MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH
MINHA 46
“Di antara semua rakan-rakan Sufi terdapat empat orang yang memiliki hubungan yang istimewa dengan Khwajah kami Hadhrat Khwajah Baqi Billah Quddisa Sirruhu. Faqir adalah salah seorang darinya. Setiap seorang dari kami memiliki kepercayaan yang unik terhadap Hadhrat Khwajah dan urusan Mua’malah yang unik dengannya iaitu setiap seorang dari kami mempunyai kepercayaan yang tersendiri mengenai Hadhrat Khwajah dan balasannya dia telah menghasilkan Ahwal keruhanian yang unik dalam setiap seorang. Faqir percaya dengan penuh yakin bahawa perumpamaan Suhbat dan Ijtima’ dan persamaan Tarbiyat dan petunjuk yang sedemikian, tidak pernah terzahir selepas zaman Penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Dan faqir selalu mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala walaupun faqir tidak dimuliakan dengan kemuliaan bersuhbat dengan insan yang termulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, faqir masih tidak ketinggalan dalam daulat kemuliaan dengan saat bersuhbat dengan Hadhrat Khwajah Baqibillah Quddisa Sirruhu. Hadhrat Khwajah selalu berkata sebegini mengenai Ahwal tiga yang lain, “Dia mengetahui bahawa faqir telah mencapai kesempurnaan Kamalat Sahib Takmil dan boleh membantu seseorang menjadi sempurna, tetapi tidak percaya faqir berkeupayaan untuk memberikan petunjuk yang baik sebagai Sahib Irshad. Pada pendapatnya taraf petunjuk Irshad adalah lebih tinggi daripada taraf kesempurnaan Kamalat”. Mengenai orang tersebut, beliau berkata, “Dia tidak mengekalkan apa-apa hubungan dengan faqir”. Mengenai orang yang lain, dia berkata, “Dia menafikan kami”. Pada haqiqatnya, kita menerima Ma’rifat berkadaran dengan kepercayaan kita.
“Hendaklah engkau ketahui bahawa kepercayaan Murid mengenai kelebihan dan kesempurnaan Murshidnya adalah disebabkan oleh cinta Mahabbat dan beserta dengan keserasian Munasabat dalam perhubungan dengan Murshid. Dan ia adalah penyebab untuk memberi dan menerima manfaat Ruhaniah. Tetapi janganlah seseorang itu meletakkan Murhidnya lebih tinggi daripada mereka yang mana ketinggian dan kebesaran mereka telah ditetapkan oleh Syari’ah. Ini kerana ia akan menjadi penghormatan Ifrat berlebih-lebihan yang tidak baik. Kaum Syi’ah telah menunjukkan penghormatan yang Ifrat berlebih-lebihan hanya kepada Ahli Bait dan itulah kesilapan mereka. Kaum Kristian, disebabkan oleh penghormatan mereka yang berlebih-lebihan, telah menjadikan Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam sebagai anak Tuhan dan kesannya mereka menghadapi kerugian selama-lamanya. Namun, jika seseorang memberikan kedudukan yang lebih tinggi kepada Syaikh Sufinya dari yang lain, melainkan Para Masyaikh yang mana ketinggian mereka telah ditetapkan oleh Syari’ah, maka ianya dibenarkan. Sebaliknya, adalah wajib Sufi berbuat demikian untuk mencapai kemajuan Ruhaniah dalam Tariqat Sufiyyah. Memberikan kedudukan fadilat yang tinggi terhadap Murshidnya bukanlah berdasarkan kemahuan Murid sebaliknya jika Murid itu mampu maka kepercayaan sedemikian muncul secara spontan di dalam fikirannya dan melalui Wasilah kepercayaan itu dia mencapai kesempurnaan Kamalat Pir Murshidnya. Tetapi, jika memberikan kedudukan yang tinggi seperti itu adalah berdasarkan kepada kemahuan Murid dan dia cuba untuk menghasilkan kepercayaan tersebut bertentangan dengan kepercayaannya sebenar, maka ia tidak dibenarkan dan dia tidak mendapat apa-apa faedah dengannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan