruh. Sebaliknya, bagi orang-orang yang Khawas, iaitu mereka yang telah mencapai Qalbun Salim, kegelapan ini hanya terhad kepada Nafs dan Jasad. Bagi Khawas Al-Khawas iaitu mereka yang telah mencapai Nafsu Mutmainnah, malah Nafs mereka adalah bebas dari zulmat, kerana untuk mereka ini, zulmat hanya mempengaruhi Jasad sahaja.“

"Juga, zulmat membinasakan dan merosakkan orang awam sementara ianya menyempurnakan dan menerangi  orang khawas. Kezulmatan yang ada pada orang khawas menghapuskan kezulmatan  yang ada pada orang awam. Kezulmatan ini menyucikan Tasfiyah Hati dan membersihkan Tazkiyah Nafsu mereka. Sekiranya kezulmatan ini tidak ada, orang khawas tidak dapat berhubung dan mengetahui keadaannya  dengan orang awam. Dan pintu untuk memberi kebaikan Ifadah dan menerima kebaikan Istifadah akan tertutup. Dan kezulmatan pada orang khawas tidaklah sehingga ianya mencemarkan diri mereka. Sebaliknya, rasa penyesalan mereka dan keampunan yang mereka minta, ianya sehingga ke tahap menyebabkan kekotoran, kezulmatan dan  najis dibersihkan dan mereka mencapai lebih banyak kemajuan Taraqqi. Malaikat tidak mempunyai kezulmatan ini dan sebab itulah jalan untuk kemajuan Ruhaniah tertutup. Kezulmatan ini sebenarnya cahaya dan untuk memanggil ianya kezulmatan adalah seperti pujian yang nampak seperti celaan.”

“Orang awam yang jahil yang seperti binatang berkaki empat berfikir bahawa sifat-sifat manusia pada  ahli-ahli Allah adalah sepertimana  sifat-sifat manusia seperti mereka dan  oleh kerana itu, mereka  kekal dihinakan dan dinafikan. Kesilapan ini berlaku apabila perkara ghaib dianggap dapat dilihat. Setiap maqam memiliki keistimewaannya sendiri dan setiap tempat memiliki ciri-ciri keunikannya tersendiri. Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk. Ya Allah! Kurniakan selawat dan salam ke atas insan yang terpilih Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan ke atas ahli keluarganya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan