Khamis, 20 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 13


MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih



MINHA 13

“Dan Ruh itu dari alam yang bersifat Tanpa Kiasan dan La-Makaniyyat tidak bertempat. Walaubagaimanpun, apabila kita bandingkan Ruh yang Tanpa Kiasannya dengan Tanpa Kiasannya Zat Haqq Ta’ala, ia adalah seperti ‘Ain Kiasan. Dan apabila kita bandingkan tanpa bertempatnya Ruh dengan tanpa bertempatnya Allah Ta’ala, ia adalah seperti ‘Ain Bertempat. Alam Arwah adalah seperti pengantara Barzakh di antara Dunia ini dan Alam yang Tanpa Bagaimana. Jadi, Alam Arwah memiliki dua warna ini. Tentunya, Alam yang berkiasan menganggap Alam Arwah sebagai tanpa kiasan. Sebaliknya, dari sudut  alam yang tanpa kiasan, Alam Arwah adalah dapat dikiaskan. Dan keupayaan untuk menjadi pengantaraan Barzakhiyyat adalah disebabkan oleh fitrah aslinya Ruh itu sendiri."

“Sekarang apabila Ruh telah berhubung dengan anasir-anasir Jasad dan dikurung di dalam sangkar Haikal yang gelap, pada masa hubungan ini berlaku, Ruh keluar dari pengantara Barzakh dan turun ke Alam Kiasan atau Alam Khalaq. Akibatnya, warna-warna Bey Chuni yang Tanpa Kiasan semakin menghilang dari Ruh. Pada ketika ini, perumpamaan Ruh adalah seperti Malaikat Harut dan Marut. Ia adalah kerana sebab-sebab yang berfaedah bahawa Ruh-ruh Malaikat turun ke titik terendah dalam sifat kemanusiaan. Ini adalah kesepakatan pendapat faqir dan pentafsir yang lain.”

“Kemudian, dengan ‘Inayat dan Rahmat Allah Ta’ala, bantuan Dastagir telah sampai dan faqir kembali dari perjalanan ini. Dan daripada Nuzul ini, faqir ‘Uruj. Nafsu yang penuh dengan kegelapan Zulmani dan anasir-anasir badan juga turut mengikuti Ruh dan ‘Uruj. Dan mereka merentasi banyak peringkat Manazil. Pada ketika itu, tujuan di sebalik  perhubungan takluk dengan jasad dan penurunan Tanazzul Ruh menjadi lebih jelas. Ini kerana Nafsu Ammarah dapat mencapai ketenangan dan Itminan. Dan kegelapan akan digantikan dengan cahaya. Apabila Ruh melengkapkan perjalanan Safarnya dan tujuan penurunan Tanazzul tercapai, maka Nuzul penurunannya telah berakhir. Dan Ruh mula ‘Uruj kembali semula ke Alam Pengantaraan Barzakhiyyat asalnya yakni Alam Ruh dan dengan ini berakhirlah kepulangan daku ke permulaan.”

“Qalb adalah milik kepada Alam Arwah yang juga Alam Pengantaraan. Dan oleh itu ia bermustautin di alam pengantaraan Barzakhiyyat. Nafsu Mutmainnah walaupun dari Alam Khalaq, ia adalah diwarnai oleh warna Alam Amar. Dan Nasfu Mutmainnah ini adalah pengantara di antara Qalb dan Jasad. Oleh itu, ia Nafsu Mutmainnah juga terletak  di Alam Arwah sana. Sebaliknya, anasir-anasir pada Jasad yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Air, Api, Angin dan Tanah menetap pada Alam Kaun atau Dunia yang memiliki ruang atau Alam Khalaq. Anasir pada Jasad disucikan dengan ‘Ibadat dan ketaatan. Selepas Nafsu mencapai tahap Mutmainnah, sekiranya Salik menunjukkan sifat kejahatan dan suka pada kederhakaan, maka ia adalah disebabkan oleh sifat Tabi’i semulajadinya atau kualiti juzuk-juzuk pada anasir Jasadnya.”

“Sebagai contoh, marilah kita mengambil unsur Api. Dengan sifat haqiqi zatnya, api adalah suka memberontak dan suka bertengkar. Seperti Iblis yang terkutuk, setiap kali ada kesempatan ia akan berteriak,

“Ana Khayrum Minhu, Aku adalah lebih baik darinya.” [7:12]

Sebaliknya, Nafsu Mutmainnah kekal terjauh dari suka memberontak kerana ia Ridha terhadap Allah Ta’ala dan Allah Ta’ala  juga turut Ridha dan meredhainya. Dan anda tidak dapat bayangkan bahawa dua makhluk yang saling menyukai dan meredhai antara satu sama lain, salah seorang daripadanya menderhakai terhadap yang lain.”

“Oleh itu, sekiranya ada mana-mana keingkaran, jadi, ianya mestilah datang dari Qalib Jasad. Untuk maksud ini, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam insan yang termulia telah menyatakan Jihad Akbar yang paling besar terhadap menentang sifat keingkaran Iblis. Dan punca keingkaran tersebut adalah unsur Jasad iaitu Api.”

“Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan bahawa, “Aslama Syaitani,” yang bermaksud bahawa Syaitanku telah diislamkan.”

“Perkara tersebut yang dimaksudkan dengan “Syaitanku” merujuk kepada Syaitan Afaqi yakni “luaran” yang selalu bersama dengan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai Qarin. Bagaimanapun, maksud Syaitan dalam Hadits mengenai Jihad Akbar adalah Syaitan Anfusi yakni “dalaman”. Kekuatan Syaitan Afaqi luaran yang menemani Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini telah dimusnahkan dan kederhakaannya telah mula hilang. Tetapi Syaitan Afaqi luaran ini masih tetap menderhaka kepada Allah Ta’ala. Untuk itu, apa yang ada dalam zat tidak akan meninggalkan zat.”

Kulit hitam dari Habsyah Ethiopia, itulah warnanya yang asli;
Walau bagaimana gigih pun anda mencuba, adakah ia pernah pergi?

 “Ataupun, “Syaitanku” mungkin juga merujuk kepada Syaitan Anfusi dalaman. Bagaimanapun, maksud “telah ditenteramkan” bukanlah bermakna sifat kederhakaannya telah hilang sepenuhnya. Meskipun bagi seorang Muslim, Nafsnya telah ditenteramkan, adalah mungkin seseorang itu akan meninggalkan perkara ‘Azimah dan memilih Rukhsah dalam amalannya. Dan mungkin dia masih lagi melakukan dosa-dosa kecil selain daripada amalan baiknya. Sebaliknya, amalan baik bagi orang Salih yang Abrar adalah sama dengan amalan buruk bagi orang Muqarrabun yang dekat dengan Allah Ta’ala. Perkara ini semuanya juga termasuk dalam kederhakaan. Dan kederhakaan Syaitan Anfusi dalaman tidak akan pergi seluruhnya, sebaliknya sisa-sisa kederhakaan akan kekal untuk diislahkan dan untuk perkembangan peningkatan Ruhaniahnya. Ini adalah kerana selepas Sufi meninggalkan perkara ‘Azimah yang lebih tinggi amalannya dan sebaliknya memilih amalan yang buruk, ini membuktikan kederhakaannya, dia merasa sedih dan menyesal, bertaubat dan memohon ampun bersungguh-sungguh. Dan bahawa Taubatnya itu mewajibkan beliau untuk terus berkembang maju ke peringkat akhir yang Nihayat.”

“Keenam-enam Lataif berpisah dari tubuh badan dan ‘Uruj ke Alam Amar. Kemudian, anasir-anasir badan akan tetap Istiqrar pada Maqamnya. Pada waktu itu, badan itu menjadi Khalifah kepada enam Lataif dan badan melakukan segala tugas-tugasnya. Apabila sampai ke tahap ini, sekiranya Ilham datang, maka ianya datang ke Mudghah hati jasmani ini. Dan, ianya adalah sarang bagi Qalb Haqiqi  yang juga digelar sebagai Haqiqat Jami'ah Qalbiyyah yang berasal dari Alam Amar. Latifah Qalb dikenali juga sebagai Haqiqat Jami'ah iaitu suatu Latifah yang  terkumpul semua Haqiqat Lataif di dalamnya:
1. “Man Akhlasa Lillahi Arba`in Sabahan, Zhaharat Yanabi’ Al-Hikmati Min Qalbihi ‘Ala Lisanihi” bermaksud, “Barangsiapa beribadat kepada Allah dengan ikhlas selama empat puluh hari maka Allah akan menyinari Qalbunya dan akan memancarkan ‘Ilmu Hikmat dari Qalbunya ke lisannya”. Hadith ini merujuk kepada hati jasmani. Allah Ta’ala lebih mengetahui.
2. “Sesungguhnya hatiku kadang-kadang menjadi hitam.” Di sini, apa yang menjadi hitam adalah hati jasmani bukannya Haqiqat Qalb kerana Haqiqat Qalb adalah bebas dari semua kehitaman.
3. “Qalbu Al-Mumin Bayna Isba’aini Min Asabi Ar-Rahmani” bermaksud, “Hati Mukmin adalah di antara dua jari Ar-Rahman”. Dalam Hadits ini, Taqallub perubahan pada hati juga dinyatakan.
4 ”Qalbu Al-l-Mumin Karishatin Fi Ardi Falatin” bermaksud, ”Perumpamaan hati Mukmin itu adalah seumpama bulu burung yang terhampar di padang yang luas.
5. “Allahumma Ya Muqalliba Al-Qulub, Tsabbit Qalbi `Ala Ta`atika” yang bermaksud, “Ya Allah! Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas mentaatiMu.

“Dan hati yang Taqallub berbolak–balik dan tidak stabil itu merujuk kepada Mudghah hati jasmani kerana Haqiqat hati yang sebenarnya menghimpunkan segalanya  tidak bersifat berbolak-balik kerana Haqiqat hati adalah dalam keadaan tenang Mutma’innah dan terus-menerus tetap Rasikh dalam keadaan ketenangan.”

“Apabila Hadhrat Ibrahim Khalilullah ‘Alaihissalam berdoa supaya hatinya mendapat ketenangan, dia adalah bermaksud tidak lain melainkan bahagian Mudghah hati jasmani tersebut kerana Haqiqat Qalb telah pun dalam keadaan tenang. Malah Nafsnya telah mencapai ketenangan kerana telah berada di bawah jagaan Haqiqat Qalbnya.”

“Bahawa penulis kitab ‘Awarif Al-Ma’arif, Hadhrat Syaikh Shihabuddin Suhrawardi Quddisa Sirruhu telah menulis, “Ilham adalah sifat Nafs Mutmainnah yang telah ‘Uruj naik ke Maqam Qalb.” Sesungguhnya perubahan warna dan perubahan yang berlaku menjadi sifat-sifat Nafsu Mutmainnah. Ini bercanggah dengan Hadits yang telah dinyatakan sebelum ini, “Dia adalah sepertimana yang kamu lihat, (Huwa Kama Tara). Sekiranya Hadhrat Shihabuddin Quddisa Sirruhu boleh naik ke Maqam yang lebih tinggi dari Maqam yang dikatakan Maqam yang lebih rendah, pastilah beliau akan mencapai pengetahuan yang benar ke atas perkara ini dan akan menyedari kebenaran yang telah faqir nyatakan. Dalam hal ini, Kashaf dan Ilhamnya akan selaras dengan perkataan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

“Sudah pasti engkau mengetahui bahawa apa yang daku nyatakan sebelum ini bercanggah dengan Hadhrat Syaikh Shihabuddin Suhrawardi Quddisa Sirruhu. Dan telah faqir katakan bahawa Mudghah hati jasmani ini yang merupakan Haqiqat Jami’ah menjadi Khalifah kepada Nafsu Mutmainnah. Dan ianya menerima Ilham, mengalami segala Ahwal dan diwarnai dengan berbagai warna. Apa yang dinyatakan  adalah sukar untuk difahami oleh mereka yang taksub, kurang arif dan jahil tentang maksud sebenar Haqiqat ini dan juga tidak menyenangkan mereka.”

“Apakah ulasan mereka terhadap perkataan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Sesungguhnya di dalam Jasad anak adam ada segumpal daging. Sekiranya segumpal daging itu baik, maka seluruh badan juga akan baik. Sekiranya segumpal daging itu buruk, maka buruklah seluruh badan.  Sesungguhnya, ia adalah Qalb”. Dalam Hadits ini, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan dengan terang bahawa Mudghah segumpal daging itu adalah hati jasmani. Dan beliau telah membuat hubungan di antara baik dan buruknya Jasad dengan baik dan buruknya hati. Oleh itu, apa sahaja yang benar untuk Mudghah hati jasmani juga adalah benar untuk Qalb Haqiqi. Bagaimanapun, hubungan ini adalah berdasarkan kepada menjadi sebagai Khalifah kepada Nafsu Mutmainnah.”

“Ketahuilah! Apabila Ruh terpisah dari Jasad kerana mati, ianya boleh berlaku sebelum berlakunya kematian yang biasa iaitu Ahli Sufi mengalami mati sebelum mati. Kemudian, ‘Arif yang telah Wasil menganggap bahawa Ruh dirinya bukan berada di dalam atau bukannya berada di luar. Dan tidak juga Ruh dirinya masuk secara Muttasil dengan Jasadnya atau tidak juga terpisah secara Munfasil dari Jasadnya.”

“Kemudian, dia membuat kesimpulan bahawa Ruh masih ada lagi hubungan Ta’alluq dengan Jasad. Dan tujuannya adalah supaya Jasad menjadi lengkap dan sejahtera. Salah satu tujuan yang lain adalah untuk mengembalikan kesempurnaan Ruh balik semula kepada Ruh. Dan hubungan Ta’alluq antara Ruh dan Jasad, ia adalah sumber kesejahteraan dan bermanfaat untuk Jasad. Sekiranya hubungan ini tidak ada, seluruh Jasad akan hancur dan tidak bernilai. Beginilah juga keadaan hubungan antara Zat Ilahi pada satu pihak dengan Ruh dan Latifah yang lain pada satu pihak lain. Sesungguhnya Allah Ta’ala bukan di dalam (Dakhil) atau bukannya di luar (Kharij). Dan tidak juga Allah Ta’ala memasuki secara Muttasil dengan alam semesta atau tidak juga terpisah secara Munfasil dari alam semesta. Sebaliknya, Allah Ta’ala mempunyai Ta’alliq hubungkaitan dengan alam semesta yang mana Dia menjadikan makhluk ciptaan, memelihara mengekalkannya dan memberikan Ifadah kepada Ruh untuk menjadikannya sempurna supaya Ruh berupaya untuk menerima nikmat dan kebaikan.”

Soalan:
“Para ‘Ulama yang Haqq tidak akan bercakap mengenai perkara sebegini tentang Ruh sepertimana yang telah diperkatakan. Sebaliknya, mereka lebih hampir kepada tidak membenarkannya perbincangan tentangnya. Dan Tuan telah menganggap adalah penting  untuk mengikuti mereka iaitu ‘Ulama Haqq dalam semua perkara kecil mahupun besar. Bagaimanakah Tuan menjelaskan percanggahan ini?”

Jawaban:
“Faqir mengatakan bahawa hanya sedikit sahaja di kalangan ‘Ulama yang mengetahui tentang Haqiqat Ruh. Oleh itu, disebabkan mereka mengetahui hanya sedikit sahaja,  mereka tidak akan bercakap perkara  Kashaf yang mereka alami tentang kesempurnaan Ruh. Dan mereka menganggap adalah mencukupi untuk menceritakannya dengan secara Ijmal yang ringkas. Mereka juga mengelak daripada membincangkan perkara ini atas sebab untuk mengelakkan  orang awam  terjatuh ke dalam kesesatan. Ini kerana, kesempurnaan Ruh nampaknya sama dengan kesempurnaan Kamalat Wujubiyyah. Terdapat perbezaan yang halus di antaranya di mana tiada yang mengetahuinya melainkan ‘Ulama Rasikhun yang dalam ilmu pengetahuannya. Mereka telah menceritakan perkara ini dengan ringkas dan menolak mereka yang mengesahkannya dan mendedahkan Haqiqat perkara ini. Walaubagaimanapun mereka, Para ’Ulama yang Haqq tidak menafikan  kesempurnaan yang telah dinyatakan sebelum ini.”

“Faqir yang lemah serba kekurangan. Walaupun demikian, faqir menerangkan dan menzahirkan beberapa bab perkara yang khas mengenai Ruh. Faqir menerangkan ‘Ilmu ini berdasarkan Ilham Sahih yang benar dan Kashaf Sarih yang terang. Dengan bantuan Allah Ta’ala, dengan keberkatan dan kehadiran yang tercinta Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bersama-sama dengan itu, keraguan yang merupakan penghalang  untuk menerangkan perkara ini dapat disingkirkan. Oleh itu, cubalah untuk memahaminya.”

“Perlu diketahui bahawa sepertimana Jasad memperolehi manfaat dari kesempurnaan Ruh yang di luar jangkaan, begitu juga dengan Ruh, bahawa Ruh juga memperolehi manafaat faedah tenaga yang besar dari Jasad. Melalui Jasad, Ruh dapat mendengar, melihat, bercakap dan memenuhi keperluan-keperuan Jasad di dalam jasad. Hasilnya, Ruh mampu untuk melakukan banyak tugas yang berkaitan dengan Dunia Alam Jisim.”

“Telah dinyatakan di atas bahawa Nafsu Mutmainnah naik ke Alam Ruh dan bersatu dengannya. Di dalam Alam Ajsam,  ‘Aqal pemikiran akan duduk di atas tempatnya pada tempat Nafs Al-Mutmainnah yang dinamakan ‘Aqal pemikiran yang kembali. Pada ketika itu, ia hanya memikirkan tentang Hari Akhirat dan langsung tidak memikirkan tentang Mai’shat kehidupan di Dunia ini. Dia layak mendapat firasat dengan Nur yang dianugerahkan Allah Ta’ala kepadanya. Ini adalah penghujung Nihayat pada martabat  kesempurnaan ‘Aqal pemikiran.”

Soalan:
Mereka yang belum mencapai kesempurnaan mungkin tidak bersetuju. Mereka mungkin akan mendakwa bahawa penghujung atau martabat akhir pada martabat kesempurnaan akal pemikiran sepatutnya apabila lupa pada Ma’ishat kedua-dua kehidupan ini dan Akhirat dan sebaliknya hanya tertumpu kepada Allah Ta’ala. Pada awalnya, tumpuan pemikiran hanyalah semata-mata kepada Allah Ta’ala. Mengapakah perkara yang sama berlaku pada akhirnya?

Jawaban:
“Salik mencapai keadaan keterlupaaan Nisyan pada peringkat awal Fana Fillah. Bagaimanapun, kesempurnaan pemikirannya akan tercapai selepas beberapa hari menempuh perjalanannya pada peringkat yang  seterusnya. Bagaimanapun, akal pemikiran akan berkembang dan meningkat ke peringkat yang lebih tinggi. Dan apabila akal pemikiran mencapai kesempurnaan, ia akan meningkat ke  peringkat yang lebih tinggi lagi. Di sini pada peringkat kesempurnaan akal pemikiran, pengetahuan datang semula selepas kejahilan, perpisahan datang selepas mencapai penyatuan dan Islam yang Haqiqi  tercapai selepas menolak kekufuran pada jalan Tariqat.”

“Ahli falsafah yang jahil telah membangunkan empat peringkat Maratib kemajuan akal pemikiran dan telah meringkaskan kesempurnaan ‘Aqal pemikiran kepada empat tahap tersebut. Corak pemikiran ini adalah hasil daripada kejahilan mereka yang sempurna. “Walaupun ‘Aqal telah mencapai kesempurnaan kamalat, Haqiqat ‘Aqal pemikiran tidak akan tercapai melalui kesempurnaan akal pemikiran dan imaginasi, Haqiqat ini hanya tercapai melalui Kashaf Sahih yang benar  dan Ilham Sarih yang terang yang diperolehi dari cahaya lampu Nur Mishkat Nubuwwat. Allah Ta’ala melimpahkan keberkatan dan Selawat serta Salam ke atas seluruh PesuruhNya dan terutamanya kepada KekasihNya Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Soalan:
Sesetengah Syaikh Sufi telah berkata, ‘Aql Tarjuman-i Ruh Ast, yakni  “‘Aqal adalah penterjemah kepada Ruh.” Apakah makna perkataan ini?

Jawaban:
“Qalb menerima ‘Ilmu dan Ma’rifat yang terpancar keluar dari mata-airnya dengan cara penerimaan Ruhani. Dan kita telah ketahui bahawa Qalb adalah dari Alam Arwah.”

“Akal menterjemah [ilmu pengetahuan yang diterima dari] hati. Ia [iaitu akal]  menyimpan dan meringkaskan (muharrar va mulakhkhas)  [ilmu tersebut] agar [walaupun] mereka yang tertarik dengan alam khalaq (giriftaran-i `alam-i khalq) dapat memahaminya [iaitu ilmu yang diterima oleh hati]. Sekiranya akal tidak menterjemah ilmu [pengetahuan] tersebut, adalah susah atau mustahil untuk memahaminya.”

“Segumpal daging dalam jasad iaitu hati jasmani (mudgha’i qalbiya)  adalah khalifah kepada Haqiqat Jam’iah (khalifa’i haqiqat-i jam`iya qalbiya). Oleh itu,  hati jasmani (mudgha’i qalbiya)  akan mendapat ciri-ciri  asal [hati] (hukm-I asl). Dan kemampuannya (mudgha’i qalbiya)   untuk menerima (talaqqi) adalah sama dengan  kemampuan ruh untuk menerima (talaqqi-i-ruhani). [Namun,] ianya (mudgha’i qalbiya) bergantung kepada penterjemah iaitu akal.”

“Hendaklah engkau ketahui bahawa terdapat suatu masa apabila akal pemikiran yang telah kembali(`aql-i ma`ad) sangat merindui (shawq) untuk bersebelahan (mujawara) dengan Nafsul Mutmainnah.[Apabila kerinduan ini] telah bersangatan , ia akan menaikkan [akal yang telah kembali] ke peringkat Nafsul Mutmainnah. Kemudian, [akal yang telah kembali] meninggalkan jasad (qalib). Pada waktu itu, hikmah dan zikir(ta`aqqul va tadhakkur)[ mengambil tempat akal yang telah kembali] dan menetap di dalam hati fizikal(be-mudgha qalbiya). Sesungguhnya, terdapat nasihat di dalam perbincangan ini kepada mereka yang memiliki hati. (Inna fi dhalika ladhikra liman kana lahu qalbun).”

“Pada ketika itu,  hati ini boleh menterjemah dirinya sendiri  dan orang ‘Arif akan mula berhubung (mu’amila) dengan jasad.  Teriakan, “Saya adalah lebih baik darinya” adalah  sifat semulajadi (nahad) bagi unsur api [dalam jasad]. Dan [pada ketika itu unsur api] telah ditangani dan telah ditenteramkan (inqiyad). Peringkat demi peringkat, ia [ unsur api] dimuliakan dengan karniaan mulia iaitu penyerahan kepada yang benar kepada Allah atau Islam yang haqiqi (Islam-i-haqiqi).”

“Dan apabila unsur api telah mencapai ketenangan], jubah iblisnya (khil`at-i iblisi) digugurkan dan mencapai maqam asal Nafsul Mutmainnah (be-maqam-i asl-i nafs-i mutma’inna). Dan ia [unsur api],  menjadi naib kepada ibunya (na’ib-i munab) iaitu Nafsul Mutmainnah. Pada ketika itu, dua perubahan berlaku di dalam jasadnya Qalib:

1. Mudghah hati jasmaninya menjadi Khalifah kepada Qalb Haqiqi yakni hati yang haqiqi.
2. Unsur api dalam jasadnya menjadi naib kepada ibunya atau ketuanya iaitu Nafsul Mutmainnah yang telah naik ke Alam Arwah selepas mencapai ketenangan yang Itminan.

Tembaga dalam badanku bertukar menjadi emas
Dengan bahan cinta yang membara terhadap Tuhan

“Unsur Angin adalah dikaitkan dengan Ruh. Apabila Salik Wusul dan ‘Uruj ke Maqam Angin, dia tersilap mengenal-pasti bahawa Angin tersebut adalah bukti dia telah sampai Wusul kepada Allah dan dia terkurung di dalam maqam tersebut kerana  dia tidak mahu maju dengan apa-apa lagi kemajuan kerana dia tersilap mempercayai bahawa dia telah sampai Wusul kepada Allah. Begitu juga, berlaku kesilapan dalam musyahadah pada maqam ruh dan ianya memukau Salik. Seorang Syaikh Sufi telah berkata, “Selama 30 tahun, daku menyembah Ruh yang daku sangka sebagai Tuhan semasa pada Maqam Ruh. Hanya selepas melepasi maqam tersebut daku telah dapat membezakan  yang Haqq dan yang Batil. Unsur Udara atau Angin adalah berkait dengan Maqam Ruh, ianya mengambil tempat pada Maqam Ruh di dalam Jasad. Dan dalam keadaan tertentu, unsur Angin bertindak seolah-olah ia adalah Ruh.”

“Unsur Tanah adalah sangat bersesuaian dengan Haqiqat Jami’ah Qalbiyyah. Atas sebab ini, limpahan Faidhznya berada dalam setiap satu perkara. Sepertimana dalam Al-Quran,

 “Dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup daripada air.” [21:30]

Tempat Baz Gasht yakni kembalinya juga adalah hati jasmani Mudghah Qalbiyyah.

“Unsur Tanah adalah unsur yang paling besar iaitu pada keseluruhan Jasad. Sifat zatnya adalah buruk dan menjijikkan. Bagaimanapun setelah ianya disucikan, ianya menghakimi dan menguasai seluruh Jasad. Unsur Tanah menguasai apa sahaja di dalam Jasad. Dan apa sahaja yang ada di dalam Jasad akan diwarnai oleh Tanah. Unsur Tanah lebih menguasai kerana ianya adalah unsur yang terlengkap pada Jasad. Sesungguhnya, setiap juzuk Jasad memiliki juzuk unsur Tanah di dalamnya. Atas sebab ini, Dunia adalah markaz bagi unsur-unsur dan langit. Begitu juga, markaz bagi Dunia adalah markaz bagi semesta alam.

“Selepas kesemua empat unsur pada Jasad ditenteramkan, pada ketika itu hubungan dengan Qalib Jasad telah tamat dan Jasad telah sampai ke penghujung ‘Uruj dan Nuzul. Pada waktu itu, dia sudah mencapai Kamal Takmil iaitu kesempurnaan dalam kemampuannya untuk menyempurnakan orang lain. Inilah penghujungnya yang kembali ke permulaan.”

“Engkau hendaklah mengetahui perkara ini bahawa keseluruhan Ruh bersama dengan peringkatnya ‘Uruj ke Maqamnya sendiri atau Maqam Asalnya, masih juga Ruh bertawajjuh kepada Dunia, untuk memelihara dan mentarbiyah Jasad.

Apabila muamalah dengan Jasad telah selesai atau seluruh Jasad telah disucikan, kemudian dua perkara berlaku:
1. Ruh  bersama dengan semua Lataif iaitu Sirr, Khafi, Akhfa, Qalb, Nafs dan ‘Aqal akan bertawajjuh kepada Tuhan dan berpaling Tawajjuhnya dari Jasad atau memutuskan hubungannya dengan Jasad.
2. Seluruh Jasad akan bertawajjuh kepada Maqam ‘Ubudiyyat.

Kemudian, dua perkara lagi akan berlaku:
1. Ruh dengan martabat-martabatnya akan diletakkan pada Maqam Syuhud dan Hudhur dan tidak lagi melihat dan mengenal apa-apa melainkan Allah Ta’ala.
2. Sebaliknya, seluruh Jasad menjadi teguh dan Rasikh pada Maqam Taat dan ‘Ubudiyyat. Ini adalah Maqam perpisahan selepas penyatuan yang diistilahkan sebagai Maqam Farq Ba’da Al-Jama’. Maha Tinggi Allah Ta’ala yang mengurniakan kejayaan atas kesempurnaan ini.
Faqir telah menempuh Maqam ini dengan khusus.Ia adalah pada Maqam ini, Ruh dengan segala martabatnya kembali turun ke Alam Khalaq untuk mengajak manusia kepada Allah Ta’ala. Pada masa ini, Ruh akan memiliki ciri-ciri hukum Jasad dan mengikutinya. Dan Ruh menjadi bahawa jika Jasad adalah Hudhur, maka Ruh juga akan Hudhur dan jika Jasad lalai, maka Ruh juga akan lalai.”

“Bagaimanapun, semasa mengerjakan Solat, Ruh dan segala martabatnya akan bertawajjuh kepada Allah Ta’ala walaupun Jasadnya lalai. Ini kerana bagi orang Mukmin, Solat adalah landasan yang mana dia ‘Uruj ke langit.

“Hendaklah engkau mengetahui bahawa apabila seorang Sufi yang telah sampai Wusul kepada Tuhan, kembali semula sepenuhnya kepada makhluk semasa Nuzulnya, ia adalah Maqam yang sempurna untuk mengajak manusia kepada Allah.

“Kelalaian Ghaflat ini yang berlaku selepas Sufi kembali sepenuhnya adalah sebab untuk menjadikan lebih ramai manusia supaya menjadi Hudhur tidak lalai. Orang yang lalai serta ghafil pada peringkat awal tidak mengetahui Haqiqat kelalaian ini yang datang pada peringkat akhir. Sebaliknya, orang yang tidak lalai kehadiran tidak mengetahui tentang kembali Raja’at ini yang dicapai oleh Sufi semasa perjalanan Nuzulnya kembali kepada makhluk. Sebenarnya, Maqam kelalaian akhir selepas Nuzul ini layak untuk mendapat pujian walaupun nampaknya ia layak untuk tidak diperkatakan. Manusia yang tidak mengetahui mungkin tidak akan memahami perkara ini. Namun, sekiranya faqir menerangkan tentang kesempurnaan kelalaian pada peringkat akhir ini, kemungkinan tidak ada seorang pun yang ingin menjadi Hudhur tidak lalai.

1. Kelalaian inilah yang telah memberikan kedudukan manusia ketinggian (fadilat) ke atas malaikat-malaikat yang mulia.
2. Kelalaian inilah yang telah menyebabkan Penghulu kita Nabi Muhammad saw menjadi rahmat untuk seluruh alam.
3. Kelalaian inilah yang telah mengangkat seseorang daripada maqam Wilayat ke maqam Nubuwat
4. Kelalaian inilah yang telah mengangkat seseorang dari maqam Nubuwat ke maqam Risalah.
5. Kelalaian inilah yang telah mengangkat ketinggian Wali yang hidup bersama masyarakat (`ashrat) di atas Wali yang hidup sendirian (‘azlat)
6. Kelalaian inilah yang telah memberikan ketinggian kepada Hadrat Nabi Muhammad saw di atas Hadrat Abu Bakar As-siddia walaupun mereka adalah seperti dua telinga pada kuda yang sama.
7. Kelalaian inilah yang telah memberikan ketinggian kewarasan (sahw) di atas kemabukan rohaniah (sukr)
8. Kelalaian inilah yang telah memberikan ketinggian kepada Nubuwat di atas Wilayat walaupun ada pendapat yang kurang sempuran [seperti Ibn ‘Arabi] yang mengatakan Wilayat adalah lebih tinggi dari Nubuwat]
9. Kelalaian inilah yang dengannya Qutb Irshad adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Qutb Abdal
10. Kelalaian inilah yang mana Hadrat Abu Bakar As-siddiq inginkan. Beliau pernah berkata, “Aduh! Bagaimana daku berharap bahawa daku boleh menjadi melupakan Muhammad saw (“ya laytani kuntu sahwa muhammadin”).
11. Kelalaian inilah yang mana menyebabkan yang Hudhur menjadi seperti hamba yang rendah
12. Kelalaian inilah yang mana sampai (wusul) adalah dahulu daripada mencapai (husul)
13. Kelalaian inilah yang secara lahiriah nampaknya mengalami kemunduran (be-surat-i tanzil) tetapi haqiqatnya, ia adalah kemajuan (taraqqi).
14. Kelalaian inilah membingungkan (mushtabeh misazad) orang awam mengenai seseorang [Wali] yang khawas dan  menyembunyikan kesempurnaan mereka [di hadapan orang awam.

Syair:
Sekiranya daku menerangkan lagi
Ia adalah tidak terbatas

Satu perkataan dapat memberikan banyak perkataan. Setitik ilmu pengetahuan yang diterangkan di sini menandakan  di sana terdapat khazanah pengetahuan seluas lautan Bahrul-Ghadir. Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan mengikuti dengan sempurna yang terpilih Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Selawat  dan salam ke atasnya dan Ahlinya dengan Selawat yang sempurna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan