MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 48
“Haqiqat Quran dan Haqiqat Ka’abah adalah di atas Haqiqat Muhammad. Oleh itu, Haqiqat Quran menjadi Imam kepada Haqiqat Muhammad. Dan Haqiqat Ka’abah Rabbani menjadi Masjud yakni tempat sujud di mana Haqiqat Muhammad bersujud. Di samping itu Haqiqat Ka’abah adalah di atas Haqiqat Quran. Di sana, Haqiqat Ka’abah Rabbani semuanya adalah Tanpa Sifat dan Tanpa Warna. Tidak ada Shuyun dan I’tibarat di sana. Tanzih dan Taqdis tidak mempunyai tempat di sisi Ilahi.
Syair:
Di sana semuanya tidak dapat digambarkan;
Jadi, apa yang boleh daku lakukan?
Ini adalah perkara Ma’rifat yang mana di kalangan Wali Allah, tidak ada seorang pun yang pernah bercakap mengenainya. Juga mereka tidak memberi apa-apa bayangan atau kiasan. Bagaimanapun, faqir telah dimuliakan dengan Ma’rifat ini di kalangan rakan-rakan faqir. Kesemuanya ini faqir dapati sebagai hadiah daripada Kekasih Allah Ta’ala dan atas Rahmat limpah kurnia Pesuruh Allah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Selawat dan Salam yang sempurna ke atasnya dan Ahli Keluarganya.
Hendaklah engkau ketahui bahawa sepertimana kesemua rupa bentuk bersujud menghadap ke arah rupa bentuk Ka’abah, begitu juga kesemua Haqiqat-Haqiqat bersujud menghadap ke arah Haqiqat Ka’abah. Sekarang, faqir akan memberitahu perkara yang menakjubkan bahawa tidak ada yang pernah mendengar sebelumnya atau tidak pernah mengatakan tentangnya sebelum ini. Atas limpah kurnia dan kemurahanNya, Allah Ta’ala telah menzahirkan hal perkara ini kepada faqir melalui Ilham:
1. Seribu tahun dan beberapa tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan tiba suatu masa apabila Haqiqat Muhammad akan ‘Uruj dari Maqamnya dan akan Muttahid bersatu dengan Haqiqat Ka’abah. Pada waktu itu, Haqiqat Muhammad akan diubah namanya sebagai Haqiqat Ahmad dan ia akan menjadi Mazhar tempat penzahiran Zat Ahad.
2. Kedua-dua nama Muhammad dan Ahmad mulai akan menyedari dengan apa yang telah diberikan nama iaitu nama-nama tersebut akan ‘Uruj ke Maqam dimana Haqiqat Muhammad dan Haqiqat Ka’abah kedua-duanya pada Maqam bertindih satu dengan yang lain.
3. Maqam yang sebelumnya untuk Haqiqat Muhammad akan tinggal kosong sehingga Hadhrat Baginda Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam turun pada akhir zaman dan menjalankan Syari’at Muhammadi. Pada ketika itu, Haqiqat ‘Isa akan ‘Uruj dari Maqamnya dan Istiqrar menetap pada Maqam Haqiqat Muhammad yang telah ditinggalkan kosong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan