Jumaat, 21 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 17


MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu



MINHA 17

“Sesetengah Syaikh Sufi Qaddasallahu Asrarahum telah berkata, “Dia yang ‘Arif mengenal Allah, tidak ada dosa pun yang akan memudaratkannya.” 

"Man `Arafallahu La Yadurruhu Dzanbun."

“Ini mungkin merujuk kepada dosa yang mana Ahli Sufi yang ‘Arif tersebut lakukan sebelum mencapai tahap Ma’rifat, dosa itu tidak memudaratkannya. Ini kerana dengan memeluk Islam akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum memeluk keimanan dan Islam. Dan Islam yang sebenar adalah memperolehi Ma’rifatullah di atas Jalan Sufi selepas mencapai Fana dan Baqa. Selepas Ma’rifat tersebut diperolehi, segala dosa-dosa yang lalu akan diampunkan.”

“Perkataan tersebut mungkin juga merujuk kepada dosa yang dilakukan selepas mencapai tahap Ma’rifat. Dalam hal ini, dosa tersebut bermakna dosa kecil dan bukannya dosa besar. Ini kerana Wali-wali Allah adalah bebas daripada dosa-dosa besar. Dan dosa kecil tidak memudaratkannya kerana Ahli Sufi yang ‘Arif tidak akan melakukan dosa kecil berulang-kali, sebaliknya dia bertaubat dan beristigfar terhadapnya secepat mungkin.”

“Atau perkataan tersebut mungkin bermakna Ahli Sufi yang ‘Arif tidak pernah melakukan dosa.  Ini kerana sekiranya tidak ada dosa yang dilakukan, maka ia bermakna  tiada yang memudaratkannya. Maka ini adalah penggunaan kata yang berlebih-lebihan.”

“Orang yang sesat menafsirkan perkataan tersebut yang membawa maksud bahawa ‘Arif mungkin boleh melakukan dosa kerana dosa tidak memudaratkannya. Ini dengan terangnya makna yang salah dan orang-orang yang sesat ini, kewujudannya adalah satu ancaman kepada masyarakat. Mereka adalah Hizbu Syaitan! Berhati-hatilah! Sesungguhnya Hizbu Syaitan adalah binasa.”

“Ya Allah! Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberikan pertunjuk kepada kami. Dan limpahkanlah kami RahmatMu, sesungguhnya Engkau memberikan Rahmat yang banyak. Semoga Allah Haqq Ta’ala melimpahkan RahmatNya, Berkat dan Salam kepada pemimpin kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan kepada Ahli-ahli Keluarganya. Faqir memohon kepada Allah yang Maha Pemurah, dengan pengampunanNya yang tidak terbatas, untuk mengampunkan ‘Arif yang telah mencapai Haqiqat Islam, ke atas dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum mencapai Ma’rifat melainkan mereka yang menzalimi dan mengambil hak orang lain. Kerana Allah Ta’ala Maha Pengampun dan hati manusia berada di antara dua JariNya. Dia boleh mengubah hati-hati manusia yang dikehendakiNya.”

“Pada haqiqatnya semua dosa-dosa akan diampunkan apabila seseorang itu memeluk Islam melainkan dosa kerana menzalimi dan mengambil hak orang lain. Ini adalah sudah diketahui umum oleh orang Islam.”

“Oleh itu sesungguhnya, Haqiqat Islam sebenar dan kesempurnaan pada perhiasan Islam bukan boleh dicapai di dalam rupa Zahirnya yang kekurangan dalam aspek Ruhaniahnya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan