Khamis, 27 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 37


MABDA WA MA'AD 
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 37

“Suatu ketika, faqir duduk bersama rakan-rakan Sufi. Faqir tenggelam di dalam cinta terhadap Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan faqir berkata, “Cinta terhadap Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menenggelamiku sehinggakan daku cinta terhadap Haqq Ta’ala kerana Dia adalah Rabb Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” Semua mereka yang hadir bingung dengan perkataan tersebut tetapi tidak seorang pun yang berani menentang faqir. Ungkapan yang faqir ucapkan adalah bertentangan dengan ungkapan Hadhrat Rabi’ah Al-Basri Rahmatullah ‘Alaiha.  Dia telah mengatakan, 

“Dalam mimpiku, daku telah berkata dengan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bahawa daku tenggelam dalam mencintai Allah Ta’ala sehingga tiada lagi ruang untuk menyintaimu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Kedua-dua ungkapan tersebut adalah diucapkan semasa berada dalam keadaan Sukr kemabukan Ruhaniah, tetapi ungkapan faqir ada Asalat keasliannya. Hadhrat Rabi’ah mengungkapkannya semasa dalam Sakar kemabukan Ruhaniah dan faqir mengungkapkannya semasa permulaan dalam kesedaran Sahuw. Dan sementara Rabi’ah bercakap semasa pada Martabat Sifat, faqir mengungkapkannya selepas kembali dari Martabat Zat. Pada Martabat Zat, tiada ruang untuk cinta seperti ini. Di sana semua Nisbat adalah pada peringkat Ijmal. Semuanya di sanalah pada peringkat Ijmal atau Zat Mujarrad ada kehairanan dan kejahilan, sebaliknya pada peringkat ini, Sufi dengan Zauqnya  dengan gembira menafikan Cinta kerana tidak menganggap dirinya layak untuk mencintai Allah. Cinta dan Ma’rifat Allah adalah pada Martabat Sifat sahaja, bukan pada Martabat Zat.

“Mengenai Cinta terhadap Zat (Mahabbat Zati) yang mereka iaitu Para Sufi yang Sukr mabuk keruhanian seperti Hadhrat Rabi’ah telah katakan, apa yang mereka maksudkan bukanlah Zat Ahadiyyat tetapi Zat yang beserta dengan Sifat-sifat yang I’tibarat. Oleh itu, Cinta yang dialami oleh Hadhrat Rabi’ah Basri adalah pada peringkat Sifat-sifat. Allah Yang Maha Tinggi yang telah memberikan Ilham kebenaran. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Penghulu semua Anbiya dan ke atas Ahli Keluarganya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan