Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 26


MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI RAHMATULLAH 'ALAIH


MINHA 26

“Pengetahuan mengenai perkara-perkara Ashya yang selain Allah hilang semasa pada martabat Fana, jika pengetahuan tersebut datang semula selepas Sufi mencapai martabat yang lebih tinggi iaitu Baqa, maka ia tidak akan mencacatkan apa-apa di dalam sifat kesempurnaan Kamaliyat seorang ‘Arif. Sebaliknya, mencapai kesempurnaan adalah bergantung kepada kembalinya pengetahuan ini.”

“Pengetahuan yang datang kembali kerana selepas sampai kepada Baqa, ‘Arif mencapai sifat-sifat Allah Ta’ala. Pengetahuan tentang perkara-perkara adalah sempurna dalam Yang Wajib. Maka, secara logiknya, jika ianya tidak sempurna di dalam diri ‘Arif, ia membawa maksud bahawa Baqa yang dialaminya adalah cacat. Itulah keadaannya bagi ‘Arif yang telah diwarnai dengan warna-warna Allah Ta’ala bahawa dia kembali mengetahui tentang perkara-perkara ini sepertimana Allah Ta’ala mengetahui.”

“Sekarang faqir menerangkan misteri di dalamnya. Cara yang mana makhluk yang Mumkin iaitu manusia mendapatkan pengetahuan adalah dengan secara berikut, dia memperolehi rupa pengetahuan padanya atau masuk di dalam mindanya. Oleh itu, semestinya dia yang mengetahui berubah dengan memperolehi rupa pengetahuan di dalamnya. Lebih banyak pengetahuan, lebih banyaklah perubahan di dalam diri orang  yang mengetahui. Hasilnya, mungkin ada lebih banyak perubahan atau perbezaan terhadap orang yang mengetahui dan perkara tersebut adalah memudharatkannya dalam perjalanannya menuju Fana. Oleh itu, Salik mestilah menafikan sama sekali ‘Ilmu tentang Ashya dan melupakan hal-hal Dunia sepenuhnya.”

“Bagaimanapun, pengetahuan Zat Wajib Ta’ala tidak sama sifatnya. ZatNya adalah bebas daripada keadaan di mana rupa pengetahuan tentang perkara-perkara akan masuk ke dalamNya. Sebaliknya, perkara-perkara lain menampakkan diri kepadaNya sebaik sahaja Dia memikirkan tentangnya. Allah Ta’ala tidak merubah diri ZatNya, SifatNya dan Af’alNya. Walaupun pada hakikat bahawa banyak perkara yang berbeza berlaku dalam masa yang berlainan. Pengetahuan ‘Arif yang telah mencapai Sifat-sifat Allah Ta’ala akan menjadi sedemikian rupa. Oleh itu, rupa pengetahuan yang selain Allah tidak dapat menembusinya. Jadi, rupa ilmu pengetahuan tidak dapat merubah dirinya. Disebabkan ini, rupa pengetahuan tidak dapat mengubah atau membeza-bezakannya. Oleh itu, pengetahuan tentang Ashya tidak akan memudharatkannya sebaliknya memberikan kesempurnaan kepadanya. Sirr adalah di antara misteri Ilahi yang paling dalam. Allah Ta’ala memuliakan di kalangan hambaNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan mengungkapkan misteri ini, dengan limpahan kurnia kekasihnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan