Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 25


MABDA WA MA'AD 
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
RAHMATULLAH 'ALAIH



MINHA 25

“Selagi manusia masih terikat dengan rantaian ilmu dan pengetahuannya dan terus  diwarnai dengan yang selain dari Allah Ta’ala, dia masih lagi tidak berharga di sisi Allah Ta’ala. Ia adalah satu syarat bagi jalan ini untuk menghapuskan segala-galanya kecuali Allah Ta’ala dan adalah sangat penting untuk maju pada jalan ini bahawa segala sesuatu selain Allah telah difanakan. Sehinggalah cermin pada Alam Batin telah disucikan dari warna-warna dan kotoran perkara-perkara yang Imkani, adalah mustahil untuk Yang Wajib Wujubi untuk terzahir. Alasannya adalah begini, adalah mustahil bahawa Ilmu Imkani dicantumkan bersama dengan Ma’rifat Wujubi sepertimana adalah mustahil untuk dua perkara yang berlainan dicantumkan bersama.”

Soalan: 
Kadang-kadang, Allah Ta’ala menaikkan seseorang yang ‘Arif kepada kemuliaan Baqa dan menghantarnya kembali ke Alam Mumkin untuk menyempurnakan mereka yang belum sempurna dan Naqis. Pada masa itu, pengetahuannya mengenai perkara Imkani yang telah hilang sebelum ini mulai datang kembali. Iaitu pengetahunnya tentang perkara Imkani dan M’arifat Wujubi telah bersatu kembali. Tetapi, berdasarkan huraian Tuan Mujaddid Rahmatullah ‘Alaih ini adalah sepertimana dua perkara berlainan yang dicantumkan bersama. Apakah penerangan mengenai perkara ini?

Jawapan: 
‘Apabila seseorang ‘Arif yang telah mencapai Baqa Billah kembali ke Alam Imkani, maka dia menjadi pengantara di antara Yang Wajib Wujubi dan perkara-perkara yang Mumkin Imkani dan dia diwarnai oleh warna kedua-dua Maqam tersebut. Dalam hal ini, jika ‘Ilmu dan Ma’rifat kedua-dua Maqam dicantumkan, maka kenapa tidak? Dan apakah mudharatnya? Ini kerana, pada waktu ini Maqam yang dicantumkan bersama ini, tidak akan kekal satu dan hanya satu, sebaliknya telah berubah menjadi beberapa Maqam yang berbilang dalam satu.Oleh itu, ini bukanlah percantuman perkara yang bertentangan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan