MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah 'Alaih
MINHA 4
“Dan pada pertengahan bulan Rajab tahun lalu, faqir telah dikurniakan dengan rasa kehadiran Nisbat Hudhur Tariqat Naqshabandi yang mana “Penghujungan dimasukkan pada permulaan.” Orang yang mulia tersebut telah berkata, “Hudhur tersebut dipanggil sebagai Nisbat Naqshabandi.”
“Selepas genap sepuluh tahun dan beberapa bulan berlalu, peristiwa baru mula berlaku dalam bahagian pertama bulan Dzul Qaedah. Pada mulanya dan ketika pertengahan semasa faqir memulakan perjalanan Suluk bahawa yang penghujungan berada pada permulaan, maknanya Nisbat Naqshbandi pernah bercahaya di sebalik beberapa hijab-hijab. Dan akhirnya, penghujungan itu menembusi hijab dan menzahirkan dirinya dengan jelas dan muncul dengan pasti.”
“Betapa jauh bezanya Nisbat Naqshabandi yang permulaan dan yang penghujungan. Pada mulanya Nisbat Naqshabandi adalah suatu rupa bentuk keadaan dan akhirnya ia menjadi suatu nama. Pada mulanya ia adalah rupa yang kabur dan akhirnya ia menjadi rupa yang lebih jelas. Pada mulanya, ia adalah nama dan akhirnya ia menjadi yang diberikan nama. Selepas mencapai Maqam ini, Haqiqat kelakuan telah dibukakan di sini dan rahsia-rahsia perkara antara kelakuan menjadi lebih jelas. Mereka yang tidak merasainya tidak dapat menyedarinya. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Insan yang termulia dan ke atas Ahli Keluarganya dan sekalian Para Sahabatnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan