MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 20
“Kita tidak menyembah Allah Ta’ala yang datang dari penyaksian syuhud, yang boleh dilihat atau yang boleh diketahui atau boleh dikhayalkan atau digambarkan. Ini kerana bahawa apa yang boleh disaksikan, dilihat, diketahui, digambarkan atau dikhayalkan (mash-hud, mar`i, ma`lum, mawhum, mutakhayyul) - yang merupakan perkara direka dan baru-berasal (masnu` va muhdath) adalah sepertimana manusia yang menyaksikan, melihat, mengetahui, menggambarkan dan mengkhayalkan.”
Daku mencari sesuap makanan
Yang lebih dari mulut yang penuh
“Maksud Sayr dan Suluk adalah untuk mengoyak (kharq) hijab sehingga seseorang itu sampai [ke maqam] wusul ‘uryani. Samada hijab yang berkait dengan wujubi atau hijab yang berkait dengan perkara imkani. Bukannya Sufi akan terbelenggu (qayid) atau terperangkap (sayid) dengan perkara yang dituntut (matlub)[iaitu Allah Ta’ala].”
Engkau tidak boleh memburu burung phoenix
Wahai pemburu! Angkatlah jaringmu
Dia yang meletakkan jaring untuk menangkap phoenix
Akan pulang ke rumah dengan tangan kosong
“Orang awam tidak dapat untuk memahami (idrak) [perkara melihat Allah ini]. Bagaimanapun, [Wali-wali] yang terpilih telah diperuntukkan (nasiban) sebahagian daripada maqam [melihat Allah Ta’ala di dunia ] ini walaupun ianya bukannya dipanggil sebagai melihat (ru’iyat). Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan