MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 15
Soalan:
Seorang Sufi telah bertanya, “Apakah sebab disebaliknya? Semasa menempuh perjalanan ini, Ahwal keadaan datang dan kemudian selepas beberapa lama ia hilang. Selepas itu beberapa lama kemudiannya, Ahwal keadaan datang kembali dan selepas beberapa lama ianya hilang. Turutan yang sama terus berulang selagimana yang dikehendaki Allah Ta’ala. Bagaimana untuk menjelaskannya?”
Jawaban:
“Insan memiliki tujuh Latifah dan setiap Latifah mempunyai tempoh masa yang unik apabila ia lebih berpengaruh atau dominan dan Latifah tertentu akan mengatur dan mentadbir dengan Dawlat dan Sultan ke atas salah satu Latifah dan Ahwal keadaan Ruhaniah yang kuat turun ke atasnya. Kemudian hasilnya, Salik secara keseluruhannya akan diwarnai oleh warna Latifah yang lebih dominan tersebut. Dan hal keadaan tersebut iaitu satu Latifah yang lebih dominan menyebar ke semua Latifah yang lain. Selagi mana latifah yang dominan tersebut masih menguasai Latifah yang lainnya akan berada dalam hal keadaan yang sama. Apabila Latifah yang lebih dominan tersebut berakhir, hal keadaan tersebut akan hilang dan akibatnya, seluruh Latifah yang lain tidak lagi menerima kesan Ahwal keadaan Latifah yang lebih dominan dan menguasai tersebut. Selepas beberapa lama, sekiranya Hal yang sama mungkin datang kembali, maka ia boleh datang kembali dalam satu atau dua cara:
1. Ianya mungkin boleh berlaku hal keadaan sebelumnya kembali ke atas Latifah yang sama dan akibatnya, untuk masa tersebut perjalanan Salik akan terhalang.
2. Atau Hal keadaan yang sama kembali ke atas Latifah yang lain dan akibatnya, perjalanan Salik untuk terus berkembang akan terbuka. Selepas itu, Hal keadaan tersebut akan hilang atas Latifah tersebut, interaksi yang sama akan berlaku. Ianya boleh berlaku dalam mana-mana dua cara yang berlaku sebelumnya. Dan turutan ini boleh berulang untuk seketika. Begitulah apa yang berlaku ke atas semua Latifah yang lain.”
“Bagaimanapun, jika berlaku Hal keadaannya benar-benar meresap ke semua Lataif, maka Sufi tersebut berpindah dari Hal ke Maqam. Dan dia terlindung dari kemorosotan Ruhaniah iaitu tidak lagi memiliki Hal yang sementara, tetapi keadaannya sudah mulai tetap pada Maqamnya. Allah Ta’ala lebih mengetahui Haqiqat Hal. Selawat dan Salam ke atas Insan yang mulia Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan