MABDA WA MA'AD
MINHA 60
“Hadhrat Haqq Subhanahu Wa Ta’ala adalah Munazzah suci dari sebarang misal atau perumpamaan. Allah Ta’ala berfirman,
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia.” [42:11]
Namun Para ‘Ulama telah mengatakan bahawa perumpamaan dan misal adalah Ja’iz diharuskan. Kerana Allah Ta’ala juga berfirman,
“Dan bagi Allah Ta’ala perumpamaan yang tertinggi.” [16:60]
Mereka yang berada atas Jalan Suluk dan Ahli Kashaf iaitu Para Syaikh Sufi, mereka mencapai ketenangan melalui perumpamaan misal dan kepuasan melalui khayalan fikiran. Mereka melihat yang “Tanpa Apa” (Bey Chun) dengan perumpamaan “Apa” (Chun). Dan mereka menjadikan yang Wujub muncul dalam rupabentuk Imkan.”
“Salik malang yang mengikuti puak Sufi yang sesat menganggap kiasan Dunia adalah sama dengan Pencipta kiasan iaitu Tuhan dan menganggap rupa bentuk sebagai sama dengan Pencipta rupa bentuk. Kelakuan mereka yang sebegini malah telah sampai ke suatu tahap bahawa mereka melihat bentuk meliputi Haqq Ta’ala di dalam alam benda. Iaitu mereka melihat Tuhan meliputi seluruh alam sepertimana objek fizikal meliputi objek fizikal yang lain. Dan keadaan meliputiNya yang mereka saksikan di Dunia apabila satu objek fizikal meliputi objek fizikal yang lain, mereka menganggap bahawa ia adalah serupa dengan yang diliputi sebagaimana meliputinya Tuhan apabila meliputi ciptaanNya. Iaitu, Sufi yang tersesat ini berfikir bahawa Tuhan meliputi ciptaanNya adalah seperti objek fizikal meliputi yang lain di Dunia ini, dan bahawa Haqiqat sebenar yang meliputinya adalah Haqq Ta’ala. Walaubagaimanapun, semuanya bukanlah seperti itu. Meliputinya Allah Ta’ala adalah tidak dapat dibandingkan ianya dengan “Tanpa Apa” dan dengan “Tanpa Bagaimana”. Dia adalah Maha Suci dari apa yang datang di dalam Syuhud atau Kashaf yang disingkapkan. Kita percaya bahawa Allah Ta’ala meliputi segala sesuatu tetapi kita tidak tahu bagaimana KaifiyatNya atau Sifatnya yang meliputi tersebut. Apa sahaja perkara meliputi di dunia ini yang dapat kita tahu adalah perumpamaan atau kiasan bagi hal keadaan meliputinya Ilahi tersebut. Kita hendaklah berfikir dalam bentuk Qiyas perumpamaan dalam perkataan “Dekat” dan “Meliputinya” Allah Ta’ala. Apa sahaja yang datang kepada kita dalam singkapan Kashaf atau Musyahadah ianya hanyalah perumpamaan atau misal bagi kedekatan Ilahi atau meliputinya Ilahi dan bukannya Haqiqat yang sebenarnya. Kita percaya bahawa Allah Ta’ala adalah Qarib dan Maha Dekat dengan kita dan beserta dengan kita. Tetapi kita tidak tahu maksud Haqiqat sebenar kedekatan dan kebesertaan ini. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Yatajalla Rabbakum Dhzahikan” yang bermaksud, Tuhanmu akan mentajallikan DiriNya dengan senyuman.” Dan Hadits tersebut menggambarkan Tuhan dalam rupa bentuk misalan. Kerana gambaran bagi keredhaan yang sempurna adalah dalam rupa bentuk senyuman. Dan apabila kita bercakap mengenai Tuhan mempunyai tangan, muka, kaki atau jari, ianya hendaklah ditafsirkan sebagai rupa bentuk misalan. Allah Ta’ala telah mengajarkan si faqir ini dan Allah Ta’ala memilih sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Allah Ta’ala memiliki kurniaan yang besar. Selawat dan Salam ke atas Junjungan kita dan ke atas Ahli Keluarganya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan