م ب د أ و م ع ا د
MABDA WA MA'AD
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah 'Alaih
MINHA 61
“Sekiranya terdapat perbezaan atau percanggahan dalam tulisan faqir dalam menerangkan Ahwal, Mawajid, ‘Ilmu-ilmu dan Ma’rifat, maka ianya adalah disebabkan oleh hal-hal keadaan dan masa yang berbeza. Ini kerana setiap waktu dan keadaan memiliki Hal dan Mawajid tersendiri. Dalam setiap Hal keadaan ‘Ilmu dan Ma’rifat juga berbeza. Oleh itu, ia sebenarnya bukan percanggahan dan perbezaan. Sebagai contoh, apabila peraturan Syari’ah dimansuhkan atau dibatalkan nampaknya ianya terbalik. Namun, apabila kita menganggap bahawa masa dan keadaannya yang berbeza, maka percanggahan dan perbezaan akan hilang. Allah Ta’ala adalah Maha Bijaksana dan memberikan pertolongan di sini. Oleh itu, janganlah termasuk dalam mereka yang ragu-ragu. Ya Allah, kurniakanlah pemimpin kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Ahli Keluarganya dengan Selawat dan Salam.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan