MABDA WA MA'AD
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Naqshbandi Sirhindi Rahmatullah 'Alaih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih
“Daku memuji Allah pada Mabda permulaan dan Ma’ad penghabisan dan daku memohon Rahmat Solawat atas KekasihNya Nabi Muhammad dan Ahli Keluarganya yang mulia.
Sesudah pujian Hamdalah dan Solah, Amma Ba'du;
Sesudah pujian Hamdalah dan Solah, Amma Ba'du;
Maka ini adalah sebuah Risalah Sharifah yang mulia mengandungi isyarat-isyarat yang halus dan rahsia-rahsia yang dalam dan tinggi bagi Hadhrat Al-Imam Al-Humam yang agung, Hujjah Allah ke atas sekelian Anam, Pemimpin Para Aqtab dan Para Awtad dan Qiblah Para Abdal dan Para Infirad, Kashif penyingkap rahasia Asrar As-Sab'u Al-Matsani yakni Surah Al-Fatihah, Al-Mujaddid Lil-Alfi Ats-Tsani pembaharu bagi seribu tahun kedua, Al-Uwaisi Ar-Rahmani Al-'Arif Ar-Rabbani Shaikh Al-Islam Wal-Muslimin, Syaikh kami dan Imam kami, Ash-Shaikh Ahmad Al-Faruqi Nasabnya dan Al-Hanafi Mazhabnya dan An-Naqshabandi Mashrabnya. Semoga Allah Haqq Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memelihara ketinggian ufuk mentari HidayatNya dan agar orang ramai sentiasa dapat mengambil limpahan Faidhz dan Barakat darinya. Dan Allah adalah Al-Musta'an, yang memberikan pertolongan dan ke atasnya At-Tuklan, segala Tawakkal dihadapkan."
MINHA 1
“Apabila faqir telah mengalami keinginan untuk menempuh jalan ini maka dengan ‘Inayat Haqq Ta’ala Jalla Sultanuhu telah menyampaikan faqir untuk berkhidmat dengan seorang Khalifah yang Buzurg daripada Silsilah Hadharat Khwajagan Naqshabandiyyah Qaddasallahu Ta’ala Asrarhum iaitu Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Daripada beliau Faqir telah mengambil pelajaran Tariqat Para Buzurgan Khwajagan ini dan telah berikhtiar memilih untuk berpegang teguh bersuhbat dengan Buzurg tersebut.”
“Melalui berkat Tawajjuh daripada Buzurg tersebut faqir telah mencapai Jazbah Hadharat Khwajagan Naqshabandiyyah dari Tuha pada Sifat Qayyumiyyat yang terbentuk dengan kesempurnaan Fana, bahawa apa yang telah dirasai dan dialami oleh Para Masyaikh Khwajagan Naqshabandiyyah dan yang dimulakan dalam Tariqat mereka dengan Jazbah Khwajah. Jazbah ini meningkat sehingga ke sifat Qayyumiyyat pada Maqam Istihlak. Dan faqir telah minum ubat penawar ini sehingga sampai puas hatiku dari Tariqat Naqshabandi ini yang mana peringkat akhirnya telah dimasukkan pada peringkat awal yang diistilahkan sebagai Indiraj An-Nihayat Fi Al-Bidayat. Apabila faqir mencapai Jazbah Naqshabandi ini perjalanan Suluk faqir telah sampai ke penghujungannya.”
“Dengan asuhan Tarbiyah Ruhaniah Hadhrat ‘Ali, Singa Penunduk Allah Karramallahu Wajhah, faqir telah sampai ke penghujungan iaitu sehingga ke Nama yang Mulia yakni dengan Nama Rabb Murabbi beliau iaitu Asal Mabda Ta’ayyun.”
“Dari Nama tersebut, faqir telah ‘Uruj naik ke Maqam Qabilliyyat ‘Ula yang diiktibarkan sebagai Haqiqat Muhammadiyyah ‘Ala Sahibihas Solatu Wassalam Wattahiyyah dan dengan bantuan Rauhaniat daripada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Ta’ala Sirrahu faqir telah mengalami kenaikan ‘Uruj.”
“Dari Maqam tersebut dengan bantuan Dastagir Rauhaniyyat Juru Pembimbing Rauhaniah iaitu Hadhrat ‘Umar Faruq Radhiyallahu ‘Anhu faqir telah bersiar melepasi Qabilliyyat ‘Ula. Kemudian faqir telah ‘Uruj naik ke Maqam yang mengatasi Qabilliyyat ‘Ula tersebut.”
“Sesungguhnya faqir mendapati bahawa Maqam Qabiliyyat yang sebelumnya adalah seolah-olah Tafsil perincian bagi Maqam baru yang lebih tinggi ini di mana faqir berada sekarang yang betul-betul di atas Maqam Qabilliyyat ‘Ula. Dan bahawa Maqam ini adalah ringkasan Ijmal bagi Maqam yang sebelumnya iaitu Maqam Qabilliyyat ‘Ula.”
“Bahawa Maqam ini adalah Maqam Aqtab Muhammadiyyah. Faqir terus Taraqqi maju dengan bantuan Tarbiyat Rauhaniat Hadhrat Risalat Khatimiyyat Nabi Muhammad Rasulullah ‘Ala Sahibihas Solatu Wassalam Wattahiyyah, Penghulu sekalian Nabi ‘Alaihissalam. Dan apabila tiba waktu Wusul yakni sampai pada Maqam ini, bantuan Rauhaniat daripada Hadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah ‘Alaih yang merupakan seorang Khalifah Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Quddasallahu Ta’ala Asrarahuma dan juga seorang Qutub Irshad telah sampai kepada Darwish ini. Penghujungan ‘Uruj bagi Aqtab adalah pada Maqam ini yakni Maqam tertinggi yang boleh dicapai oleh Para Wali Qutub. Dan Daerah Bayangan Zhilliyyat juga tamat selepas mencapai kedudukan Maqam ini dan tepat di atasnya terletak Daerah Asal Alam Tuhan. Dan Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.”
“Selepas itu bermulalah Maqam Asal Khalis atau percampuran Mumtazaj antara Asal dan Bayangan Zhill. Adalah Taifah golongan Afrad yang layak untuk Wusul mencapai keistimewaan Daulat ini. Bagaimanapun, sebahagian daripada Para Aqtab dapat mencapai ‘Uruj kenaikan hingga ke Maqam Mumtazaj dengan Wasitah perantaraan Musahabat yakni persahabatan dengan seseorang Afrad. Dan mereka dapat menyaksikan yang Asal bercampur dengan Bayangan Zhill. Walaubagaimanapun, yang mungkin dapat mencapai Asal Khalis yang tulin atau mungkin bersiar lebih lagi sehingga dapat memerhatikan Asal yang tulin dan membezakan perbezaan di antara darjat-darjatnya adalah khas bagi Para Afrad.”
“Demikian itu adalah limpah karunia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.” [62:4]
“Semasa faqir sampai Wusul pada Maqam yang merupakan Maqam Aqtab, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Penghulu Agama dan Dunia telah menghiasi faqir dengan jubah istiadat Khil’at Qutb Irshad dan memuliakan faqir dengan tanggungjawab kerja ini.”
“Selepas itu dengan berkat Ilahi, faqir telah dimasukkan ke dalam keadaannya iaitu faqir telah mendapat bahagian berkah yang sama sepertimana yang telah diberikan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
“Dari Maqam tersebut, faqir telah memandang ke atas dan terus maju lebih tinggi. Pada suatu masa faqir telah sampai ke Asal yang bercampur dengan Bayangan Zhill dan faqir telah mencapai Fana dan Baqa pada Maqam ini sepertimana yang telah berlaku pada Maqam yang sebelumnya. Daripada tempat tersebut faqir telah dianugerahkan untuk menaiki ke Maqam Asal.”
“Dan akhirnya faqir telah sampai ke Maqam Asal kepada Asal. Pada ‘Uruj yang terakhir ini iaitu kenaikan kepada Maqam Asal, faqir telah mendapat bantuan Rauhaniat daripada Hadhrat Ghauts Al-A’zham Syaikh Muhyiuddin ‘Abdul Qadir Al-Jailani Quddisa Sirruhu. Dengan kekuatan Tasarrufnya, beliau telah membantu faqir untuk menjelajahi Maqam ini. Akhirnya, beliau membawa faqir ke Maqam Asal kepada Asal.”
“Dan kemudian, dia telah membawa faqir kembali semula ke Asal. Dari tempat itu, faqir telah dibawa kembali ke Dunia. Hasilnya, kesemua Maqam yang sebelumnya mulai datang kembali.”
“Dari ayahandaku, faqir telah mencapai Nisbat Fardiyyat yang dikhaskan kepada Maqam ‘Uruj yang terakhir. Ayahanda faqir sebaliknya telah mencapainya daripada seorang yang mulia iaitu Sufi Qadiriyyah Hadhrat Shah Kamal Kathaili Quddisa Sirruhu yang memiliki Jazbah yang kuat dan terkenal dengan Karamatnya. Walaubagaimanapun, disebabkan kelemahan Basiratku dan lemah dalam menampilkan Nisbat tersebut, faqir tidak menjumpai Nisbat tersebut sebelum faqir melengkapkan semua tahap-tahap Manazil Suluk. Sesungguhnya faqir sendiri pun langsung tidak mengetahui bahawa faqir telah memiliki Nisbat Fardiyyat.”
“Dan juga faqir telah mencapai Taufiq kemampuan untuk melakukan ‘Ibadat Nafilah, khasnya Ijazat keizinan untuk melakukan Solat-solat Nawafil dengan bantuan daripada ayahanda faqir iaitu Hadhrat Syaikh ‘Abdul Ahad Quddisa Sirruhu. Ayahanda faqir yang dihormati telah mencapai Daulat kemuliaan ini untuk melakukan ‘Ibadat Nafilah daripada Syaikhnya iaitu Hadhrat Syaikh ‘Abdul Quddus Gangohi Quddisa Sirruhu yang memiliki Silsilah Chishtiyyah.”
“Juga, faqir telah menerima ‘Ilmu Ladunni melalui Rauhaniat atau perantaraan Ruhaniah atau Wasilah Hadhrat Nabi Khidir ‘Alaihissalam. Bagaimanapun, ianya hanya sehingga jangkamasa faqir melepasi Maqam Aqtab.”
“Selepas itu, faqir telah melepasi Maqam tersebut dan meneruskan Taraqqiyyat maju menuju ke Maqam mulia yang lebih tinggi. Kemudian, faqir mula menerima ‘Ilmu menerusi Haqiqat Diriku (Haqiqat Khud) atau faqir mula menerima pengetahuan secara langsung di dalam Diriku (Dar Khud), dengan Diriku (Ba Khud), dari Diriku (Az Khud). Kemudian, faqir terus-menerus menerima pengetahuan secara langsung dan tidak ada peluang perkara lain datang di antaranya.”
“Juga semasa Nuzul yang dikenali sebagai Sayr ‘Anillah Billah yakni persiaran dari Allah beserta Allah, faqir telah merentasi Maqam-maqam Para Masyaikh Silsilah Tariqat yang lain dan faqir telah menerima bahagian yang banyak dari semua Maqam-maqam ini. Para Masyaikh daripada Maqam-maqam tersebut telah menaikkan faqir serta membantu faqir dan mereka juga telah mengurniakan faqir sebahagian Khulasah yang ringkas daripada keseluruhan Nisbat mereka. Pada mulanya, faqir merentasi Maqam Para Akabirin Tariqat Chishti Qaddasallahu Asrarhum dan menerima bahagian yang banyak daripada Maqam tersebut. Faqir telah menerima limpahan Faidhz dari kalangan Para Akabirin dan melalui limpahan Faidhz Rauhaniah Hadhrat Khwajah Qutbuddin Bakhtiar Kakki Rahmatullah ‘Alaih adalah lebih banyak dari yang lain. Yang sebenarnya beliau mempunyai kedudukan yang tinggi pada Maqam tersebut dan beliau adalah penghulu Maqam tersebut.”
“Kedua, faqir merentasi Maqam Para Akabirin Tariqat Kubrawi Qaddasallahu Ta’ala Asrarahum”.
“Dari sudut kenaikan ‘Uruj, kedua-dua Maqam Chishti dan Kubrawi ini adalah sama. Bagaimanapun, semasa Nuzul daripada atas, bahawa Maqam Kubrawi tersebut adalah berada di sebelah kanan jalan Syahirah yang mulia dan Maqam Chishti yang pertama adalah berada di sebelah kiri jalan Sirat Al-Mustaqim yang lurus.”
“Dan jalan Syahirah yang mulia adalah jalan yang mana sesetengah Qutub Irshad merentasi ke Maqam Fardiyyat dan sampai ke penghujung yang penghujungan. Jalan Afrad adalah berbeza dari jalan Syahirah yang mulia. Tidak ada seorang pun melainkan Qutub yang mungkin merentasi jalan ini yakni jalan Syahirah yang mulia atau juga jalan Sirat Al-Mustaqim yang lurus. Maqam Fardiyyat ini adalah di antara Maqam Sifat dan jalan Syahirah yang mulia ini. Jalan Syahirah yang mulia ini, ianya adalah sepertimana Barzakh persinggahan di antara dua Maqam iaitu Maqam Chishti dan Maqam Kubrawi dan dia mendapat keuntungan dengan menerima limpahan Faidhz dan berkat daripada kedua-dua belahnya. Maqam yang pertama iaitu Maqam Chishti adalah berada pada sebelah jalan Syahirah yang mulia, bahawa Maqam Chishti hanya mempunyai sedikit keserasian yang munasabah dengan Maqam Sifat-sifat.”
“Selepas itu, faqir merentasi Maqam Para Akabirin Tariqat Suhrawardi yang mana penghulunya adalah Hadhrat Syaikh Shihabuddin Suhrawardi Qaddasalahu Sirrahu. Maqam ini terang dengan cahaya mengikuti Sunnah dan dihiasi dengan cahaya Musyahadah Fawq Al-Fawq yang mengatasi segala yang teratas. Bernasib baik dalam mendapat kemampuan mengerjakan ‘Ibadat Nafilah adalah dikaitkan dengan Maqam ini. Terdapat sesetengah Salik yang belum lagi sampai ke Maqam Suhrawardi ini tetapi menyibukkan diri di dalam ‘Ibadat Nafilah dan merasa merasa tenang di dalamnya. Mereka juga mendapat bahagian daripada Maqam Suhrawardi tersebut disebabkan hubungan mereka dengan Maqam ini yang telah mereka bina dengan mengerjakan ‘Ibadat Nafilah yang merupakan antara ciri utama Tariqat Suhrawardi.”
“Sebenarnya, ‘Ibadat Nafilah adalah layak untuk mana-mana Sufi yang telah sampai ke Maqam Suhrawardi tersebut. Orang yang mengerjakan ‘Ibadat Nafilah tetapi tidak sampai ke Maqam Suhrawardi, tidak kira sama ada mereka baru Mubtadi atau mereka yang telah melengkapkan perjalanan Sufi mereka dan telah sampai ke penghujungan Muntahi, mendapat bahagian dalam Maqam Suhrawardi disebabkan hubungan mereka dengan Maqam ini yang mereka bina dengan mengerjakan ‘Ibadat Nafilah. Bahawa Maqam Suhrawardi ini adalah menakjubkan! Cahaya Nuraniyyat yang telah disaksikan di atas Maqam ini tidak didapati pada Maqam yang lain. Ini kerana mereka mengikuti Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang juga merupakan ‘Azhim Shan yakni kemuliaan yang terbesar dengan sempurna. Syaikh pada Maqam Suhrawardi ini adalah sangat dimuliakan dan mereka dimuliakan oleh Syaikh Sufi dari Tariqat yang lain pada masanya. Dan Para Masyaikh Suhrawardi mencapai kedudukan yang tinggi pada Maqam Suhrawardi, kedudukan mereka sebegitu tinggi yang mana Syaikh Sufi dari Tariqat yang lain tidak dapat mencapai ketinggian kedudukan tersebut pada Maqam Tariqat mereka, walaupun apabila Maqam Tariqat mereka adalah lebih tinggi dalam ‘Urujnya.”
“Kemudian, faqir Nuzul ke Maqam Jazbah. Maqam ini membawa bersamanya himpunan Jami’ Maqam-maqam Jazbah yang tidak terkira iaitu Jami’ Maqamat Jazbat.”
“Dari situ, faqir telah Nuzul ke tingkatan lebih rendah. Penghujung tingkatan Martabat Nuzul adalah Maqam Qalb yang merupakan Haqiqat Jami’. Tanggungjawab Irshad dan Takmil adalah dikaitkan dengan Nuzul ke Maqam Qalb ini. Akhirnya, faqir telah Nuzul ke Maqam ini.”
“Sebelum faqir menjadi tetap Tamkin dan stabil pada Maqam ini, faqir mengalami ‘Uruj lagi. Pada kali ini, faqir telah meninggalkan Asal di belakangku sepertimana faqir meninggalkan Bayangan Zhill di belakangku. Semasa ‘Uruj kali ini, yang berlaku pada Maqam Qalb adalah Faqir mencapai Tamkin dan kestabilan yang tetap.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan