Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 39


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI 
RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 39

“Qalb adalah dari Alam Amar. Ianya mempunyai ikatan takluk hubungan dan keasyikan yang khas dengan Alam Khalaq. Kemudian, Qalb telah dikurniakan Mudhgah Qalb Jasmani pada sebelah kiri tetek. Ianya seperti seorang raja yang terlalu jatuh cinta dengan wanita yang rendah tarafnya yang membersihkan najis dan untuk cinta ini, raja pergi ke rumah wanita tersebut. Dan Latifah Ruh yang lebih halus dari Latifah Qalb adalah letaknya pada sebelah kanan tetek. Tiga latifah yang lain iaitu Sirr, Khafi dan Akhfa yang terletak di atas Latifah Ruh adalah terbaik dari sudut pengurusan, “Urusan yang terbaik adalah yang di pertengahan”. (Khair Al-Umuri Awsatuha) Semakin halus latifah tersebut, semakin kuat kaitannya dengan yang pertengahan. Tetapi, Lataif seperti Sirr dan Khafi terletak pada kedua-dua belah Latifah Akhfa, satu pada sebelah kiri dan satu lagi pada sebelah kanan. Dan Nafs yang berdekatan dengan keupayaan tanggapan pancaindera adalah berkait dengan otak. Di dalam perkembangannya, semua Lataif akan bergerak ke Latifah Akhfa satu demi satu. Untuk Latifah Qalb meningkat lebih maju, ia mestilah sampai ke Maqam Ruh dan kemudian ke Maqam yang berada di atas Maqam Ruh. Begitu juga untuk Latifah Ruh atau Latifah lain di atasnya untuk meningkat lebih maju, lataif tersebut hendaklah sampai Wusul ke Maqam yang di atas. Bagaimanapun pada mulanya di sini, sampai Wusul adalah dalam keadaan Ahwal yang sementara dan akhirnya, dalam keadaan Maqam  yang lebih tetap. Dan Nafs meningkat Taraqqi lebih maju hanya apabila sampai Wusul ke Maqam Qalb dalam keadaan Ahwal pada mulanya dan keadaan Maqam yang kekal pada akhirnya. Akhirnya, kesemua Lataif sampai ke Maqam Akhfa dan terbang bersama menuju ke Alam Quddus meninggalkan Jasad. Pada ketika itu, Sufi mencapai Fana. Dan kesemua Lataif meninggalkan Latifah Qalib Jasad kekosongan. Pada penghujung urusan pekerjaan ini, kesemua Lataif sampai ke Maqam Akhfa dan semuanya bersatu Ittifaq bersepakat dan mula Qasad untuk terbang ke Alam Quddus. Bagaimanapun, terbangnya kesemua Lataif adalah dalam keadaan Ahwal yang sementara pada mulanya dan keadaan Maqam yang tetap pada akhirnya. Ketika itu, Sufi mencapai Maqam Fana.”

“Apa yang Sufi katakan dengan ungkapan “kematian sebelum mati” adalah perpisahan Lataif daripada Jasad. Misteri mengapa masih ada lagi getaran dan perasaan pada Jasad walaupun selepas semua Lataif berpisah dari Jasad diterangkan pada tempat yang lain. Ianya hendaklah dilihat dalam kedudukan yang sebenar. Tidak ada ruang untuk membincangkannya secara mendalam di sini. Namun, ianya diterangkan dengan ringkas di sini. Dalam perjalanan Sayr, adalah tidak perlu untuk kesemua Lataif bersatu Jama’ pada Maqam yang sama dan kemudian terbang bersama. Kadang-kadang akan berlaku di mana Qalb dan Ruh, kedua-dua Latifah Ittifaq bercantum bersama. Atau kadang-kadang tiga Latifah atau kadang-kadang empat Latifah yang bercantum bersama. Tetapi, apa yang telah diterangkan sebelum ini iaitu, keenam-enam Latifah bercantum dan menempuh perjalanan Sayr bersama-sama adalah yang paling lengkap dan sempurna perjalanannya. Dan cara ini telah dikhaskan kepada Para Sufi yang telah mencapai Wilayat Muhammadi. Selain dari itu, cara perjalanan yang lainnya berlaku ke atas Wilayat yang lain iaitu Wilayat Ibrahimi, Wilayat Musawi  dan Wilayat ‘Isawi.”

“Kesemua enam Lataif yang berpisah dari Jasad mungkin boleh sampai ke Maqam Quddus, mungkin diwarnai oleh warnanya dan kemudian kembali ke Jasad. Dan Lataif tersebut akan membuat hubungan takluk dengan Jasad yang mengatasi hubungan Cinta, dan Lataif akan menerima peraturan Jasad. Dan selepas mendapat kemuliaan tersebut di atas perjalanan Lataifnya, Sufi mengalami Fana dan menjadi seolah-olah mati iaitu Ruhaniahnya sebelum ini telah mati. Pada ketika itu, Sufi disinari dengan Tajalli Khas dan dia memulakan kehidupan yang baru dan dia mencapai Maqam Baqa Billah dan dia mencapai Akhlaq Allah Ta’ala. 

1. Kebolehan untuk mengajar - Jika pada masa tersebut dia dikurniakan dengan pakaian kebesaran dan turun ke Alam Dunia, kemudian seolah-olah dia datang dekat dan kemudian didatangi. Dan ini akan menjadi titik permulaan Muqaddamah baginya untuk mendapat keupayaan untuk menjadikan orang lain sempurna.

2. Tidak ada kebolehan untuk mengajar - Sebaliknya, jika dia tidak kembali dari sana ke Alam Dunia, kemudian seolah-olah dia  tidak didatangi selepas datang dekat dan dia akan menjadi Awliya ‘Uzlat iaitu salah seorang Wali yang suka memencilkan diri yang hidup jauh dari masyarakat dalam keadaan menyendiri. Maka, tangannya tidak berkeupayaan untuk mentarbiyah Murid atau menyempurnakan mereka yang belum sempurna.

Kesemua kisah-kisah ini tentang permulaan Bidayat dan penghujungan Nihayat yang telah diceritakan adalah dalam bentuk rumuz dan isyarat. Adalah tidak mungkin untuk memahaminya kecuali dengan menempuh peringkat perjalanan pada jalan Tariqat ini. Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan mencontohi Insan terpilih Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan